Panduan & Soalan Lazim Berkenaan Pengesahan Dua Faktor

Apabila ia berkaitan dengan identiti dalam talian anda, anda perlu sentiasa berhati-hati. Itulah sebab Riot Games telah memperkenalkan pengesahan dua faktor (2FA): cara yang pantas dan mudah untuk memastikan maklumat anda selamat. Tahap keselamatan baharu ini akan menghilangkan kerisauan anda setelah mengetahui bahawa pembelian, mesej dan kemajuan anda yang memakan masa berjam-jam selamat dan ini hanya mengambil masa beberapa minit untuk disediakan! Kami akan menghantar beberapa ganjaran dalam permainan kepada anda sebagai tanda penghargaan kerana memastikan akaun anda selamat.

Teruskan membaca untuk mengetahui semua maklumat yang anda perlukan untuk melindungi akaun anda hari ini.

Bagaimanakah 2FA berfungsi?

Setiap kali anda cuba log masuk, anda akan menerima e-mel yang mengandungi kod enam digit yang unik. Hanya masukkan kod tersebut ke dalam gesaan, kemudian teruskan log masuk seperti biasa. Anda sudah selesai! Jika anda tidak mahu melakukan ini setiap kali, anda boleh memilih kotak pilihan semasa log masuk untuk hanya memasukkan kod setiap 30 hari. 

Bagaimanakah cara saya boleh mengaktifkan 2FA?

  1. Daftar masuk ke halaman akaun Riot anda.
  2. Cari kad Pengesahan Dua Faktor.
  3. Pada kad ini, anda akan menemui butang Dayakan atau Hantar Semula. Klik butang. Anda akan menerima e-mel untuk mendayakan Pengesahan Dua Faktor. (Anda tidak perlu meneka e-mel; kami memberi anda petunjuk.)
  4. Pergi ke peti masuk alamat e-mel anda yang disambungkan.
  5. Cari dan buka e-mel Pengesahan Dua Faktor yang anda terima daripada Riot Games.
    (Jika anda tidak jumpa e-mel tersebut dalam peti masuk anda, periksa folder spam.)
  6. Klik butang Aktifkan Pengesahan Dua Faktor yang terkandung dalam e-mel tersebut.

Anda sudah selesai! Dari sini anda akan dibawa semula ke halaman akaun anda, yang membolehkan anda melihat bahawa Pengesahan Dua Faktor telah diaktifkan.

2fa-enabled.png

 

Adakah saya perlu memasukkan kod setiap kali?

Tidak perlu sekiranya anda tidak mahu! Dalam pelancar, di bawah medan yang anda masukkan kod 2FA, anda akan melihat kotak yang tertera Ingat aplikasi ini selama 30 hari. Tandai kotak itu dan anda tidak perlu memasukkan kod lagi selama sebulan. Ingat untuk hanya melakukan ini pada peranti yang dipercayai, seperti komputer peribadi atau telefon mudah alih anda. (Perhatikan bahawa ini ialah kotak pilihan yang berasingan daripada kotak yang membolehkan anda log masuk.)

Bagaimanakah cara saya menyahaktifkan 2FA?

Hampir serupa dengan proses pengaktifan, menyahaktifkan 2FA hanya memerlukan beberapa langkah mudah sahaja.

Harap maklum bahawa menyahaktifkan 2FA akan menghilangkan lapisan perlindungan utama daripada akaun anda, jadi hanya menyahaktifkan 2FA jika anda benar-benar pasti.

  1. Daftar masuk ke halaman akaun Riot anda.
  2. Cari kad Pengesahan Dua Faktor.
  3. Klik butang Nyahaktifkan.
  4. Semak tetingkap timbul yang muncul, dan klik Nyahaktifkan jika anda pasti.

2FA kini telah dinyahaktifkan pada akaun anda. Jika anda mahu mengaktifkan semula ciri itu, ikut langkah di atas.

Akaun saya disambungkan kepada peranti yang tidak digunakan lagi. Bolehkah saya log keluar daripada peranti itu dari jauh?

Boleh! Untuk log keluar daripada semua peranti, ikut langkah yang berikut:

  1. Daftar masuk ke akaun Riot anda.
  2. Cari kad Pengurusan Log Masuk.
  3. Klik butang LOG KELUAR KESEMUANYA.

Tindakan ini bukan sahaja akan log anda keluar daripada semua peranti, tetapi juga membatalkan status “peranti dipercayai” setiap peranti.

E-mel 2FA saya akan dihantar ke alamat e-mel yang tidak dapat saya akses lagi. Apakah tindakan yang boleh saya lakukan?

Dalam kes ini, satu-satunya pilihan anda adalah dengan menghubungi sokongan pemain. Sila hantar tiket di bawah supaya kami boleh membantu anda memulakan proses.

Saya tidak mengaktifkan 2FA tetapi saya masih mendapat e-mel pengesahan.

Beberapa perubahan akaun besar, seperti mengemas kini e-mel anda, menukar kata laluan anda atau menukarkan pengesahan sosial terpaut anda, menyertakan 2FA secara automatik untuk keselamatan anda.

Adakah artikel ini membantu?