Keadilan adalah faktor penting bagi mana-mana suasana kompetetif yang sihat. Sebab itu kami menghabiskan banyak masa bagi melakukan balance pada champion, menyediakan server baru dan memburu mereka yang melanggar peraturan. Walaupun perlindungan kami menghentikan majoriti besar pesalah, masih akan ada pemain yang akan cuba mencari jalan untuk mengelak sistem kami bagi mendapat kelebihan yang tidak adil dalam permainan. Jika perkara ini berlaku, kami mengkaji situasi tersebut dan kumpul data bagi memastikan kami mengenal pasti dengan pihak yang bersalah sebelum kami bertindak. Dan baru-baru ini, kami bertindak ke atas win trading.
Apakah itu win trading?
Win trading bermaksud apa-apa tindakan satu atau sekumpulan pemain untuk menentukan kepututsan perlawanan, selalunya untuk boos MMR, rank atau level akaun pemain.
Apakah kesalahannya bagi win trading?
Win trading merosakkan integriti pengalaman kompetetif dan menjejaskan nilai ranked play dengan terus menentukan keputusan satu perlawnana. Tambahan lagi, permain yang termasuk dalam permainan ini akan mempunyai pengalaman yang negatif dimana mereka tidak mampu berbuat apa-apa.
Tidak bagus untuk Ranked dan tidak bagus juga untuk pemain.
Apakah yang dilakukan oleh Wild Rift untuk menghalang win trader?
Mana-mana akaun yang terbabit dengan win trading akan dibuang rank semasa, posisi papan pendahulu dan ganjaran ranked. Pesalah juga boleh digantung akaun selama 7 hari.
Bagi pesalah win trader paling besar dan pesalah berulang akan di banned secara kekal.
Bagaimanakah saya boleh melaporkan seorang win trader?
Sila guna alatan dalam permainan untk melaporkan pemain sebagai "Membantu Pasukan Musuh," kemudian letakkan alasan anda dalam kotak teks.