Menyelesai Masalah Komunikasi Suara

League of Legends: Wild Rift akan datang tak lama lagi. Dengan map yang diperkemas dan statistik diselaraskan untuk perlawanan sepantas kilat, hampir tidak ada masa untuk ping map, apatah lagi menaip pelan utama mencuri Baron anda. Kalaulah ada cara untuk bercakap dengan rakan anda...

TETAPI ADA!

Bagaimana saya boleh buka sembang suara?

Sembang suara tersedia apabila anda mencipta party dua atau lebih dan tetap menjadi opsyen asalkan anda berkumpulan. Cari mikrofon kecil yang dipangkah pada skrin anda, tekan dan bercakap!

comms.png

Tidak pasti di mana untuk mencari? Anda akan melihat ikon mikrofon di bahagian bawah skrin semasa di Lobi dan semasa Pilihan Champ kemudian di bahagian kanan mini map semasa perlawanan. Pembesar suara kecil yang selalu menyertai mikrofon akan menentukan sama ada anda sedang mendengar pada comms, sementara mikrofon menentukan sama ada anda bercakap pada comms. Ketahui bahawa menghidupkan mikrofon akan sentiasa menghidupkan pembesar suara. 

Hei, dengar!

Jika anda ingin bercakap dengan sekutu anda, anda juga mesti mendengar!

Perhatikan juga bahawa walaupun sembang suara pada mulanya dinyahdaya secara default, permainan akan mengingat tetapan mana yang terakhir anda pilih. Jika anda bersembang dengan rakan anda dan pergi tanpa menyesuaikan tetapan, party seterusnya yang anda sertai akan mengadakan sembang suara AKTIF!

Siapa boleh mendengar saya?

Risau tentang Rift Rando yang mengikuti perbualan anda? Jangan risau! Hanya ahli party anda yang dapat mendengar suara anda, jadi jangan risau untuk mendedahkan rahsia terdalam dan gelap anda!

...atau melakukan gank. Apa sahaja yang sesuai!

Saya tidak boleh mendengar sesiapa! Mereka tidak boleh mendengar saya! Tolong!

Jika anda sudah mengaktifkan ikon mikrofon dan pembesar suara, masalahnya mungkin berpunca daripada tetapan perkakasan atau kebenaran lain. Ikuti sahaja langkah di bawah untuk mengembalikan suara anda!

  • Kelantangan Dalam Permainan - Sama seperti ciri audio lain, kelantangan sembang suara Wild Rift dapat disesuaikan secara bebas dari Tetapan > Audio
  • Uji Mikrofon - Cubaan, cubaan—satu, dua, tiga! Gunakan aplikasi memo pada peranti anda untuk melihat apakah mikrofon anda berfungsi.
  • Sambungan Alat dengar - Menggunakan Bluetooth? Uji bunyi dan mikrofon menggunakan aplikasi lain! Dipasang melalui bicu fizikal? Sahkan bahawa anda tidak melonggarkan sambungan dengan semangat anda yang kuat dari kemenangan permainan terakhir!
  • Kelantangan Telefon - Tepat seperti bunyinya (atau tidak seperti bunyinya, jika kelantangan anda diturunkan sepenuhnya). Kuatkan!
  • Kebenaran Aplikasi - Wild Rift perlu diberi kebenaran untuk menggunakan mikrofon peranti anda. Lihat kebenaran Wild Rift dan pastikan mikrofon diaktifkan!
  • Kawalan Ibu Bapa - Kebenaran mikrofon dapat diaktifkan/dnyahdayakan melalui Kawalan Ibu Bapa

KENAPA SAYA BUNYI SEPERTI ROBOT?

Pertama, sahkan bahawa anda sebenarnya bukan robot dengan mengambil ujian CAPTCHA. Jangan risau—kami akan tunggu.

Kedua, semak sambungan anda! Masalah ini biasanya merupakan simptom pertukaran antara Wi-Fi dan rancangan data peranti anda, jadi pastikan peranti anda tetap dalam satu sahaja, sambungan yang kukuh akan melancarkan suara—dan permainan anda!

Sebaik sahaja anda yakin dengan rangkaian anda, anda perlu mulakan semula aplikasi untuk mengembalikan ucapan manusia biasa anda.

Adakah artikel ini membantu?