Ciri Riot Mobile

Apakah itu Riot Mobile?

Sejak kami meletakkan "s" dalam "Riot Games", kami telah mencari lebih banyak cara untuk membantu pemain kekal berhubung merentas pelbagai permainan—, di mana-mana sahaja. Dengan Riot Mobile, anda dapat chat dengan rakan tanpa mengira permainan yang mereka main atau di mana-mana sahaja mereka tinggal, menerima berita terkini mengenai produk Riot pilihan anda, menonton semua kekecohan e-sukan yang terkini, dan banyak lagi.

Berita

Temu bual profesional, patch note, pameran champion… Untuk setiap permainan besar yang anda lakukan dalam permainan, terdapat banyak perkara yang berlaku di sebalik tabir.

Bahagian Berita boleh disesuaikan untuk mengandungi maklumat yang anda mahukan, termasuk pengumuman, kandungan komuniti, siaran pembangun dan e-sukan yang dipilih permainan mengikut permainan. Pergi ke Setting untuk mencipta gulungan berita yang terbaik untuk anda.

E-sukan

Sesuaikan suapan anda dengan liga kegemaran anda, kemudian tonton secara langsung untuk mendapat drop E-sukan atau ikuti VOD perlawanan terbaharu mengikut rentak anda sendiri.

Kami telah mematikan spoiler secara asal, tetapi jika sedikit pengetahuan terlarang tidak menakutkan anda, anda boleh menghidupkan semula spoiler dalam Setting di bawah E-sukan.

Strim

Tonton penstrim ditampilkan daripada League Partner Program, dengan manikam tersembunyi yang ditambahkan daripada direktori. Kini ciri ini menyokong strim Twitch, tetapi kami akan berkembang untuk menyokong perkhidmatan strim lain (seperti AfreecaTV) pada masa akan datang.  

Sosial

Lihat permainan Riot yang sedang dimainkan oleh rakan anda, mulakan atau teruskan perbualan dan urus permintaan rakan tidak kira di mana-mana tempat anda berada.

Anda mahu senarai ini disusun secara berbeza atau mahu menyembunyikan bahasa eksplisit? Hanya pergi ke Setting untuk menyesuaikan pengalaman anda.

Profil

Sementara bahagian Riot Mobile yang lain dikhususkan untuk berinteraksi dengan pemain lain, bahagian Profil adalah tentang anda.

Status

Beritahu rakan permainan yang anda berminat untuk bermain, beri mereka gambaran minda semasa anda, atau cipta karya ASCII berhantu untuk mengelirukan dan menggembirakan mereka.

…Atau jangan! Kami bukan penjaga anda.

Sejarah Perlawanan

Riot Mobile menawarkan gambaran aktiviti terbaharu anda, termasuk beberapa pilihan kegemaran anda dan kemajuan keseluruhan Ranked anda dalam setiap permainan.

Data disegarkan semula dari semasa ke semasa. Oleh itu, jangan bimbang jika kemenangan terbaharu anda belum ditangkap di sana—menunggu masa sahaja.

Setting

Anda boleh menyesuaikan pengalaman Riot Mobile anda dengan menekan Profil di bahagian bawah sebelah kanan dahulu, diikuti dengan Setting di bahagian atas sebelah kanan.

  • Sosial - Pilih cara Senarai Rakan anda akan dipaparkan dan laraskan pilihan chat
  • E-sukan - Sahkan anda telah bersedia untuk menerima Drop E-sukan dan togol sama ada anda selesa dengan pendedahan spoiler
  • Notifikasi - Togol jenis notifikasi yang mahu anda terima
  • Bahasa - Tetapkan bahasa anda
  • Undang-undang - Lihat Dasar Privasi dan Terma Perkhidmatan kami
  • Bantuan & Maklum Balas - Laporkan pepijat, hantar maklum balas atau berikan ulasan khusus tentang Riot Mobile
  • Padam Akaun - Mulakan proses pemadaman Akaun Riot anda
  • Daftar Keluar - Log keluar daripada Akaun Riot semasa

Bantuan Teknikal

Jika anda ingin menukar ID Riot anda, menyemak maklumat peribadi anda atau melihat perkhidmatan lain yang disambungkan kepada akaun anda, anda perlu mengurus Akaun Riot anda menggunakan pelayar web.

Kami juga boleh membantu anda jika anda terlupa nama pengguna atau kata laluan anda.

Untuk isu teknikal, lihat Riot Mobile - Bantuan Teknikal.

Adakah artikel ini membantu?