Menyelesai masalah Mobile - Android

"

Kami pernah melihatnya sebelum ini. Anda sudah bersantai di atas sofa untuk bermain telefon anda, bersedia untuk naikkan peringkat dan menguasai beberapa komposisi pasukan apabila, tiba-tiba, permainan... ranap. Sebelum anda berasa lebih marah daripada Molediver, terdapat beberapa langkah yang boleh anda cuba untuk kembali bermain secepat mungkin. Masa untuk menyelesaikan masalah pada peranti Android anda.

Pertama sekali, adalah penting untuk menganalisis apa yang berlaku salah. Terdapat tiga perkara utama yang boleh berlaku semasa mencuba bermain permainan telefon: permainan beku, aplikasi ranap atau ia tidak memuat turun. Kami mengesyorkan anda untuk melakukan perkara berikut tanpa mengira apa isu yang anda hadapi, yang mana ia boleh membaiki masalah atau mengehadkan isu tersebut.

Mulakan semula Peranti Anda

Sungguh mengagumkan apabila mematikan dan menghidupkan semula peranti dapat bantu menyelesaikan pelbagai jenis isu teknikal. Ingat, kadang kala ianya penting untuk merehatkan telefon anda, sama seperti komputer anda.

Anda boleh mula semula lembut peranti anda dengan menekan butang kuasa sehingga terdapat pop timbul memberikan opsyen untuk memilih mula semula.

Anda juga boleh mula semula keras peranti anda dengan hanya menekan butang kuasa selama 30 saat.

Jika memulakan semula peranti anda tidak menjadi, tiba masanya untuk melakukan penyelesaian masalah yang lebih sistematik. Ingat, setiap peranti adalah berbeza jadi pastikan untuk menghubungi 

anda

Langkah 1: Kemas kini dan Lancar semula

Pastikan Telefon Anda Dikemas Kini

Memastikan sistem operasi anda dikemas kini dengan kerap akan membantu keupayaannya untuk mengantaramuka dengan aplikasi lain.

Untuk mengemas kini telefon anda:

  • Buka Tetapan telefon anda.
  • Ketik Sistem -> Lanjutan -> Kemas kini Sistem.
  • Ikuti langkah yang dinyatakan pada peranti anda.

Pastikan Aplikasi Dikemas kini

Permainan itu sendiri merupakan langkah seterusnya bagi memastikan anda menyelesai masalah pada medan permainan yang dikemas kini dengan betul. Bagi memastikan aplikasi dikemas kini:

  • Buka Google Play Store pada peranti anda.
  • Ketik Menu -> Aplikasi saya & permainan.
  • Ketik Kemas kini di sebelah mana-mana aplikasi dengan kemas kini tersedia (atau Kemas kini Semua).

Pastikan Aplikasi Mempunyai Kebenaran

Anda mungkin telah menolak akses ke pop timbul storan yang muncul semasa kemas kini atau semasa kali pertama melancarkan aplikasi, tetapi jangan risau. Anda boleh menetapnya secara manual.

  • Buka Tetapan telefon anda.
  • Ketik pada Aplikasi dan tatal sehingga anda menjumpai aplikasi Riot Games yang dicari. 
  • Cari Kebenaran dan ketik padanya.
  • Pastikan Storan ditandai.

Langkah 2: Menyelesai masalah Permainan

Jika kedua-dua telefon dan aplikasi anda dikemas kini dengan betul tetapi masih lagi ranap, tiba masanya untuk cuba mencari punca masalah isu permainan anda.

Paksa Henti Permainan

Langkah pertama adalah untuk paksa hentikan permainan jika ianya beku pada peranti anda. Anda boleh berbuat demikian dengan:

  • Buka Tetapan telefon anda.
  • Ketik Pemberitahuan & aplikasi dan ketik produk Riot Games yang anda sedang menyelesai masalah.
    • Jika anda tidak melihatnya serta-merta, ketik Lihat semua aplikasi.
  • Ketik Henti Paksa.

Jika Audio Tidak Berfungsi

  • Pastikan kelantangan media ditetapkan sewajarnya & telefon tidak disenyapkan.
  • Pastikan Audio dihidupkan di dalam tetapan aplikasi.
  • Pastikan tiada aplikasi muzik lain menyekat bunyi untuk permainan anda.
    • Aplikasi seperti Google Play Music dan SoundCloud boleh menjeda atau membisukan bunyi aplikasi lain semasa ia sedang memainkan lagu.

Jika Anda Tidak Menerima Pemberitahuan

  • Buka Tetapan.
  • Pergi ke Pemberitahuan.
  • Cari permainan Riot tersebut, dan ketik padanya.
  • Ketik Benarkan Pemberitahuan untuk memastikan segalanya didayakan dengan betul. 

Jika anda mahukan arahan lebih mendalam mengenai pemberitahuan Android, sila semak panduan Google di sini.

Langkah 3: Kosongkan Data

Kosongkan Cache Aplikasi

Apabila anda melayari internet atau menggunakan telefon anda, peranti anda akan mencipta storan data untuk bantu menguruskan pengalaman anda. Walau bagaimanapun, kadangkala lebihan data boleh menyekat pengalaman penggunaan telefon. Sekiranya itu berlaku, tiba masanya untuk mengosongkan cache untuk pengalaman yang optimum. Untuk berbuat demikian:

  • Buka Tetapan telefon anda.
  • Ketik Pemberitahuan & aplikasi.
  • Ketik pada permainan yang anda sedang menyelesai masalah. Jika anda tidak melihatnya, ketik Lihat semua aplikasi.
  • Ketik Cache & storan dan ketik Kosongkan cache.

Kosongkan Data Aplikasi

Sila Ambil Perhatian

Sebelum mengosongkan data aplikasi anda, anda disyorkan untuk meningkatkan Akaun Google Play anda kepada Akaun Riot untuk memastikan kandungan dan kemajuan anda tidak hilang. Malangnya, kami tidak dapat memulihkan data yang hilang dari mana-mana akaun bukan Riot. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peralihan dari Akaun Google Play ke Akaun Riot, klik di sini!

Untuk mengosongkan data aplikasi anda:

  • Buka Tetapan telefon anda.
  • Ketik Pemberitahuan & aplikasi.
  • Ketik pada permainan yang anda sedang menyelesai masalah. Jika anda tidak melihatnya, ketik Lihat semua aplikasi.
  • Ketik Cache & storan dan ketik Kosongkan Storan atau Kosongkan Data. Pastikan anda mengesahkan keputusan anda.

Menyahpasang Aplikasi

Amaran!

Segala data yang tersimpan dalam aplikasi akan dihapus jika anda belum meningkatkan ke Akaun Riot. Kami sangat mendorong anda untuk beralih dari Akaun Google Play anda ke Akaun Riot sebelum mencuba proses nyahpasang. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perbezaan antara Tetamu dan Akaun Riot, klik di sini.

Untuk menyahpasang aplikasi:

  • Tekan lama ikon aplikasi untuk permainan yang anda ingin menyahpasang.
  • Untuk melihat opsyen anda, mula menyeret aplikasi itu.
  • Seret aplikasi ke Nyahpasang pada bahagian atas skrin.
    • Jika anda tidak melihat Nyahpasang, anda tidak boleh menyahpasang aplikasi itu.
  • Angkat jari anda.
  • Sahkan keputusan anda untuk menyahpasang aplikasi.

Tip Profesional

Cuba tutupkan mana-mana program pengoptimuman. Banyak diantaranya mmpunyai kebolehan untuk mematikan aplikasi secara automatik apabila mencapai aras had memori atau bateri, yang boleh menyebabkan gangguan dalam mana-mana kemas kini atau proses.

Langkah 4: Pasang semula & Dayakan semula Aplikasi

Sebaik sahaja anda membeli satu aplikasi di Google Play, anda boleh memuat turunnya semula tanpa perlu membayar lagi, walaupun pada peranti baharu. Walau bagaimanapun, setiap peranti perlu mempunyai akaun Google yang sama. Ingat, untuk memastikan data permainan disimpan dengan betul, anda disarankan untuk menaik taraf ke Akaun Riot. Apabila memperoleh semula pelbagai aplikasi, anda boleh:

  • Pasang satu aplikasi pada lebih daripada satu peranti Android.
  • Pasang satu aplikasi pada peranti baharu.
  • Memasang semula aplikasi yang anda telah beli tetapi telah dipadamkan.

Tambahan lagi, jika anda mematikan satu aplikasi yang datang bersama-sama peranti anda, anda boleh menghidupkannya semula.

Aplikasi pada Komputer

Aplikasi yang biasa dipasang pada peranti mudah alih Android, bagaimana pula dengan Chromebook? Klik di sini untuk mempelajari cara memasang aplikasi mudah alih pada Chromebook anda.

Pasang semula Aplikasi pada Peranti Android daripada Komputer Anda

  • Anda boleh memasang semula atau menghidupkan aplikasi pada peranti Android daripada komputer anda.
  • Pada komputer anda, buka play.google.com.
  • Klik Aplikasi -> Aplikasi saya.
  • Klik aplikasi yang anda ingin pasang atau hidupkan.
  • Klik Pasang, Dipasang atau Dayakan. Anda mungkin perlu mendaftar masuk ke Akaun Google anda.
  • Pilih peranti anda, dan klik Pasang.

Jika Anda Masih Mengalami Masalah

Menyelesai masalah peranti mudah alih dan aplikasinya tidak menjamin masalah itu akan diselesaikan. Kami mendorong anda untuk menyelesaikan masalah sambungan wifi anda, serta menghubungi penyedia perkhidmatan anda. Sekiranya anda yakin bahawa masalah ini di pihak kami, kami menganjurkan anda untuk menghantar tiket di bawah.

 

"
Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk