Menyelesai masalah Mobile - Apple

"

Kami pernah melihatnya sebelum ini. Anda sudah bersantai di atas sofa untuk bermain telefon anda, bersedia untuk naikkan peringkat dan menguasai beberapa komposisi pasukan apabila, tiba-tiba, permainan... ranap. Sebelum anda berasa lebih marah daripada Molediver, terdapat beberapa langkah yang boleh anda cuba untuk kembali bermain secepat mungkin. Masa untuk menyelesaikan masalah pada peranti Apple anda.

Pertama sekali, adalah penting untuk menganalisis apa yang berlaku. Terdapat tiga perkara utama yang boleh berlaku semasa mencuba bermain permainan mudah alih: permainan beku, aplikasi ranap atau ia tidak memuat turun. Kami mengesyorkan anda untuk melakukan perkara berikut tanpa mengira apa isu yang anda hadapi, yang mana ia boleh membaiki masalah atau mengehadkan isu tersebut.

Langkah 1: Tutup Semua Aplikasi Latar Belakang

Perkara penting adalah untuk mengehad jumlah pemboleh ubah yang mungkin mengganggu menjalankan aplikasi tertentu (khususnya, permainan Riot yang ingin anda nikmati). Oleh itu, kami mengesyorkan untuk menutup sebarang aplikasi yang berjalan di latar belakang, hanya untuk memastikan tidak ada aplikasi yang menghalang anda daripada berseronok. 

Untuk menutup aplikasi yang berjalan di latar belakang pada iPhone 10 atau lebih baru:

  • Leret ke atas dari sudut kiri bawah dan berhenti sebentar di tengah-tengah skrin utama.
  • Leret ke atas untuk paksa tutup mana-mana aplikasi aktif.
  • Lancarkan semula aplikasi.

Untuk menutup aplikasi yang berjalan di latar belakang pada iPhone 8 atau lebih lama:

  • Klik dua kali Butang Utama untuk melihat aplikasi anda yang baru digunakan.
  • Leret ke atas untuk menutup mana-mana aplikasi aktif.
  • Picit Butang Utama dan lancarkan semula aplikasi

Langkah 2: Mulakan semula Peranti Anda

Sungguh mengagumkan apabila mematikan dan menghidupkan semula peranti dapat bantu menyelesaikan pelbagai jenis isu teknikal. Ingat, kadang kala ianya penting untuk merehatkan telefon anda, sama seperti komputer anda.

Untuk mulakan semula peranti Apple anda:

  • Tekan dan tahan Butang Tidur/Bangun sehingga slaid merah muncul.
  • Leret slaid dengan jari anda untuk mematikan peranti.
  • Tekan dan tahan Butang Tidur/Bangun to power the device back on.
    • Jika peranti anda tidak hidup, atau memaparkan ikon bateri merah, anda mungkin perlu mengisi semula peranti anda.

Langkah 3: Kemas kini dan Lancar semula

Pastikan Telefon Anda Dikemas Kini

Memastikan sistem operasi anda dikemas kini dengan kerap akan membantu keupayaannya untuk mengantaramuka dengan aplikasi lain.

Untuk mengemas kini peranti Apple anda:

  • Tekan Tetapan -> Am -> Kemas kini perisian.
  • Ikuti arahan pada skrin.

Pastikan Aplikasi Dikemas kini

Permainan itu sendiri merupakan langkah seterusnya bagi memastikan anda menyelesai masalah pada medan permainan yang dikemas kini dengan betul. Bagi memastikan aplikasi dikemas kini:

  • Buka App Store.
    • Sekiranya anda menggunakan iOS 12 atau lebih awal, tekan Hari Ini di bahagian bawah skrin.
  • Tekan ikon profil anda di bahagian atas skrin.
  • Tatal ke bawah untuk melihat aplikasi yang memerlukan kemas kini.
  • Pastikan untuk tekan Kemas Kini di sebelah aplikasi.
    • Anda juga boleh memilih Kemas Kini Semua untuk memastikan semua aplikasi anda berfungsi dengan betul.

Langkah 4: Kosongkan Ruang pada Peranti Anda

Terlalu ramai tukang masak di dapur? Atau lebih kepada terlalu banyak aplikasi di Apple. Jika anda menghadapi masalah yang berterusan, kami mengesyorkan agar anda mengosongkan sedikit ruang pada peranti anda.

Periksa Storan Peranti Anda

Jika anda tidak pasti berapa banyak ruang kosong yang ada pada peranti anda:

  • Buka Tetapan -> Am -> Storan.
  • Analisis aplikasi mana yang menggunakan ruang paling banyak dan tentukan jika aplikasi tersebut masih digunakan dengan kerap.

Jika anda menemui aplikasi yang tidak lagi digunakan atau yang terlalu banyak ruang, anda boleh menyahpasangnya untuk mengosongkan ruang pada peranti anda.

Urus Storan iCloud Anda

Peranti anda akan menyimpan maklumat secara automatik di iCloud sebagai alat sandaran untuk banyak aplikasi teras. Anda boleh mengosongkan ruang di iCloud anda dengan menghapus fail. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pengurusan fungsi storan ini, pergi ke sini.

Jika Anda Masih Mengalami Masalah

Menyelesai masalah peranti mudah alih dan aplikasinya tidak menjamin masalah itu akan diselesaikan. Kami mendorong anda untuk menyelesaikan masalah sambungan wifi anda, serta menghubungi penyedia perkhidmatan anda. Sekiranya anda yakin bahawa masalah ini di pihak kami, kami menganjurkan anda untuk menghantar tiket di bawah.

 

"
Adakah artikel ini membantu?