Memadam Akaun Riot dan Semua Data Anda

Mahu cuci tangan dan bersara secara kekal daripada permainan kami dengan memadam Akaun Riot anda?

Dengan berat hati, kami masih sudi membantu. Log masuk di bawah dan buktikan pemilikan akaun Riot Games anda untuk dimasukkan dalam baris gilir pemadaman Akaun Riot.

Perlu diingat: Tindakan ini akan memadamkan keseluruhan Akaun Riot anda, termasuk kemajuan dan kandungan untuk semua permainan kami (League of Legends, VALORANT, Teamfight Tactics, dll.). Jika anda setuju, teruskan di bawah.

Tempoh Ihsan 30 Hari

Perhatian: Selepas akaun anda menunggu giliran untuk pemadaman, anda mempunyai 30 hari untuk mengubah fikiran. Sila ambil perhatian: Selepas mengaturkan akaun anda untuk pemadaman, anda mempunyai 30 hari untuk mengubah fikiran. Jika anda TIDAK memberitahu kami bahawa anda ingin menghentikan proses ini, akaun anda akan dipadam sepenuhnya dan akaun anda tidak akan dapat dipulihkan. 


 

Jika anda menghadapi masalah dengan butang di atas, anda juga boleh menyerahkan tiket bersama maklumat yang berikut: 

JENIS PERMINTAAN: Pengurusan Akaun, Permintaan Data atau Pemadaman

TAJUK TIKET: Pemadaman Akaun

  • Nama Akaun (yang anda gunakan untuk daftar masuk ke klien League, VALORANT, Legends of Runeterra, dll.)
  • ID Riot (cara anda dilihat dalam permainan)
  • Pelayan yang anda gunakan semasa bermain
  • Tarikh penciptaan akaun
  • Lokasi anda mendaftarkan akaun tersebut (Bandar, Negara)
  • Alamat e-mel yang mula-mula digunakan untuk mendaftar akaun anda

Jika anda tidak dapat memberikan semua maklumat di atas, kami mungkin perlu bertanya beberapa soalan kepada anda untuk mengesahkan pemilikan. Kami mengambil langkah-langkah ini untuk memastikan keselamatan semua akaun.

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk