Kemas kini aplikasi anda melalui Google Play Store. Jika anda melihat sebarang update, padamkan cache anda di Play Store.

Mata wang Dalam Permainan

League of Legends: Wild Rift telah diubah suai untuk menjadi lebih kecil, kedalaman item dan kepelbagaiannya adalah lebih besar dari sebelumnya! Skin, emote, gaya champion... Banyak kandungan untuk semua!

Semua item baru ni maksudnya mata wang yang baru, jadi terus baca untuk mengetahui cara memindahkan item dari senarai hajat anda ke senarai milik sendiri.

Blue Mote

Pemain yang dah biasa dengan permainan lain kami mesti akan kenal Blue Mote Wild Rift yang sama dengan Esen Biru League of Legends (League of Legends) dan Shard (Legends of Runeterra). Tapi kalau ini kali pertama anda ke dunia Riot, mari kami jelaskan dengan lebih lanjut...

Tersedia di bawah!

Apakah tujuannya?

Jenis kandungan tertentu—seperti champion! Setiap champion diberi kos Blue Mote atas beberapa faktor. Harga boleh berubah disebabkan oleh penjualan atau kerana champion telah tersedia untuk jangka waktu tertentu, jadi jenguklah ke kedai untuk lihat tawaran terbaru.

Bagaimana saya boleh mendapatnya?

Dengan bermain permainan!

Sama ada "Menang" atau "Kalah", anda akan dapat Blue Mote hanya dengan bermain! Walaupun Blue Mote saguhati dapat mengatasi perasaan sedih lepas kalah, tiada yang lebih baik daripada memperoleh Blue Mote BONUS untuk kemenangan pertama anda hari itu. Dapatkan W itu!

Blue Mote juga diberikan melalui ganjaran misi dan peti mingguan, jadi terus perhatikan objektif ini untuk mengumpul Blue Mote anda!

tl;dr:

  1. Log Masuk!
  2. Masuk Queue!
  3. ???
  4. UNTUNG.

Poro Coin

Memberi si putih gebu matawang mereka sendiri ialah langkah pertama dalam membina peradaban poro yang comel ini. Oleh itu, sebagai poro kami gembira dapat memperkenalkan mata wang baru yang hebat ini!

Apakah tujuannya?

Berlambak benda!

Poro Coin boleh ditukarkan untuk item seperti panji, gaya dan skin di dalam Kedai Poro Coin. Tawaran Kedai sentiasa berubah, jadi berbaloi untuk anda jenguk sekali-sekala untuk lihat perkara yang dijual kerana sesetengah kandungan hanya dapat diperoleh dengan Poro Coin. Poro Coin juga dapat dibelanjakan untuk membeli Peti Poro Coin yang berisi berbagai macam barang rawak seperti ikon, emote, recall dan banyak lagi!

Tapi itu belum lagi bahagian terbaiknya! Sebabnya, membelanjakan Poro Coins akan memberi anda Condensed Ore...

Apakah itu "Condensed Ore"?

TFW bila kat sekeliling anda semua kucar kacir tapi anda cuma mahu bersantai dan makan Poro-Snax.

Sebenarnya, sistem Condensed Ore & Poro Coin ialah cara lain untuk yang kami beri ganjaran pada anda semua kerana bermain. Poro Energy adalah baru dan unik untuk Wild Rift, bermaksud ia mendapat halaman tersendiri untuk memberi anda semua maklumat yang bagus! 

Bagaimana saya boleh mendapatnya?

Jawapan ringkas: selami ke dalam pelbagai kandungan yang ditawarkan oleh Wild Rift!

Poro Coin ialah mata wang lain yang boleh anda dapat hanya dengan bermain, bukan bayar. Biasanya anda akan dapat penunjuk bila anda akan diberi Koin Poro untuk semua kerja keras tapi kalau anda mahukan butiran lanjut, kunjungi halaman Poro Coin!

Wild Cores

Sebagai satu-satunya mata wang berbayar Wild Rift, Wild Core perlukan lebih penjelasan. Nasib baik, kami SUKA memberikan penerangan!

Apakah tujuannya?

Skin! Champion! BANYAK BENDA!

Sejujurnya, banyak (tetapi tak semua!) item yang tersedia untuk dibeli dengan Wild Core juga dapat diperoleh melalui cara lain (seperti mata wang yang disenaraikan di atas). Walau bagaimanapun, penting bagi kami bahawa pemain yang tidak mempunyai masa untuk mengumpul mata wang yang belum dibayar juga mempunyai cara untuk menyesuaikan pengalaman Wild Rift mereka. Tapi jangan risau! Kami telah pastikan bahawa semua ciri yang tersedia secara eksklusif untuk Wild Core tidak akan memberikan kelebihan dalam permainan selain daripada kelihatan segak dan terasa segar. Kemenangan mestilah perlu diusahakan! 

Bagaimana saya boleh mendapatnya?

Sama seperti perkara lain dalam kehidupan, wang merumitkan perkara! Nasib baik kami telah menyediakan panduan berguna untuk mengeluarkan Core tersebut dari impian anda dan masuk ke dalam akaun terus. Klik saja di sini!

Adakah artikel ini membantu?