Wild Core

Bahawanya League of Legends: Wild Rift mempunyai BANYAK kandungan, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Lagipun, kandungan ini datang daripada pelbagai ciri yang telah kami kembangkan dan kemas kini selama lebih daripada satu dekad. Sementara kami memastikan harga teras permainannya percuma (Kosong! Zilch! Nada!), kami memerlukan beberapa cara untuk memberi peluang kepada pemain untuk memperibadikan pengalaman Wild Rift mereka dengan pelbagai ciri sambil memenuhi meja makan kami. Masuk Wild Core!

Apa itu Wild Core?!

Wild Core ialah mata wang dalam permainan yang anda beli dengan wang dunia nyata. Pemain lama League mungkin mengenali Wild Core sebagai RP untuk Wild Rift tetapi pemain baharu hanya perlu tahu bahawa Wild Core merupakan satu-satunya mata wang yang anda perlu bayar.

Setelah dibeli, Wild Core dapat ditukarkan dengan champion, skin dan sejumlah besar kandungan Rift. Ini merupakan cara terbaik untuk menyesuaikan pengalaman anda dan menyokong permainan pada masa yang sama!

Adakah saya perlu membeli Wild Core untuk bermain?

Tidak sama sekali! Wild Rift direka bentuk untuk menawarkan permainan yang lengkap tanpa mengenakan sesen pun. Produk yang boleh anda beli dengan Wild Core merupakan peningkatan kosmetik semata-mata dan produk yang benar-benar meningkatkan pilihan cara bermain anda (seperti champion daripada senarai kami yang terus berkembang) boleh diperoleh melalui mata wang lain yang boleh didapati hanya dengan bermain permainan ini.

Saya berminat! Maksud saya... Saya mahu Wild Core dijual. Kepada saya. Bagaimana boleh saya membelinya?

Wild Core boleh dibeli terus di dalam aplikasi! Pilih sahaja + di bahagian atas skrin untuk membuka kedai, kemudian ikut arahan untuk membeli produk yang anda inginkan.

Menyediakan Pembayaran

Pemain perlu menyediakan pembayaran di kedai aplikasi peranti mereka untuk membeli Wild Core.

Untuk melakukannya di Google Play Store pada peranti Android anda, klik di sini.
Untuk melakukannya di App Store pada peranti Apple anda, klik di sini.

Jika anda menghadapi masalah lain semasa membuat pembayaran, sila hubungi sokongan Apple/Google.

Saya ada dengar tentang ganjaran, ada apa tentang ganjaran?

Kali pertama anda membeli apa-apa jumlah Wild Core, anda akan dapat memilih untuk menerima salah satu daripada lima dalam senarai SKIN SECARA PERCUMA!* Satu banner akan muncul di skrin utama apabila skin ini tersedia.

Sudah memiliki kelima-lima skin tersebut? Jangan risau! Anda akan sebaliknya menerima 400 Poro Coin untuk menyumbang ke arah tabiat mengumpul anda.

image.png
*Tidak sah untuk pembelian kali pertama yang dilakukan sebelum patch 2.5

Saya telah membeli beberapa Wild Core, tetapi sekarang saya tidak mahukannya. Boleh tak saya mendapat bayaran balik?

Soalan mudah tetapi jawapannya sangat rumit! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar pembayaran balik kami bagi Wild Rift, klik di sini.

Bagaimana dengan Blue Mote? Poro Coin?

Tidak seperti Wild Core, kedua-dua mata wang ini mesti diperoleh dan bukannya dibeli. Untuk maklumat lebih lanjut tentang cara mendapatkannya dan kegunaan mereka, klik di sini!

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk