Wild Pass dan Mini Pass

Blue Mote, XP akaun, Masteri Champion... Menang atau kalah, anda akan mendapat sesuatu daripada setiap permainan League of Legends: Wild Rift. Ayuh dapatkan lebih banyak dengan Wild Pass?

Tarikh Pass Semasa

Food Spirit Upgrade Ziggs-Wild Rift Splash-Final.jpg

Wild Pass akan tersedia untuk tarikh ini:

Wild Pass | Food Spirits Ziggs

Mula - January 22, 2026 / 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 9 Mac, 2026 / 7:59 pagi GMT+8*

Wild Pass (Mini) | Janitor Thresh

Mula - 7 Mac 2026 / 8:00 AM GMT+8
Tamat: 9 April 2026 / 7:59 GMT+8*

*Tarikh dan masa tertakluk kepada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat paling tepat.

Setiap Pass akan berlangsung selama tempoh yang ditetapkan dan anda boleh menyemak di sini atau dalam permainan. Terlambat? Jangan risau! Banyak ganjaran Wild Pass yang dapat diperoleh walaupun dah nak sampai ke penghujung atau anda boleh tunggu Wild Pass yang seterusnya!

Tapi sebelum itu. Persoalan sebenarnya...

Apakah Itu Wild Rift Pass?

Cara mudahnya, setiap Pass ialah peluang untuk pemain mendapatkan kandungan tambahan dengan bermain permainan. Pass mempunyai jejak leveling dan ganjarannya tersendiri, termasuk kandungan seperti mata wang, emote, malah skin eksklusif.

Terdapat dua jenis perbezaan utama pass: Wild Pass biasa dan Mini Pass. Kedua-dua pas ini hampir sama (seperti yang anda boleh lihat di bawah), tetapi Mini Pass bertahan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Selain itu, pembelian Wild Pass akan memberi anda keupayaan untuk memperoleh item yang mengurangkan kos Mini Pass yang berikut.

Apabila Pass baharu bermula, semua pemain secara autoimatik memperoleh XP untuk membuka kunci ganjaran mereka. Anda tak perlu bersusah payah!

Apakah yang disertakan dalam Pass?

Cukup banyak!

Tapi apa kata kita mulakan dengan asasnya. Anda akan naik level Pass dengan mendapatkan XP Pass, yang boleh dilakukan dengan beberapa cara. Contohnya menyertai...

Misi Pass

Majulah dalam Pass anda dengan tiga jenis misi yang berbeza!

Misi Harian

Sama ada anda seorang pemain Ranked atau peminat ARAM, anda akan dapat maju melalui Pass anda hanya dengan masuk queue untuk mana-mana mod permainan kegemaran anda, bahkan Co-op vs. AI—dengan satu bonus untuk kemenangan!

Mod Permainan Pass XP seminit
(Menang/Defeat)
Normal / Ranked / Legendary Queue +4 / +3
Semua Mod Pengembaraan +3 / +2
Co-op vs. AI +1 / +1

Sila ingat bahawa Misi Harian mempunyai had XP mingguan. Jika anda ingin mendapatkan lagi, anda perlu menunggu sehingga ia ditetapkan semula pada 8:00 pagi GMT+8 setiap hari Isnin.

Misi Mingguan

Wild Pass memberi semua pemain 10 misi setiap minggu, manakala Mini Pass memberikan 6 misi setiap minggu. Misi diberikan pada hari Isnin pada pukul 8:00 AM pagi GMT+8hingga Wild Pass luput. Misi ni memaparkan pelbagai jenis pilihan objektif yang semudah meletakkan ward atau mencabar seperti mendapatkan double kill atau triple kill.

Jangan bimbang, anda tidak semestinya perlu menyelesaikan misi sepantas itu walaupun misi dikeluarkan setiap minggu. Misi mingguan kekal dalam queue anda hingga sama ada A) anda selesaikannya, atau B) kumpul sampai 3 minggu misi mingguan, di mana anda boleh menghabiskan salah satu daripada minggu semasa untuk aktifkan misi baharu.

Kad Langkau Misi

Rasa sukar menyelesaikan misi? Langkau sahaja!

Kad Langkau Misi adalah salah satu daripada banyak ganjaran yang anda akan peroleh dengan maju melalui Wild Pass. Anda boleh menggunakan kad tersebut untuk melangkau Misi Mingguan (dan hanya Misi Mingguan) dengan memilih ikon Langkau di sebelah misi, yang akan menyelesaikan misi tersebut dan memberikan ganjarannya. Jika anda ingin menyemak jumlah kad yang dimiliki atau waktu tamat tempoh kad tersebut (gunakan kad selagi boleh!), anda boleh menemukan kad tersebut di bahagian Ganjaran pada Koleksi anda.

Cabaran Bermusim

Cabaran Bermusim memberikan Pass XP berdasarkan jumlah statistik anda sepanjang musim. Termasuklah matlamat mudah seperti mengenakan damage, membunuh monster dan mendapatkan gold. Selesaikan objektif untuk mendapatkan sejumlah XP Pass dan mengaktifkan milestone berikut, yang akan mencabar anda untuk mencapai lebih banyak kejayaan untuk XP Pass tambahan. Anda tidak dapat sebarang ganjaran tambahan selepas melengkapakn semua kelima-lima milestone, namun kemajuan anda akan terus dijejak.

Enam Misi Bermusim pertama disertakan dalam Pass standard dan tersedia untuk semua pemain, tetapi jika anda ingin mengaktifkan yang lain, anda perlu merebut Pass Premium!

Dapatkan XP Pass secukupnya melalui misi ini dan anda akan naik tahap! Naik tahap dan anda akan mula memperoleh...

Ganjaran Pass Percuma

Wild Pass menawarkan ganjaran percuma pada setiap level Wild Pass daripada 1 hingga 50, sementara Mini Pass memberikan ganjaran percuma pada setiap level Mini Pass daripada 1 hingga 20. Secara umumnya, anda boleh mendapat beberapa hadiah ini hanya dengan bermain beberapa permainan setiap minggu, jadi jangan lupa untuk menyemak Wild Pass anda dengan kerap bagi menuntut hasil usaha masing-masing!

Dengan semua ganjaran percuma itu, anda mungkin tertanya-tanya kegunaan naik taraf. Masih ada banyak lagi...

Ganjaran Pass Premium

Dengan hanya 415 Wild Core untuk Wild Pass dan 380 Wild Core untuk Mini Pass, anda boleh menaik taraf kepada pas premium dan mendapat lebih banyak ganjaran! Anda bukan sahaja akan memperoleh semua hadiah daripada pas percuma, malah anda juga akan mendapat hadiah lain pada setiap level dari 1 hingga 120 dalam Wild Pass dan daripada level 1 hingga 30 dalam Mini Pass!  Itu termasuklah ganjaran Pass yang anda aktifkan sebelum ni, jadi anda boleh menaik taraf pada bila-bila masa.

Pass Premium juga membuka kunci Cabaran Bermusim tambahan dan item tertentu dalam Pass Emporium. 

Pass Elite

Wild Pass Premium datang bersama dengan banyak barangan menarik, tetapi bagaimana jika anda tidak mempunyai masa untuk bermain? Anda bertuah kerana pada harga 990 Wild Core, Pass Elite menyertakan semua manfaat Wild Pass Premium, bersama-sama beberapa ciri istimewa untuk membantu anda maju melalui pas anda dengan kelajuan seakan Rammus—seperti melengkapkan level dengan segera (Wild Pass sahaja) dan mendapat Peti Skin Pilihan Peranan!

Dapatkan 20 Level

Benar! Anda akan mendapat 20 level Wild Pass dengan segera apabila membeli Wild Pass Elite, mempercepat perjalanan anda ke atas dan memberikan semua ganjaran level yang dilangkau pada masa yang sama. Ingat bahawa bonus ini hanya tersedia untuk Wild Pass. Bagi Mini Pass, anda perlu memperoleh tahap itu.

Mini Pass Elite

Mini Pass Elite disertakan dengan ganjaran unik yang tersendiri, seperti chroma yang boleh anda semak dalam klien sebelum membuat pembelian.

Peroleh Peti Skin Pilihan Peranan

role-choice-skin-chest.webp

Pembelian Pass Elite akan menukar ganjaran level 1 anda daripada Peti Skin Rawak kepada Peti Skin Pilihan Peranan, yang memberikan satu skin rawak daripada posisi pilihan anda. Hal ini merupakan cara yang bagus untuk meningkatkan kebarangkalian mendapatkan skin untuk champion yang telah anda gunakan atau mungkin akan diperoleh pada masa hadapan!

Tetapi ingat—memandangkan peningkatan ini menukar ganjaran level 1 Premium, pemain yang telah membeli Pass Premium sebelum ini dan telah menebus Peti Skin Rawak tidak akan mendapat Peti Skin Pilihan Peranan! Jadi, jika anda tidak pasti sama ada anda akan meningkatkan pas anda daripada Premium kepada Elite, elaklah daripada menuntut ganjaran pertama anda.

Wild Pass & Bundle Mini Pass

Bundle 1380 WC termasuk versi Elite bagi kedua-dua Wild Pass dan Mini Pass. Ia menyediakan semua ganjaran daripada Wild Pass Elite dan Mini Pass (sebaik sahaja Mini Pass tersedia) dan juga memberikan akses segera kepada skin Mini Wild Pass.

Trek Ganjaran yang Kembali

Trek Ganjaran yang Kembali boleh dibuka secara berasingan tanpa perlu membeli Wild Pass. Berbilang trek boleh dibuka kunci secara serentak dan setiap trek menampilkan skin Mini Wild Pass popular yang lalu dan kembali untuk masa terhad. Trek Ganjaran yang Kembali berkongsi kemajuan tahap yang sama seperti trek Wild Pass utama semasa, apabila tahap Wild Pass anda semakin maju, anda juga akan mengusahakan Trek Ganjaran yang Kembali secara serentak.

Wild Pass Trove

Wild Pass Trove tersedia untuk menghujani anda dengan lebih banyak ganjaran! Setiap cabutan berharga 35 Wild Star dan menjamin 150 Condensed Ore. Setiap cabutan juga mungkin mengandungi Blue Mote, Condensed Ore tambahan dan sebiji ceri di atas longgokan ganjaran–Harta Karun Food Spirits Ziggs Treasure. Harta ini termasuk Ensign Pertempuran dan skin Wild Pass yang kembali pilihan anda. Harta Karun Food Spirits Ziggs dijamin selepas 14 cabutan. Wild Star boleh diperoleh melalui Wild Pass atau dibeli terus dan jika anda tidak berjaya menggunakan semua Wild Star anda, ia akan ditukar kepada Blue Mote secara automatik selepas event berakhir.

Kadar Perolehan

Item Kadar Perolehan / Cabutan Dijamin (jika berkenaan)
Peti Skin Harta Karun Food Spirits Ziggs Kadar perolehan 0.10% / dijamin selepas 14 cabutan
Ikon Flavors Galore kadar perolehan 5.00%; sebahagian daripada kumpulan 3 item (dengan Burned Out dan The Soul's Reflection); dijamin satu daripada tiga ini untuk setiap 4 cabutan
EmoteBurned Out kadar perolehan 5.00%; jaminan kumpulan 4-cabutan yang sama
Emblem The Soul's Reflection kadar perolehan 5.00%; jaminan kumpulan 4-cabutan yang sama

Animasi Recall
 

  • Psychic Exploration
  • Sharkstorm
  • BOOM
  • Take Flight
  • Detective Compass
  • Port Catches
~0.55-0.61% setiap satu

Gaya

  • Hexplorer Tristana (Bersedia)
  • Stargazer Karma (Menawan)
  • Psychic Detective Ekko (Charging & Retrospective)
  • Food Spirits Fizz (Vaulting & Surfing)
0.67% setiap satu

Emote

  • Behold, My Grand Finale
  • Another Day, Another Explosion
  • Think, Fam... Think!
  • dll.
0.73% setiap satu
Skrin Pemuatan / Bingkai Skin / Ikon / Bingkai Ikon / Emblem ~0.73-0.79% setiap satu
10 Wild Star 9%
  • 20 Wild Star
  • 900 Blue Mote
8%
500 Condensed Ore 3%

Will Pass Emporium

Sama seperti Kedai Ranked dan Kedai Poro Coin, Wild Pass kini mempunyai etalase sendiri untuk membantu anda menyesuaikan lagi ganjaran anda! Cara ia berfungsi:

Wild Star

wild-star.webp

Wild Star diberikan pada tahap Wild Pass Premium yang tertentu. Mata wang ini boleh ditukar untuk kandungan Emporium Wild Pass yang hebat (kadangkala eksklusif!), memberi anda sebab untuk melengkapkan Pas ini!

Sama seperti level Wild Pass, Wild Star boleh dibeli sendiri jika anda kekurangan sesuatu item dan tidak mempunyai masa/level untuk mendapatkan lebih banyak Wild Star. Ambil perhatian bahawa sesetengah kandungan dalam Wild Pass Emporium hanya tersedia untuk pemegang Wild Pass Premium, jadi sahkan ketersediaan item yang anda inginkan sebelum anda membeli Wild Star untuknya!

Wild Star terikat dengan Wild Pass yang telah memperolehnya, jadi Wild Star akan hilang daripada inventori anda apabila musim Wild Pass baharu bermula. Tetapi jangan risau jika anda mempunyai sedikit baki—ia akan bertukar secara automatik menjadi Blue Mote dan dihantar ke akaun anda!

Augment Skin Eksklusif

Setiap Wild Pass menampilkan augmen skin eksklusif yang boleh anda peroleh dengan menaikkan tahap Wild Pass.

Pastikan untuk mendapatkan augmen skin selagi anda boleh, kerana setiap augment skin terikat dengan musim Wild Pass semasa dan akan hilang bersama dengan Wild Pass itu sendiri.

Bolehkah saya membeli tahap Wild Pass individu?

Sudah semestinya!

Sama ada anda cuba untuk mendapatkan kandungan utama sebelum Wild Pass luput atau tidak sabar untuk mendapatkan ganjaran yang seterusnya, anda boleh membayar 150 Wild Core setiap level untuk memecut melalui Wild Pass anda.

Berapa lamakah saya perlu menuntut ganjaran Wild Pass saya?

Setiap Wild Pass berlangsung untuk jangka masa yang terhad. Sebaik sahaja Pass luput, ganjarannya turut luput! Sebab itulah kami mengesyorkan agar anda semua melawat halaman Wild Pass setiap kali anda boleh menuntut semua ganjaran yang telah diperoleh. Kami juga menyertakan butang Tuntut Semua untuk mempercepatkan proses!

Saya telah membeli Wild Pass tetapi tidak mempunyai masa untuk mengaktifkan semua ganjaran. Bolehkah saya mendapat bayaran balik?

Oleh sebab Wild Pass menawarkan ganjaran yang terikat dengan aktiviti akaun anda, kedua-dua Wild Pass dan level Wild Pass tidak boleh dibayar balik.

Kami mereka bentuk Wild Pass untuk memberikan pelbagai nilai kepada semua jenis pemain. Sama ada anda warrior hujung minggu atau pemain tegar Rift, ada banyak kandungan menarik yang boleh anda buka kunci mengikut rentak anda.

Dengan itu, Wild Pass ni masih baharu dan kami akan membuat pelarasan untuk keluaran yang seterusnya untuk meningkatkan nilai dan pengalaman anda semua. Kami hanya dapat membuka kunci potensi penuh melalui bantuan anda, jadi jangan teragak-agak untuk menghantar maklum balas dan pendapat!

Adakah artikel ini membantu?