Halaman ini membantu untuk menjawab beberapa soalan lazim yang sering ditanya oleh ibu bapa pemain bawah umur, dan turut menyediakan borang untuk anda mendapatkan bantuan lanjut.
Adakah permainan ini sesuai untuk anak saya?
Akhirnya, keputusan di tangan anda, tetapi yang berikut adalah beberapa panduan.
Kandungan dalam permainan: Anda boleh merujuk kepada panduan ESRB atau PEGI untuk menyemak penarafan umur bagi mana-mana permainan yang anda minati. Kebanyakan permainan kami mempunyai penarafan Remaja. Untuk penarafan mengikut lebih banyak rantau, lihat IARC.
Komunikasi dalam permainan: Kebanyakan permainan kami mempunyai ciri sembang teks dan suara, yang bertujuan membantu pemain merancang strategi dengan berbincang tentang objektif permainan. Walaupun kami berusaha memastikan sembang sentiasa patuh dan mengambil tindakan tegas terhadap nama pemain yang tidak sesuai, kami tidak dapat mengawal apa yang berlaku setiap masa dalam komunikasi suara dan sembang, yang malangnya kadangkala boleh menjadi sangat negatif. Sila tunjukkan kepada anak anda cara untuk membisukan dan menyekat pemain sekiranya terdapat komen yang tidak membantu daripada rakan sepasukan:
- (League of Legends) Cara Membisukan dan Menyekat Pemain
- (Wild Rift) Tetapan Sembang dan Tetapan Suara
- (Legends of Runeterra) Tiada ciri suara atau sembang—hanya emote sahaja.
- (VALORANT) Tetapan Sembang Suara
Nota ringkas tentang pancingan data. Sila maklumkan kepada anak anda bahawa kakitangan Riot tidak akan pernah meminta maklumat daripada anak anda melalui klien. Lihat Pancing data: Jangan tertipu.
Bagaimana saya boleh mencipta akaun untuk anak saya?
Membuat akaun, memasang, dan bermain permainan kami adalah percuma. Mereka perlu menggunakan alamat emel sendiri dan mencipta nama pengguna log masuk serta Nama Summoner atau ID Riot dalam permainan yang bukan nama sebenar mereka.
Untuk memastikan akaun mereka selamat, pertimbangkan perkara yang berikut:
- Cipta Akaun Riot mereka di laman web: League of Legends/Teamfight Tactics | VALORANT
- E-mel: Setiap akaun Riot mesti menggunakan emel yang unik.
-
Tarikh Lahir: Anak anda mesti mencapai umur minimum yang diperlukan untuk rantau anda (contohnya, umur kelayakan di bawah GDPR atau peraturan khusus rantau lain).
Petua: Gunakan tarikh lahir sebenar mereka, atau jika anda benar-benar mahu menggunakan tarikh palsu, pastikan anda catatkan untuk rujukan akan datang. Maklumat ini akan membantu mereka memulihkan akaun jika mereka kehilangan akaun mereka pada masa akan datang. - Nama pengguna: Maklumat ini akan menjadi nama pengguna log masuk mereka sahaja (bukan nama paparan dalam permainan mereka yang menyeronokkan dan kreatif). Jangan letakkan maklumat pengenalan diri dalam nama pengguna – dalam kata lain, jangan gunakan nama sebenar. NAMA PENGGUNA LOG MASUK TIDAK BOLEH DITUKAR KEMUDIAN.
- Kata laluan: Untuk mendapatkan keselamatan terhadap kecurian akaun, gunakan kata laluan yang panjang dan sukar diteka.
- Selepas anda memasang dan melancarkan permainan, cipta nama paparan dalam permainan mereka:
- Pastikan anak anda memahami dan menerima Terma Perkhidmatan dan Tatakelakuan.
- Anda akan ditunjukkan skrin tempat anda mencipta nama dalam permainan yang dikehendaki oleh anak anda. Nama ini akan dilihat oleh pemain lain. Jangan letakkan maklumat pengenalan diri dalam nama paparan – dalam kata lain, jangan gunakan nama sebenar, nombor telefon, alamat e-mel, dan sebagainya.
- Untuk VALORANT dan permainan lain, nama paparan akan menjadi ID Riot mereka.
Nota: ID Riot boleh ditukar secara percuma setiap 30 hari di https://account.riotgames.com/. - Untuk League of Legends, nama paparan akan menjadi Nama Summoner mereka.
Nota: Penukaran Nama Pemanggil boleh dilakukan, tetapi ia mesti dibeli.
- Untuk VALORANT dan permainan lain, nama paparan akan menjadi ID Riot mereka.
- Untuk keselamatan maksimum, aktifkan juga pengesahan dua faktor.
Anda sudah sedia. GLHF!
Di mana saya boleh berikan kelulusan ibu bapa saya?
Persetujuan ibu bapa hanya diperlukan dalam situasi tertentu pada akaun sedia ada, bukan pada akaun baharu. Kelulusan akan diperlukan jika anda berpindah ke negara yang mempunyai peraturan umur minimum yang lebih ketat yang akan menjadikan anak anda tidak lagi layak untuk mengawal akaun mereka sendiri tanpa kebenaran. Di banyak negara, mereka yang berumur bawah 16 tahun mungkin memerlukan kebenaran ibu bapa selepas berpindah ke rantau lain.
➡️ Maklumat Kelulusan Ibu Bapa untuk Ibu Bapa
Kanak-kanak yang ingin bermain permainan Riot mesti memenuhi syarat umur minimum untuk wilayah mereka semasa membuat akaun, dan tidak dapat memintas syarat umur dengan menggunakan borang persetujuan ibu bapa.
Bagaimanakah cara memadamkan akaun anak saya?
Hanya pemilik akaun yang boleh memadam akaun tersebut.
Pemadaman Akaun Tidak Boleh Dibatalkan
Menurut undang-undang privasi GDPR, sebaik sahaja akaun dipadamkan, semua data, pembelian pemain dan sebagainya benar-benar dihapuskan dan hilang selama-lamanya. Dasar ini terpakai untuk semua Akaun Riot di setiap rantau.
Anak anda boleh memadam akaun mereka dengan mengikuti langkah-langkah dalam artikel berikut:
Alternatif kepada pemadaman akaun: Jika anak anda mungkin ingin mengakses akaun mereka pada masa akan datang (contohnya, mereka ingin menyimpan skin dan kandungan lain yang telah diperoleh atau dibeli), anda boleh membantu mereka untuk menyahaktifkan akaun tersebut sebagai gantinya:
➡️ Soalan Lazim Penyahaktifan dan Pemadaman Akaun
Cara ibu bapa boleh menghubungi Riot Games
Jika anda memerlukan bantuan lanjut untuk mengurus akaun anak anda, sila gunakan borang yang berikut.
Penting: Borang ini hanya boleh digunakan oleh ibu bapa atau penjaga sah yang ingin membuat pertanyaan mengenai akaun anak mereka. Penggunaan borang ini untuk sebarang tujuan lain akan menyebabkan tiket ditutup secara automatik dan anda perlu menghantar semula menggunakan borang tiket yang sesuai.