Pemberian Hadiah dalam Wild Rift

Walaupun tawaran hebat kedai League of Legends: Wild Rift tidak berkongsi banyak persamaan dengan kehidupan nyata, terdapat satu sentimen yang serupa: memberi hadiah sama seronok dengan menerimanya!

Apakah yang boleh saya berikan kepada pemain lain?

Apa-apa yang boleh dibeli dengan Wild Cores boleh diberikan sebagai hadiah, termasuk champion, skin, bauble, recall dan emote. Jika anda masih tidak pasti, pergi sahaja ke item itu di kedai. Anda ada nampak ikon hadiah? Itu bermakna anda boleh memberikannya kepada rakan anda!

Bagaimanakah saya boleh menghantar hadiah?

Dengan sekerap mungkin bersama hati yang terbuka!

...Oh! Maksud anda langkah sebenar!

  1. Cari item yang anda mahu berikan di kedai dalam permainan
  2. Tekan ikon hadiah
  3. Pilih rakan yang anda mahu hantarkan item tersebut
  4. (Pilihan) Tambahkan satu mesej
  5. Tekan butang yang menunjukkan harga item tersebut dalam Wild Cores
  6. (Pilihan) Berbangga dengan kemurahan hati anda!

Selepas semua langkah ini selesai, item akan dihantarkan kepada rakan anda.

Bagaimana pula dengan item wishlist?

Pergi ke wishlist rakan anda dengan mengakses profil mereka dan menekan ikon hati di bahagian kanan, kemudian belikan skin/champion/bauble/dll. impian mereka!

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut!

Adakah terdapat had pemberian hadiah?

Hanya tiga!

  1. Akaun pemberi dan penerima hadiah mestilah sekurang-kurangnya berada di level 15
  2. Anda mesti berkawan dengan permain tersebut sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum anda boleh menghantar hadiah kepada mereka
  3. Anda hanya boleh menghantar sehingga 2 hadiah dalam tempoh 24 jam

Memberikan anda alat yang diperlukan untuk menghantar hadiah kepada rakan anda adalah penting bagi kami, namun begitu juga melindungi Wild Cores anda. Kadangkala peraturan ini mungkin sedikit menyusahkan, tetapi peraturan mudah ini akan menyukarkan penyalah guna daripada mengeksploitasi akaun anda.

Bolehkah saya mendapat bayaran balik bagi hadiah yang baru saya hantar?

Oleh kerana hadiah melibatkan dua pihak, kami tidak dapat memberikan bayaran balik setelah anda menghantar hadiah. Pergi ke sini untuk maklumat lebih lanjut tentang kandungan yang boleh dibayar balik.

Walau bagaimanapun, jika pemberian hadiah adalah disebabkan oleh akaun anda yang terjejas, sila hantarkan tiket, dan kami akan membantu anda dengan sedaya upaya!

Adakah artikel ini membantu?