Vex akan datang ke League of Legends: Wild Rift? Pfft. Apa-apa sahajalah.
Maksud kami, kami rasa itu agak hebat. Dan sudah pasti, skin Bewitchingnya merupakan pakaian yang tepat untuk musim yang berubah-ubah ini. Tetapi jika anda mahu mendapat lebih daripada sekadar jelingan mata serong daripada yordle yang suram ini, lebih baik anda membawa permainan B anda—iaitu "B" untuk "Bingo"!
Tarikh
Kami tidak bermaksud untuk menakutkan anda (terlalu banyak), tetapi anda hanya mempunyai kira-kira dua minggu untuk menyelesaikan papan-papan bingo tersebut!
Mula - 27 Oktober 2022 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 10 November 2022 // 7:59 pagi GMT+8*
*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.
Apakah itu Bewitching Vex's Bingo?
Pada permulaan event, anda akan diberikan kad bingo 4x4 yang penuh dengan misi. Apabila misi selesai, petak misi akan ditandakan dan skor "bingo"—iaitu, melengkapkan keseluruhan baris, lajur atau garisan pepenjuru 4 petak berturut-turut—akan memberi anda 50 Blue Motes!
Melengkapkan keseluruhan papan akan memberikan ganjaran yang lebih besar DAN mengaktifkan papan baharu untuk anda selesaikan—dengan syarat anda telah sampai tarikh keluaran papan tersebut.
Dalam apa-apa cara sekalipun, anda perlu menangani misi itu terlebih dahulu!
Misi
Misi Bewitching Vex's Bingo datang dalam tujuh kumpulan berbeza, dan setiap kumpulan boleh merangkumi pelbagai jenis objektif. Anda sentiasa boleh menekan petak misi untuk mengetahui tentang butiran objektif anda, tetapi simbol itu sendiri memberikan sedikit panduan:
Simbol | Jenis Misi |
---|---|
Bertarung dalam pertempuran, sama ada mengenakan damage, memperoleh triple kill atau memulih/memberikan shield pada sekutu anda! | |
Musnahkan/bunuh objektif utama. Rift Herald, dragon dan turret adalah antara sasaran yang perlu anda tumpaskan untuk menandakan petak ini. | |
Dapatkan gold! Mengumpul timbunan syiling sudah cukup untuk melengkapkan beberapa objektif ini, manakala objektif lain memerlukan anda membunuh musuh tertentu untuk mendapatkan ganjaran anda. | |
Gunakan champion atau kelas champion tertentu. Misi ini biasanya melibatkan masuk queue sebagai champion atau kelas tertentu, jadi anda mungkin perlu menangani misi ini dengan lebih gigih. | |
Capai keputusan pascapermainan tertentu! Ia mungkin semudah bermain/menang permainan, atau mencabar seperti menjadi MVP permainan anda. Lakukan yang terbaik dan ganjaran anda akan menyusul! | |
Misi ini meletakkan syarat luar biasa yang istimewa (seperti Nemesis Duel) untuk diselesaikan. Semak di bawah untuk misi unik setiap papan, jadi pastikan anda tahu perkara yang anda sasarkan! | |
Misi Bewitching ini memerlukan penggunaan Vex atau salah seorang rakannya yang menyeramkan dalam pakaian Bewitching mereka. Takutkan pesaing anda sehingga mereka menyerah! |
Anda boleh menyelesaikan kebanyakan objektif ini dalam mana-mana mod permainan matchmade: Ranked, PVP, ARAM atau Co-Op VS AI. Satu-satunya pengecualian adalah misi yang secara khusus memerlukan anda bermain mod permainan tertentu!
Anda dihantui oleh misi yang anda tidak boleh selesaikan dalam sebarang mod permainan? Maka mungkin sudah tiba masanya untuk melakukan sihir sendiri dengan sebiji Bewitching Pumpkin!
Bewitching Pumpkin
Labu cantik ini mempunyai kuasa tersembunyi: keupayaan untuk melengkapkan sebarang petak bingo!
Hanya tekan petak misi yang ingin anda selesaikan diikuti dengan butang untuk menukar salah satu labu anda untuk menandakan misi tersebut pada papan anda. Jika anda ingin menebus labu anda dengan cara yang lebih menyeramkan, tekan dan seret ikon (adakah ia…TERAPUNG?!) ke misi yang ingin anda selesaikan. "Sihir" ini mungkin tidak begitu menarik perhatian Vex, tetapi ia akan menyelesaikan tugasnya!
Misi Bewitching Pumpkin
Semasa event ini berlangsung, anda akan memperoleh 1 mata setiap kali anda bermain perlawanan atau melengkapkan baris, lajur atau pepenjuru dalam satu papan bingo. Dapatkan 4 mata secara keseluruhan, dan sebiji Bewitching Pumpkin akan ditambahkan pada stok anda!
Misi Bewitching Pumpkin boleh ulang ini tersedia sepanjang tempoh event, tetapi jangan berancang untuk menukar akaun anda menjadi ladang labu, kerana anda hanya boleh menyimpan sehingga 3 Bewitching Pumpkin pada satu-satu masa! Anda tidak akan memperoleh apa-apa apabila menyelesaikan misi Bewitching Pumpkin semasa anda mencapai had.
Papan Bingo
Papan Bingo ini mungkin tidak seseram papan ouija, tetapi papan ini mengandungi JAUH lebih banyak hadiah!
Anda hanya boleh menyelesaikan satu papan pada satu masa dan mesti melengkapkan papan semasa anda sebelum beralih ke papan seterusnya. Selain itu, setiap papan hanya tersedia selepas masa tertentu, jadi jangan risau jika anda berjaya selesaikan satu papan dan perlu menunggu satu atau dua hari untuk papan seterusnya menjadi tersedia.
Papan 1
- PRASYARAT
- Tiada!
- TARIKH DIKELUARKAN
- 27 Oktober // 08:00 pagi GMT+8
- GANJARAN BARIS
- 50 Blue Motes setiap satu
- GANJARAN PAPAN
-
Ikon Tricks 'n' Treats!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Papan 2
- PRASYARAT
- Selesaikan Papan 1
- TARIKH DIKELUARKAN
- 29 Oktober // 08:00 pagi GMT+8
- GANJARAN BARIS
- 50 Blue Motes setiap satu
- GANJARAN PAPAN
-
Emote Spellbound
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Papan 3
- PRASYARAT
- Selesaikan Papan 2
- TARIKH DIKELUARKAN
- 31 Oktober // 08:00 pagi GMT+8
- GANJARAN BARIS
- 50 Blue Motes setiap satu
- GANJARAN PAPAN
- 800 Blue Motes
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Papan 4
- PRASYARAT
- Selesaikan Papan 3
- TARIKH DIKELUARKAN
- 2 November // 08:00 pagi GMT+8
- GANJARAN BARIS
- 50 Blue Motes setiap satu
- GANJARAN PAPAN
- Gaya Vex / Gaya Skin Bewitching
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|