Wild Rift - Supreme Cells

supreme-cells-sett.webp

Sertai Sett, Kennen, dan Zed apabila mereka pacu kuasa mistik skin Supreme Cells dalam League of Legends: event Supreme Cells Wild Rift!

Tarikh

Biarkan kejohanan bermula!

Mula - 1 November 2022 // 08:00 pagi GMT+8
Tamat Misi - 15 November 2022 // 07:59 pagi GMT+8
Hari Terakhir Menuntut Ganjaran - 17 November 2022 // 07:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Cara Permainannya

Prestij. Kemuliaan. KUASA. Supreme Cells menjanjikan semua ini dan banyak lagi.
Tetapi hanya kepada mereka yang cukup kuat untuk merebutnya!

Pilih Champion Anda

Untuk bermula, anda perlu memilih mana-mana champion sulung Supreme Cells: Kennen, Zed, atau Sett.

Jangan fikir terlalu banyak—pilihan anda di sini adalah penampilan semata-mata, dan setiap level champion sahaja dan ada akses kepada set misi dan ganjaran yang sama. Ikut gerak hati anda!

Hancurkan Decoy

dummy.webp

Sebaik sahaja champion anda dikunci masuk, dia secara automatik akan mula menyerang decoy berkostum. Kemudian beberapa tumbukan lagi. DAN BANYAK LAGI.

Pada asasnya, champion anda akan terus menyerang pada kadar yang ditetapkan walaupun anda tidak bermain permainan itu, membuat damage dan membantu anda maju ke arah beberapa ganjaran yang lumayan.

Ingin mempercepatkan proses? Pergi ke halaman Event dan aktifkan Ultimate anda! Serangan dahsyat ini mendatangkan banyak damage, dan walaupun hanya tersedia sekali sehari, anda boleh meningkatkan damage itu melalui Meditasi (lihat di bawah) seperti ahli seni mempertahankan diri sejati.

Akhir sekali, anda berpeluang menimbulkan lebih kecederaan dengan bermain sehingga tiga perlawanan setiap hari melalui misi Pertempuran.

Pastikan anda menggunakan damage Ultimate dan juga misi Pertempuran anda pada bila-bila masa yang anda boleh, kerana kedua-duanya akan disegarkan semula setiap hari pada 08:00 pagi GMT+8.

Tetapi kaedah ini ada hadnya. Untuk memenangi kejohanan Supreme Cells, anda mesti meningkatkan damage anda. Untuk berbuat demikian, anda perlu…

Dapatkan BUFF

Terdapat dua cara untuk meningkatkan kuasa keseluruhan champion anda, dan anda memerlukan kedua-duanya untuk muncul sebagai pemenang!

Naik Level

Pertama, anda boleh naik level champion anda dengan memperoleh XP Champion melalui Misi yang disenaraikan di bawah. Setiap level akan meningkatkan attack damage dan penjanaan Stamina anda, tetapi dengan had level 15, anda juga perlu…

Berlatih

Champion anda sentiasa menjana Stamina, yang anda boleh tambah dengan bonus harian yang besar hanya dengan log masuk (kedua-duanya meningkat apabila anda naik level Running). Kemudian anda boleh menghabiskan Stamina anda untuk menjalani mana-mana latihan berikut untuk meningkatkan statistik yang sepadan:

Latihan (Ketersediaan) Statistik Meningkat
(selepas lvl 1)
Running (Diaktifkan!) Penjanaan Stamina,
Stamina Log Masuk Harian
Pushup (Diaktifkan!) Damage setiap attack
Situp (Champ Lv 2) Peluang Critical Strike,
Critical Damage
Squat (Champ Lv 3) Attack Speed
Pullup (Champ Lv 4) Bonus Damage setiap perlawanan misi Pertempuran
(maks 3x/sehari)
Meditasi (Champ Lv 5) Damage Ultimate

Latihan memerlukan lebih Stamina apabila latihan meningkatkan level, jadi rejimen senaman yang seimbang merupakan kunci kejayaan. Teruskan latihan anda, dan anda akan mengenakan TONS OF DAMAGE™.

Misi

supreme-cells-zed.webp

Walaupun misi sebenar anda mungkin untuk memenangi kejohanan Supreme Cells, misi di bawah merupakan langkah yang diperlukan untuk menuju kegemilangan!

Jejak Misi

Dua misi diaktifkan setiap hari untuk sepuluh hari pertama event, setiap satu boleh diselesaikan untuk 10 XP Champion dan 90 Blue Motes! Anda hanya akan dapat maju melalui satu misi pada satu masa, jadi perhatikan objektif semasa anda apabila anda queue untuk mendapatkan keuntungan maksimum!

Misi Objektif
Warming Up (1) Dapatkan 40 takedown
ATAU
Main 3 perlawanan
Satu Lawan Ramai (1) Sebagai satu pasukan, bunuh 700 minion
ATAU
Main 3 perlawanan
Wang Hadiah (2) Dapatkan 35,000 gold
ATAU
Main 3 perlawanan
Battle Tested (2) Menang satu perlawanan PVP Normal atau Ranked
ATAU
Main 3 perlawanan
The Eyes Never Lie (3) Main satu perlawanan sebagai atau bersama Circuit Cell Kennen
ATAU
Main 3 perlawanan
Bring The Pain (3) Kenakan 40,000 damage pada champion musuh
ATAU
Main 3 perlawanan
First To Fall (4) Sebagai satu pasukan, musnahkan turret pertama
ATAU
Main 3 perlawanan
Worthy Foes (4) Dapatkan 5 takedown yang unik dalam satu perlawanan
ATAU
Main 3 perlawanan
Five Point Palm (5) Sebagai satu pasukan, dapatkan 60 kill
ATAU
Main 3 perlawanan
Lights Out (5) Letak atau musnahkan 15 ward
ATAU
Main 3 perlawanan
Undisputed (6) Main satu perlawanan sebagai atau bersama Dynamo Cell Sett
ATAU
Main 3 perlawanan
Dragon Punch (6) Sebagai satu pasukan, kalahkan 4 dragon
ATAU
Main 3 perlawanan
Frantic Skirmish (7) Menang satu perlawanan ARAM
ATAU
Main 3 perlawanan
Crushing Blow (7) Bantu dalam memusnahkan 6 turret
ATAU
Main 3 perlawanan
Face The Beast (8) Sebagai satu pasukan, kalahkan Baron Nashor
ATAU
Main 3 perlawanan
Trophy Case (8) Peroleh sejumlah 5 pingat pada akhir permainan
ATAU
Main 3 perlawanan
Unseen Blade (9) Main satu perlawanan sebagai atau bersama Syphon Cell Zed
ATAU
Main 3 perlawanan
Attack First (9) Dapatkan first blood
ATAU
Main 3 perlawanan
Black Belt (10) Dapatkan rank A atau S
ATAU
Main 3 perlawanan
Champion of the Arena (10) Dapatkan MVP
ATAU
Main 3 perlawanan

Misi Harian

Walaupun misi di atas akan memberi anda XP Champion dan Blue Motes, misi harian ialah cara terbaik untuk menambahkan Stamina dan damage anda. Jangan risau jika anda terlepas satu atau dua hari—ia disegarkan semula setiap hari pada 08:00 pagi GMT+8!

Misi Objektif Ganjaran
Latihan Harian Log masuk ke Wild Rift 1,000 Stamina (Naik level Running untuk mendapatkan lebih banyak!)
Pertempuran Main satu perlawanan
(3x Setiap hari)
Mengenakan damage berdasarkan statistik Pullup

Ganjaran

Tumbuk dummy secukupnya, dan hadiah akan mula muncul. Siapa yang perlukan piñata?!

Jumlah Damage Diperlukan Ganjaran
1,000,000 supreme-clash-icon.webp
Ikon Supreme Clash
3,000,000 500 Poro Energy
8,000,000 dynamooo-bauble.webp
Bauble Dynamooo
15,000,000 500 Poro Energy
25,000,000 500 Poro Energy
35,000,000 Peti Pemilihan Gaya Skin*
45,000,000 500 Poro Energy
60,000,000 balanced-back-out-recall.webp
Recall Balanced Back-Out
75,000,000 500 Poro Energy
90,000,000 loyalty-and-conviction-icon-border.webp
Bingkai Ikon Loyalty & Conviction
120,000,000 200 Poro Energy
150,000,000 200 Poro Energy
180,000,000 200 Poro Energy
215,000,000 200 Poro Energy
250,000,000 200 Poro Energy

*Pilih satu daripada Gaya Skin yang berikut:

  • Gaya Syphon Cell Zed
  • Gaya Circuit Cell Kennen
  • Gaya Dynamo Cell Sett
  • Gaya Zed
  • Gaya Kennen
  • Gaya Sett
Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk