Wild Rift - Star Guardian 2022

Antara mencari kawan baharu, mendapat keputusan yang baik di sekolah dan menyelamatkan galaksi daripada kemusnahan menyeluruh, Star Guardian mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan. Dan dalam Event League of Legends: Wild Rift's Star Guardian 2022, begitu juga anda!

star-guardian-splash.png

Sertai Star Guardian sambil mereka berjuang untuk masa hadapan dengan menyelamatkan hantu dari masa lalu mereka!

Redeemed Star Guardian Pledge

Jom tengok halaman Redeemed Star Guardian kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang skin dan kandungan eksklusif yang boleh anda akses dengan membeli Redeemed Star Guardian Pledge!

Tarikh

Sekolah mungkin akan cuti untuk musim panas, tetapi Star Guardian masih akan bertarung dengan kuasa kekacauan pada tarikh berikut:

Mulai - 15 Julai 2022 // 08:00 pagi GMT+8
Tamat - 12 Ogos 2022 // 07:59 pagi GMT+8

Walaupun Star Guardian membuka pintunya (dan hati kami!) pada 15 Julai, setiap minggu event itu juga akan membawa kandungan baharu. Jika anda telah menemui jalan buntu dan ingin tahu bila anda boleh maju atau hanya ingin tahu perkara yang akan datang, lihat Gambaran Keseluruhan Peta Bintang Mingguan di bawah.

Peta Bintang

star-map.png

Anda akan mengekori Star Guardian semasa mereka menghadapi cabaran terbaru mereka melalui Peta Bintang, yang anda boleh akses di bahagian bawah Halaman Event Star Guardian.

Amaran Pembongkaran Star Guardian!

Halaman ini memberikan gambaran keseluruhan LENGKAP Wild Rift Star Guardian 2022, termasuk kandungan yang tidak akan diperkenalkan sehingga beberapa minggu selepas event bermula. Terus membaca atas risiko anda sendiri!

Menavigasi Peta Bintang

Laluan anda sepanjang Peta Bintang dibentangkan melalui satu siri nod, yang kebanyakannya mesti diselesaikan mengikut urutan. Terdapat tiga jenis nod, dan setiap satu akan memberikan cerapan unik tentang kehidupan seorang Star Guardian:

Simbol Nod Apa Maksudnya
dialogue-node.png Nod dialog memberi anda tempat duduk baris pertama untuk kisah Star Guardian. Anda akan menyaksikan interaksi antara watak utama dan mengikuti perkembangan mereka semasa plot terbentang.
Dan jangan risau jika anda terlepas sesuatu—anda boleh melawat semula nod dialog pada bila-bila masa kemudian.
battle-node.png Bersedia untuk pertempuran! Di nod ini, anda akan beradu dengan makhluk kekacauan, yang hanya boleh dikenakan damage oleh Guardian Power familiar andaguardian-power.png (lebih lanjut mengenainya selepas ini!).
Apa-apa damage yang anda kenakan pada monster kekacauan akan kekal walaupun anda meninggalkan nod, jadi anda boleh melemahkannya sedikit demi sedikit.
Tidak seperti nod lain, nod ini hanya boleh diselesaikan sekali sahaja! Sebaik sahaja anda telah mengalahkan mana-mana monster kekacauan nod tertentu, anda tidak akan dapat melawatnya lagi.
comic-node.png Komik memberikan pandangan yang lebih mendalam ke dalam kisah Star Guardian melalui panel yang diilustrasikan dengan indah.
Tiga komik tersedia apabila event bermula, dengan satu isu baharu akan terbit (*ahem* Peta Bintang) dua minggu kemudian dan siri terakhirnya akan tiba seminggu selepas itu. Sama seperti nod dialog, komik boleh dilawati berulang kali. Tidak seperti nod dialog, komik akan tersedia kepada semua orang pada masa keluarannya yang telah ditetapkan tanpa mengira kedudukan anda pada Peta Bintang.
Pastikan anda membacanya sekurang-kurangnya sekali, kerana melawati setiap komik akan memberi anda Star Candy yang berharga untuk memberi makan dan menaikkan level familiar anda!

Hanya nod tertentu tersedia untuk diselesaikan pada sesuatu masa, yang boleh anda terokai minggu demi minggu di bawah!

Gambaran Keseluruhan Peta Bintang Mingguan

Sama ada anda ingin tahu tentang pengembaraan yang menanti atau sekadar ingin melihat kemungkinan ganjaran anda, kami sedia membantu anda! Hanya besarkan mana-mana minggu di bawah untuk huraian nod demi nod tentang perkara yang menanti anda di Peta Bintang. Hitam menandakan nod dialog, manakala merah bermakna anda harus bersedia untuk pertempuran!

Juga ambil perhatian bahawa setiap minggu baharu hanya menambah nod lagi, jadi jangan risau jika anda ketinggalan—penjahat dan dialog anda yang tersedia tidak akan ke mana-mana.

Minggu 1 (15/7)

Nod Ganjaran
1-1 shining-star-spawn-tag.png
Spawn Tag Shining Star (sementara, akan dibuang daripada inventori apabila event tamat)
1-2
Ikon Star Guardian
1-3 25 Blue Motes
1-4 500 Blue Motes
1-5 25 Blue Motes
1-6 300 Poro Energy
1-7 25 Blue Motes
1-8 sweet-surrender-bauble.png
Bauble Sweet Retreat
1-9 25 Blue Motes
1-10 500 Blue Motes
1-11 25 Blue Motes
Aktifkan Ahri (Kiko) dan Miss Fortune (Boki & Baki) sebagai pilihan untuk party aktif anda

Minggu 2 (Diaktifkan 22/7 @ 08:00 pagi GMT+8)

Nod Ganjaran
2-1 300 Poro Energy
2-2 25 Blue Motes
2-3 500 Blue Motes
2-4 25 Blue Motes
2-5 lovestruck-emote.png
Emote Lovestruck
2-6 25 Blue Motes
2-7 500 Blue Motes
2-8 25 Blue Motes
2-9 Peti Pemilihan Gaya Skin*
2-10 25 Blue Motes

* Pilih satu daripada gaya yang berikut:

  • Gaya Star Guardian Ahri
  • Gaya Star Guardian Rakan
  • Gaya Star Guardian Xayah
  • Gaya Star Guardian Miss Fortune
  • Gaya Star Guardian Orianna
  • Gaya Star Guardian Senna
  • Gaya Star Guardian Seraphine

Minggu 3 (Diaktifkan 29/7 @ 08:00 pagi GMT+8)

Nod Ganjaran
3-1 300 Poro Energy
3-2 25 Blue Motes
3-3 otp-emote.png
Emote OTP
3-4 25 Blue Motes
3-5 300 Poro Energy
3-6 25 Blue Motes
3-7 300 Poro Energy
3-8 50 Blue Motes
3-9 galactic-guardian-border.png
Bingkai Ikon Galactic Guardian
3-10 100 Blue Motes Mengaktifkan Rakan (Riku) sebagai pilihan untuk party aktif anda
3-11 MISI PERTEMPURAN BERULANG (lihat di bawah)

Misi Pertempuran Berulang

Jika anda BENAR-BENAR ingin menunjukkan pada pihak Kekacauan siapa yang berkuasa, cubalah dapatkan ganjaran pertempuran berulang kami!

7 misi akan diaktifkan apabila menyelesaikan nod 3-10, dan 7 lagi akan muncul pada 5/8 pukul 08:00 pagi GMT+8 untuk pencapai lampau sebenar. Setiap satu akan memberi anda 250 Poro Energy.

Sekarang anda sudah mengetahui selok-belok Peta Bintang, sudah tiba masanya anda mengetahui tentang cara anda memilih rakan yang akan menemani anda sepanjang perjalanan!

Memilih Party Anda

Sebelum kami memulakan parti Star Guardian ini, anda perlu membuat party Star Guardian anda!

...Sebentar, mari cuba sekali lagi.

party-selection-screen.png

*ahem* Setelah anda menyelesaikan pengenalan Star Guardian (hanya masuk ke halaman Event untuk memulakannya!) dan bertarung melalui Nod 1-3, anda akan memilih satu party yang terdiri daripada tiga Star Guardian untuk berkhidmat sebagai pasukan aktif anda menentang pihak kekacauan. Memandangkan Xayah mesti sentiasa menjadi sebahagian daripada pasukan anda, anda pada mulanya akan memilih daripada Orianna, Senna dan Seraphine untuk mengisi party bertiga anda apabila event bermula, dengan lebih ramai rakan mengikuti mereka semasa event berlangsung.

Jangan terlalu risau tentang party anda pada mulanya! Anda boleh bertukar-tukar rakan sepasukan pada bila-bila masa sesuka hati anda, dan berbaloi untuk cuba melihat familiar yang paling sesuai dengan gaya permainan anda.

Melawan Pihak Kekacauan

guardian-power.pngAyuuuh Guardian Power!guardian-power.pngstar-guardian-battle.png

Kira-kira separuh lokasi di Peta Bintang hanya boleh diselesaikan dengan mengalahkan ejen kekacauan, masing-masing dengan imejan dan HP mereka sendiri. Untuk mengenakan damage, hanya caskan Guardian Powerguardian-power.png anda dengan memenuhi syarat-syarat familiar yang anda lengkapkan, kemudian lepaskannya dengan butang Attack!

Sudah tentu, perlawanannya mudah, tetapi persediaan untuk menghadapinya dengan menjana Guardian Power—dan menaikkan level familiar anda untuk mencipta lebih banyak Guardian Power—sedikit lebih rumit. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut!

Familiar

feeding-familiar.png

Setiap Star Guardian dilengkapi dengan familiar mereka sendiri, yang akan mengecas untuk pertempuran event dengan Guardian Power (GP)guardian-power.png setiap kali anda memenuhi syarat-syarat dalam permainan tertentu. Contohnya, Saki level 1 (familiar Xayah) memperoleh 10 GP untuk setiap takedown yang anda peroleh, manakala Giru level 1 (familiar Senna) memperoleh 25 GP untuk setiap struktur yang dimusnahkan oleh pasukan anda. Anda boleh menaikkan level familiar anda untuk memperoleh lebih banyak GP dengan memberi mereka makan Star Candystar-candy.png, yang dapat diperoleh dengan bermain permainan atau membaca komik. Betul, kami serius—lihatlah!

Tetapi ingat: anda hanya akan mengecas Guardian Power familiar yang berada dalam party aktif anda!

Anda hanya akan mempunyai pilihan terhad pada mulanya, tetapi kemajuan melalui kisah event akan menambah rakan baharu dalam barisan anda—bersama-sama dengan familiar mereka dan syarat-syarat pengecasan GP yang unik.

Saki (Familiar Xayah)

Memandangkan Xayah sentiasa menjadi sebahagian daripada krew Star Guardian anda, anda akan sentiasa mengecas GP Saki setiap kali anda mendapat takedown! Naikkan level mereka untuk memperoleh sedikit tambahan bagi setiap takedown unik.

Level Ability
1 Mendapat 10 GP untuk setiap takedown
2 Mendapat 15 GP untuk setiap takedown
3 Mendapat 20 GP untuk setiap takedown Mendapat 10 GP tambahan untuk setiap takedown unik
4 Mendapat 25 GP untuk setiap takedown Mendapat 20 GP tambahan untuk setiap takedown unik
5 Mendapat 30 GP untuk setiap takedown Mendapat 20 GP tambahan untuk setiap takedown unik Mendapat 100% lebih GP jika anda memenangi perlawanan

Giru (Familiar Senna)

Jika anda terkenal kerana menyebabkan banyak kerosakan sampingan di Rift, ambil Giru dan musnahkan beberapa struktur! Anda akan mendapat manfaat walaupun anda bukan orang yang melakukan pemusnahan, tetapi level kemudian Giru akan meningkatkan kenaikan GP anda apabila anda menghulurkan bantuan dalam memusnahkan struktur itu sendiri.

Level Ability
1 Mendapat 25 GP untuk setiap struktur yang dimusnahkan oleh pasukan anda
2 Mendapat 40 GP untuk setiap struktur yang dimusnahkan oleh pasukan anda
3 Mendapat 40 GP untuk setiap struktur yang dimusnahkan oleh pasukan anda Mendapat 50 GP tambahan untuk setiap struktur yang anda bantu musnahkan
4 Mendapat 50 GP untuk setiap struktur yang dimusnahkan oleh pasukan anda Mendapat 75 GP tambahan untuk setiap struktur yang anda bantu musnahkan
5 Mendapat 50 GP untuk setiap struktur yang dimusnahkan oleh pasukan anda Mendapat 100 GP tambahan untuk setiap struktur yang anda bantu musnahkan Mendapat 100% lebih GP jika anda menang

Tocker (Familiar Orianna)

Mengalahkan champion musuh sememangnya hebat, tetapi mengisi tabung anda dengan menjatuhkan minion dan monster sebagai satu pasukan adalah sama pentingnya! Jungler berorientasikan objektif mungkin berminat untuk memaksimumkan level Tocker untuk mendapatkan boost GP gergasi setiap kali anda membunuh monster epik.

Level Ability
1 Mendapat 5 GP untuk setiap 10 minion yang dibunuh oleh pasukan
2 Mendapat 10 GP untuk setiap 10 minion yang dibunuh oleh pasukan
3 Mendapat 15 GP untuk setiap 10 monster atau minion yang dibunuh oleh pasukan
4 Mendapat 20 GP untuk setiap 10 monster atau minion yang dibunuh oleh pasukan
5 Mendapat 25 GP untuk setiap 10 monster atau minion yang dibunuh oleh pasukan Mendapat 100 GP untuk setiap monster epik yang dibunuh oleh pasukan anda

Treble dan Bass (Familiar Seraphine)

Sama ada untuk menghancurkan turret, membunuh champion, atau hanya melepak di Rift, Treble dan Bass menjana GP untuk semua gold yang anda peroleh! Level kemudian akan meningkatkan ganjaran anda untuk bermain dalam peranan Support juga.

Level Ability
1 Mendapat 5 GP untuk setiap 500 gold yang diperoleh
2 Mendapat 8 GP untuk setiap 500 gold yang diperoleh
3 Mendapat 12 GP untuk setiap 500 gold yang diperoleh. Mendapat 100% GP tambahan jika bermain support
4 Mendapat 16 GP untuk setiap 500 gold yang diperoleh. Mendapat 100% GP tambahan jika bermain support
5 Mendapat 20 GP untuk setiap 500 gold yang diperoleh.
Mendapat 100% GP tambahan jika bermain support
Mendapat 100% GP tambahan jika perlawanan dimenangi

Kiko (Familiar Ahri) - Selesaikan Nod 1-11 untuk Aktifkan

Ability unik Kiko pada mulanya akan memberi anda GP berdasarkan level terkumpul familiar aktif anda. Walau bagaimanapun, naikkan level mereka dan anda akan mendapat GP selepas perlawanan berdasarkan jumlah level SEMUA familiar anda—termasuk yang berada di bangku simpanan!

Level Ability
1 Mendapat 20 GP untuk setiap level familiar dalam pasukan anda selepas setiap perlawanan
2 Mendapat 25 GP untuk setiap level familiar dalam pasukan anda selepas setiap perlawanan
3 Mendapat 35 GP untuk setiap level SEMUA familiar anda selepas setiap perlawanan
4 Mendapat 40 GP untuk setiap level SEMUA familiar anda selepas setiap perlawanan
5 Mendapat 50 GP untuk setiap level SEMUA familiar anda selepas setiap perlawanan
Mendapat 100% lebih GP jika perlawanan dimenangi

Boki dan Baki (Familiar Miss Fortune) - Selesaikan Nod 1-11 untuk Aktifkan

Serupa tidak sabar untuk bertarung seperti Star Guardian mereka yang gila menembak, Boki dan Baki menjana GP berdasarkan jumlah damage yang anda kenakan pada champion musuh. Naikkan level mereka untuk boost kecil daripada setiap kill juga!

Level Ability
1 Mendapat 10 GP untuk setiap 1000 damage dikenakan pada champion musuh
2 Mendapat 15 GP untuk setiap 1000 damage dikenakan pada champion musuh
3 Mendapat 25 GP untuk setiap 1000 damage dikenakan pada champion musuh
Mendapat 25 GP untuk setiap kill anda
4 Mendapat 35 GP untuk setiap 1000 damage dikenakan pada champion musuh
Mendapat 25 GP untuk setiap kill anda
5 Mendapat 50 GP untuk setiap 1000 damage dikenakan pada champion musuh
Mendapat 25 GP untuk setiap kill pasukan anda

Riku (Familiar Rakan) - Selesaikan Nod 3-10 untuk aktifkan

Jika anda berjaya menyatukan semula Riku dengan semua rakan mereka, mereka akan menjana GP hanya dengan bermain dalam party tersedia! Naikkan level mereka, dan anda akan mendapat bonus yang lebih besar untuk setiap rakan tambahan yang anda bawa bersama sepanjang perjalanan. Kuasa persahabatan akan mengatasi SEGALANYA!

Level Ability
1 Mendapat 150 GP selepas menyelesaikan perlawanan. Mendapat 100% GP tambahan jika berada dalam party tersedia
2 Mendapat 200 GP selepas menyelesaikan perlawanan. Mendapat 100% GP tambahan jika berada dalam party tersedia
3 Mendapat 300 GP selepas menyelesaikan perlawanan. Mendapat 125%/150%/175%/200% GP tambahan jika berada dalam party tersedia berahli 2/3/4/5 orang
4 Mendapat 400 GP selepas menyelesaikan perlawanan. Mendapat 125%/150%/175%/200% GP tambahan jika berada dalam party tersedia berahli 2/3/4/5 orang
5 Mendapat 600 GP selepas menyelesaikan perlawanan. Mendapat 125%/150%/175%/200% GP tambahan jika berada dalam party tersedia berahli 2/3/4/5 orang

Menaikkan Level Familiar Anda

Setiap potensi sebenar familiar hanya boleh diaktifkan dengan memberi mereka Star Candystar-candy.png! Bagaimana untuk melakukannya, tanya anda? Dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini:

  1. Masuk Halaman Event Star Guardian
  2. Pilih tab Familiar daripada skrin Event Star Guardian (Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh memberi makan kepada familiar Star Guardian dalam pasukan aktif anda!)
  3. Pilih familiar yang anda ingin naikkan level dan tekan Beri Makan
  4. Pilih seberapa banyak Star Candy yang anda ingin berikan kepada mereka (MAKSIMUM akan gunakan semua Star Candy anda yang tinggal, atau seberapa banyak yang diperlukan untuk mencapai level maksimum)
  5. Tekan butang Star Candy di penjuru bawah kanan
  6. NAIKKAN LEVEL DAN LETUPKAN PENJAHAT-PENJAHAT ITU!

Memandangkan familiar menjana banyak GP tambahan semasa anda menaikkan level mereka (bersama-sama dengan bonus besar pada level 5), setiap level memerlukan lebih banyak Star Candy untuk dicapai berbanding dengan sebelumnya:

Level Familiar Star Candy Diperlukan
1 0
2 20
3 50
4 80
5 100

Ia mungkin menelan kos sejumlah 250 Star Candy untuk mencapai level 5, tetapi ia berbaloi! Kerana selain untuk meningkatkan potensi pendapatan GP familiar anda, anda akan mengaktifkan ikon khas untuk setiap familiar yang anda maksimumkan!

Ganjaran Level Maksimum Familiar

Jika anda jatuh cinta dengan familiar tertentu, dapatkan ikon mereka dengan menaikkannya ke level 5. Maksimumkan semua familiar, dan anda akan memperoleh spawn tag kekal juga!

Keperluan Ganjaran
Capai Level 5 dengan Saki saki-icon.png
Ikon Saki
Capai Level 5 dengan Giru giru-icon.png
Ikon Giru
Capai Level 5 dengan Tocker tocker-icon.png
Ikon Tocker
Capai Level 5 dengan Treble & Bass treble-and-bass-icon.png
Ikon Treble & Bass
Capai Level 5 dengan Kiko kiko-icon.png
Ikon Kiko
Capai Level 5 dengan Boki & Baki boki-and-baki-icon.png
Ikon Boki & Baki
Capai Level 5 dengan Riku riku-icon.png
Ikon Riku
Capai Level 5 dengan kesemua 7 familiar shining-star-spawn-tag.png
Spawn Tag Shining Star (kekal!)

Sudah tentu, semua ini menimbulkan persoalan: pertama sekali, bagaimanakah anda boleh mendapatkan Star Candy?!

star-candy.pngCara Mendapatkan Star Candystar-candy.png

Star Candy adalah sesuatu yang serius. Memberinya makan kepada familiar anda meningkatkan potensi penjanaan GP mereka, yang seterusnya menjadikannya lebih mudah untuk menghapuskan monster kekacauan dan memperoleh semua ganjaran hebat yang tersedia dengan merentasi Peta Bintang.

Syukurlah, mendapatkan Star Candy semudah bermain beberapa permainan dan membaca beberapa komik. Wah, ini benar-benar seperti sekolah menengah!

Ganjaran Misi Star Candy

Menang atau kalah, setiap perlawanan Wild Rift akan memberi anda beberapa Star Candystar-candy.png. Kejayaan yang amat manis!

Objektif Star Candy
Selesaikan satu Perlawanan Normal atau Ranked 10
Selesaikan satu perlawanan ARAM 7
Selesaikan satu perlawanan Co-op Vs. AI 5

Ganjaran Komik

Nod komik khas akan muncul di Peta Bintang dari semasa ke semasa. Menekannya akan membuka laman web yang anda akan mempelajari lebih lanjut tentang Star Guardian—dan anda akan mendapat sedikit Star Candy pada masa yang sama!

Jilid Tarikh Aktif
(08:00 pagi GMT+8)
Star Candy
1 15/7 10
2 15/7 10
3 15/7 10
4 29/7 50
5 9/8 100
Adakah artikel ini membantu?