Apa yang diperlukan untuk mendapatkan Master? Sesetengah orang memerlukan 10,000 jam, manakala yang lain memerlukan 2 tahun dan $100,000 yuran pengajian. Mastery dalam League of Legends: Wild Rift adalah lebih mudah daripada semua itu, tetapi masih memerlukan banyak kerja keras dan dedikasi! Jadi rebut champ kegemaran anda dan mula bermain sekarang—Mastery tidak akan datang sendiri!
Memperoleh Mastery
Mastery ialah sistem yang memberi ganjaran kepada anda kerana bermain dengan champion kegemaran anda. Anda mendapat mata setiap kali anda bermain dengan champion, dan semakin banyak mata yang anda peroleh, semakin tinggi peningkatan tahap Mastery anda. Ia semudah itu! Anda memperoleh Mastery untuk setiap permainan yang anda mainkan, termasuk permainan yang anda kalah, jadi kemajuan level anda sentiasa bergerak ke hadapan—sama seperti kemahiran anda. Sudah tentulah, apabila berjaya dalam perlawanan anda akan memperoleh mata tambahan, jadi usaha anda sentiasa berbaloi.
Jumlah Mastery yang diperoleh semasa perlawanan boleh dilihat di bahagian bawah skrin Menang/Kalah dan ditentukan oleh banyak faktor, seperti mod permainan, panjang dan prestasi peribadi anda. Perinciannya agak berunsurkan matematik untuk dibincangkan di sini, jadi ingat sahaja bahawa bermain dengan terbaik dalam perlawanan yang sengit dan berisiko tinggi biasanya akan menyebabkan pendakian terpantas!
Bermula pada level 5, anda akan memperoleh mata yang lebih rendah jika hanya bermain perlawanan, tetapi mata yang diperoleh berdasarkan prestasi kekal sama.
Level
Terdapat 7 level Mastery, seperti yang ditunjukkan oleh lencana yang dipaparkan pada champion dalam galeri, profil pemain dan semasa matchmaking. Walau bagaimanapun, lencana itu bukan hiasan semata-mata: ia juga merupakan petunjuk yang sangat baik tentang kemahiran anda dan kemahiran orang lain yang sedang bermain bersama anda. Jadi jika Ahri dalam pasukan anda mempunyai Mastery level 6, anda mungkin boleh meyakini tindakan yang dia ambil.
Saya tahu apa yang anda fikirkan: "Tujuh level? Senang saja!"
Izinkan saya memberi sedikit pencerahan. Seperti yang anda boleh lihat di atas, jumlah Mastery yang diperlukan adalah dua kali ganda pada setiap level, jadi untuk mencapai level 7 bukanlah satu perkara mudah. Level mastery anda tidak akan bermakna jika kami memberikannya sewenang-wenangnya kepada anda, bukan? Apatah lagi setiap champion individu mempunyai level Mastery masing-masing. Anda mungkin mempunyai Mastery level 7 dengan Blitzcrank, tetapi bagaimana jika anda bermain sebagai orang lain? Jika anda tidak mahu ditertawakan dengan champion sandaran anda, anda perlu mengorbankan masa sekali lagi.
Emote
Sebaik sahaja anda mencapai level 5 dengan seorang champion, anda akan menerima emote untuk menunjukkan dedikasi anda. Dari situ, emote ini akan berkembang dan berubah seiring dengan perhubungan, bertukar menjadi sesuatu yang baharu pada level 6 dan sekali lagi pada level 7.
Ingat, anda hanya akan dapat flash emote Mastery anda pada Mastery level 5 dan lebih tinggi! Jika anda melengkapkan emote pada champion dengan mastery yang kurang daripada itu, emote anda akan menjadi kelabu dan tidak boleh digunakan.