Buddies Day Party

Buddies Day Party ialah event berpasukan terhad masa yang anda dan rakan-rakan akan bermain bersama, memperoleh Wish, dan membuka ganjaran dengan memenuhi Wishing Basket bersama-sama. Ayuh jemput skuad anda dan mulakan parti ini!

Jadual

Mula: 30 April 2026 // 8:00 GMT+8
Tamat: 1 Jun 2026 // 7:59 GMT+8

*Tarikh mungkin berubah, jadi pastikan anda semak halaman event dalam permainan untuk maklumat terkini.

Bagaimanakah Event ini Berfungsi?

Sertai atau Cipta Pasukan

Anda mesti berada dalam pasukan untuk menyertai - permainan solo tidak dikira. Terdapat tiga cara mencari geng anda:

  • Terima jemputan
  • Padanan automatik untuk memasuki pasukan
  • Cipta pasukan anda sendiri

Kumpul Wish Bersama

Setiap perlawanan yang diselesaikan memberikan anda 1 Wish yang dikongsi bersama pasukan anda. Semakin aktif anda dan rakan sepasukan, semakin pantas anda boleh maju!

Anda boleh memperoleh Wish dalam kebanyakan mod permainan kecuali:

  • Latihan
  • Permainan tersuai
  • 1v1

Isi Wishing Basket

Bekerjasama untuk mengisi Basket dan membuka ganjaran!

Apabila membuka Basket, bar kemajuan akan menunjukkan jumlah Wish yang telah disumbangkan.

Basket Wish Diperlukan
Wishing Basket (S) 50
Wishing Basket (M) 150
Wishing Basket (L) 250
Hadiah Surprise 100 setiap satu 
(boleh dituntut hingga 3 kali)

Setiap basket mengandungi:

  • Ganjaran dijamin
  • Ganjaran berasaskan peluang
  • Skin (tiada pendua – anda sentiasa akan mendapat sesuatu yang baharu)

Selepas melengkapkan semua basket utama, anda akan membuka Hadiah Surprise, yang boleh dituntut hingga 3 kali.

Had Wish Peribadi

Setiap pemain mempunyai had sumbangan Wish peribadi bagi setiap bakul:

  • Wishing Basket (S): 5 Wish
  • Wishing Basket (M): 10 Wish
  • Wishing Basket (L): 15 Wish
  • Hadiah Surprise: 10 Wish

Adakah bar kemajuan peribadi anda sudah penuh? Itu bermakna anda telah mencapai had peribadi anda. Tapi jangan risau! Rakan sepasukan anda boleh terus mengumpul Wish!

Meninggalkan atau Menukar Pasukan

Ingin bertukar pasukan? Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda bertukar pasukan:

  • Anda menyimpan ganjaran daripada bakul yang telah dibuka
  • Anda tidak boleh menuntut semula ganjaran dalam pasukan baharu
  • Kemajuan anda akan mengikuti pasukan baharu

Apabila anda keluar daripada pasukan, cooldown akan dikenakan sebelum anda boleh keluar lagi:

  • Keluar kali pertama: 2 jam
  • Keluar kali ke-2: 8 jam
  • Keluar kali ke-3: 24 jam
  • Keluar kali ke-4: 48 jam

 

Adakah artikel ini membantu?