Panduan Penyelesaian Masalah Kedai Dalam Permainan (Mudah Alih)

Mengalami masalah semasa cuba membeli sesuatu di kedai? Sama ada ia item dari Kedai atau mata wang premium, berikut ialah beberapa langkah pantas yang boleh anda cuba untuk membetulkan pembelian anda.

Semak isu Kedai yang sedang berlaku

Lawati saluran rasmi permainan atau halaman Status Perkhidmatan Riot Games untuk memastikan tiada masalah yang telah dilaporkan.

Kemas kini Permainan

Semak jika terdapat kemas kini permainan yang belum dipasang. Versi permainan yang lapuk boleh menyebabkan beberapa ciri berfungsi secara pelik, oleh itu mari kita hapuskan kemungkinan itu!

Kosongkan Cache (Android sahaja)

Ikuti arahan Google untuk mengosongkan cache anda. Pastikan anda hanya mengosongkan cache, dan bukan data, kerana ini akan menyebabkan anda kehilangan maklumat tambahan yang disimpan dalam peranti anda.

Mulakan Semula Permainan

Nampak mudah, namun memulakan semula aplikasi boleh menyegarkan sesi anda dan mengatasi gangguan sementara.

Pastikan anda tutup permainan sepenuhnya (jangan biarkan ia berjalan di latar!) dan tunggu beberapa saat sebelum melancarkan permainan semula.

Konfigurasikan Sambungan Anda

Kadang-kadang, sambungan terputus atau Wi-Fi yang tidak stabil boleh menyebabkan ralat Kedai. Sedikit pelarasan pada sambungan mudah alih anda mungkin boleh membantu.

Tidak pasti cara untuk bermula? Kami telah menyediakan Panduan Penyelesaian Masalah Sambungan yang berguna untuk anda!

Pasang semula permainan

Masih tidak dapat mengakses kedai? Satu pemasangan semula pantas sepatutnya dapat menyelesaikan masalah ini. 

⚠ Semua data yang disimpan dalam aplikasi akan dipadamkan. Jika anda belum menaik taraf ke Akaun Riot, kami tidak akan dapat memulihkan akaun anda.

Masih tersekat walaupun sudah mencuba semua langkah? Tatal ke bawah dan hantar tiket, Pasukan Sokongan kami sedia membantu dan membawa anda kembali ke dalam pertarungan.

Adakah artikel ini membantu?