Panduan Akaun Tetamu Riot Games

Akaun tetamu membolehkan anda terus bermain permainan mudah alih kami tanpa perlu melalui semua langkah tambahan untuk mencipta akaun penuh. Dengan hanya menggunakan tarikh lahir anda (tanpa emel, nama pengguna, atau kata laluan!), anda sudah bersedia untuk menyertai rakan-rakan, masuk ke dalam permainan dan juga mencuba barisan ranked.

Bagaimana akaun tetamu berfungsi?

Akaun tetamu hanya tersedia untuk Wild Rift dan TFT Mobile. Hanya beberapa sentuhan diperlukan untuk mencipta akaun tetamu yang dipautkan ke peranti mudah alih anda, di mana anda boleh bermain perlawanan PvP dan juga menyertai permainan ranked jika anda memenuhi syarat dalam permainan biasa. 

Akaun tetamu anda menyimpan kemajuan anda pada peranti ini, tetapi anda sentiasa boleh menaik taraf ke akaun penuh jika ingin bermain di tempat lain.

Namun, terdapat beberapa kekurangan. Oleh kerana akaun tetamu tidak mempunyai nama pengguna atau kata laluan, anda tidak boleh mengurus Akaun Riot anda atau meminta sokongan sehingga anda menaik taraf kepada akaun penuh. Anda juga hanya boleh bermain selama 45 hari atau sehingga anda membuat pembelian dalam permainan, yang akan meminta anda untuk menaik taraf akaun anda dengan menambah emel, nama pengguna, dan kata laluan, atau dengan menggunakan log masuk Sosial sedia ada seperti Facebook.


Naik Taraf Akaun Tetamu Anda

Buat keputusan untuk melakukannya? Sudah tiba masanya untuk menaik taraf akaun tetamu anda kepada Akaun Riot yang sah.

Kenapa saya perlu menaik taraf akaun tetamu saya? 

Menukar akaun tetamu anda kepada Akaun Riot penuh ialah satu-satunya cara untuk memastikan akaun anda kekal selamat dan terjamin. Beberapa faedahnya termasuk: 

  • Menyimpan kemajuan dalam permainan
  • Membuat pembelian mata wang
  • Mengakses akaun anda di pelbagai peranti
  • Mengakses akaun anda melalui permainan yang berbeza
  • Menghubungi Sokongan Pemain
  • Dan juga ganjaran apabila anda menaik taraf akaun anda

Bagaimana saya boleh naik taraf akaun tetamu saya?

tft-guest-account-link.png
Memautkan Akaun anda dalam TFT Mobile

wild-rift-guest-account-link.png
Pautkan akaun anda dalam Wild Rift

Anda boleh menaik taraf akaun anda kepada Akaun Riot penuh pada bila-bila masa dari dalam klien permainan dengan memilih butang yang ditunjukkan di atas. Anda juga boleh menghubungi kami.

Hanya perlu tambah sedikit maklumat tambahan untuk cipta Akaun Riot anda, atau gunakan pautan Social Auth.
 

Apa akan jadi jika saya tidak menaik taraf akaun selepas 45 hari?

Anda tidak akan dapat terus bermain sehingga anda naik taraf!


Pengurusan Akaun Tetamu

Saya tak suka ID Riot saya, boleh tak saya dapat akaun yang baharu?

Ya! Anda boleh menukar ID Riot anda dalam permainan sekali setiap 90 hari, oleh itu perubahan akan tersedia sebaik sahaja anda mula bermain.
Untuk TFTm, hanya pergi ke:

  • Tetapan > Tukar ID Riot

Untuk Wild Rift, pergi ke:

  • Profil > ketik pada gambar profil anda > Tukar nama

Saya telah mencipta akaun tetamu tetapi saya sudah mempunyai akaun Riot, bolehkah saya gabungkan kemajuan dan kandungan saya?

Jika anda membuat kemajuan pada dua akaun berbeza, kami tidak dapat menggabungkan kandungan atau kemajuan. Anda boleh terus bermain kedua-duanya atau fokuskan usaha anda pada satu sahaja!

Bolehkah saya mencipta akaun tetamu lain?

Sudah tentu! Walau bagaimanapun, anda perlu memadam akaun semasa anda terlebih dahulu.

Bolehkah saya memindahkan Akaun Tetamu saya ke peranti lain?

Akaun tetamu terikat pada satu peranti sahaja, maka anda tidak boleh memindahkannya ke tempat lain. Namun begitu! Jika anda menaik taraf ke Akaun Riot penuh, anda boleh log masuk dari mana-mana sahaja dan pastikan anda boleh bermain mana-mana permainan kami serta menyimpan kemajuan anda di mana jua anda berada.

Saya mencipta akaun Tetamu di negara lain dan kini saya telah pulang ke negara asal, bolehkah anda memindahkan Akaun Tetamu saya?

Akaun Tetamu tidak boleh dipindahkan—jika anda bercadang untuk berpindah negara dan ingin membawa kemajuan anda bersama, anda perlu menaik taraf ke Akaun Riot Penuh untuk memindahkan pelayan. Harap maklum bahawa sesetengah rantau tidak dapat memindahkan kemajuan Wild Rift anda, dan TFTm memerlukan anda menggunakan komputer untuk menyelesaikan pemindahan. Sila pastikan anda menyemak Soalan Lazim Pelayan Amerika/Negara Lain untuk Wild Rift dan Soalan Lazim Pemindahan Akaun untuk TFTm.


Memulihkan Akaun Tetamu

Saya kehilangan telefon saya tetapi ingin memulihkan akaun saya/tidak mahu bermula semula, bolehkah anda memulihkan Akaun Tetamu saya?

Jika anda masih ingat ID Riot anda dan beberapa maklumat asas, kami boleh membantu anda mencari dan menaik taraf akaun tetamu anda. Kami juga akan membantu anda memautkann akaun tersebut ke e-mel supaya anda tidak menghadapi masalah yang sama lagi. Hantar tiket kepada kami dan kami akan segera uruskan! 

Saya telah memadam aplikasi permainan dan kini saya kehilangan kemajuan saya. Boleh anda bantu saya memulihkan kemajuan itu?

Ya, jika anda boleh ingat beberapa maklumat tentang akaun anda, kami boleh menaik taraf dan memulihkan akaun anda supaya kemajuan anda tidak akan hilang. Hantar tiket di bawah Pemulihan Akaun untuk memulakan. 


Bermain di Akaun Tetamu

Bolehkah saya menggunakan akaun tetamu untuk bermain League/VALORANT/LoR/2XKO?

Tidak, akaun tetamu hanya sah untuk Wild Rift dan TFTm. Jika anda ingin bermain permainan lain dengan akaun yang sama, anda hanya perlu menaik taraf sahaja!

Bagaimana pula dengan TFT di PC?

Akaun tetamu hanya tersedia di versi mudah alih TFT. Jika anda berminat untuk bermain di PC juga, anda boleh menaik taraf ke akaun penuh untuk menyimpan kemajuan anda merentasi peranti dan log masuk melalui klien League.


Log Keluar & Padam Apl

Apakah yang berlaku kepada akaun tetamu saya jika saya log keluar? 

Apabila anda log keluar, anda boleh log masuk ke akaun lain, tetapi akaun ini masih terikat pada peranti. Ia akan menunggu anda setiap kali anda cuba membuat akaun tetamu lain pada peranti itu.

Log keluar tidak akan memadam akaun yang terikat pada peranti.

Apa yang berlaku kepada akaun tetamu saya jika saya memadam aplikasi yang berkaitan? 

Itu bergantung pada sistem operasi yang anda gunakan:

iOS

Jika anda memadam aplikasi dari peranti iOS anda, akaun tetamu akan masih terikat pada peranti anda selepas pemasangan semula. Jika anda ingin menggunakan akaun lain atau mencipta akaun tetamu baharu, anda perlu menaik taraf dahulu dan kemudian log keluar. 

Android

Jika anda memadam aplikasi dari peranti Android anda, akaun tetamu yang terikat pada peranti anda juga akan dipadam.

Tapi jangan risau, masih ada harapan! Kami mungkin dapat membantu anda mencari dan menaik taraf akaun tetamu anda jika anda menghantar tiket bersama ID Riot anda, oleh itu, hubungi kami dan kami akan cuba membantu. 

Saya ingin memadam akaun tetamu saya.

Anda boleh memadam akaun anda pada bila-bila masa dalam permainan. Ingat bahawa pemadaman akaun adalah kekal dan tidak boleh dipulihkan, oleh itu sila teruskan dengan berhati-hati.

Adakah artikel ini membantu?