Sudah tiba musim ini sekali lagi pada tahun ini. Emping salji, kilauan, dan pelbagai ganjaran perayaan menanti anda. Harta Karun Krismas membolehkan anda mengumpul Syiling Krismas (Christmas Coins), membuka peti perayaan, dan menukar Token Harta Karun untuk mendapatkan ganjaran bertemakan musim sejuk. Anggap saja ia seperti pertukaran hadiah perayaan yang besar, namun semua hadiah ini terus diberikan kepada anda.
Jadual
Mula: 24 Disember 2025 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat: 18 Januari 2026 // 7:59 GMT+8
*Tarikh dan masa tertakluk kepada perubahan. Sentiasa semak halaman event dalam permainan untuk jadual terkini.
Cara Event Ini Berfungsi?
Harta Karun Krismas adalah tentang mengumpul mata wang perayaan dan menukarkannya kepada hadiah! Anda akan memperoleh Syiling Krismas dan Token Harta Karun dengan menyelesaikan misi sepanjang event. Syiling digunakan untuk membuka Peti Krismas (Christmas Chests) pada tahap milestone, manakala Token Harta boleh dibelanjakan di Kedai Pertukaran khas yang penuh dengan ganjaran bermusim. Segala yang anda peroleh akan membawa kepada lebih banyak hadiah, milestone yang lebih besar, dan pelbagai kejutan perayaan.
Syiling Krismas boleh didapati melalui misi harian dan digunakan untuk membuka Peti Krismas. Ia akan luput selepas 14 Januari, jadi pastikan anda membelanjakannya semasa event.
Token Harta Karun boleh didapati daripada misi atau anda boleh membelinya terus di kedai hingga 50 kali. Ini digunakan di Kedai Pertukaran untuk menebus ganjaran perayaan. *Sebarang Token yang tinggal akan ditukar kepada Blue Motes selepa 18 Januari.
Misi Harian
Untuk mengekalkan semangat perayaan, anda akan menerima misi baharu setiap hari pada jam 8:00 pagi GMT+8. Menyelesaikan ini akan memberi anda Syiling dan Token untuk maju dalam event.
| Misi | Ganjaran |
|---|---|
|
Aksi - Main satu permainan |
|
|
Relentless - Dapatkan 3 kill |
|
|
Teamwork - Pasukan mencapai 10 kill |
|
|
Siege - Bantu musnahkan 3 turret |
|
|
The Beast - Kenakan 30,000 damage pada champion musuh |
|
Peti Krismas
Semasa anda mengumpul Syiling Krismas, anda akan membuka peti milestone yang dipenuhi ganjaran bertemakan perayaan. Setiap peringkat peti memerlukan lebih banyak Syiling, tetapi juga menawarkan kejutan yang lebih hebat.
| Syiling Diperlukan | Peti |
|---|---|
| 15 Syiling Krismas | Peti Hadiah Krismas |
| 50 Syiling Krismas | Peti Kejutan Krismas |
| 150 Syiling Krismas | Peti Impian Krismas |
Beberapa ganjaran mempunyai kadar perolehan yang boleh dilihat terus dalam permainan.
Kedai Pertukaran
Jika anda mahu memilih hadiah sendiri dan tidak mahu bergantung pada nasib perayaan, Kedai Pertukaran membolehkan anda menebus Token Harta untuk barangan bermusim tertentu.
| Ganjaran | Kos |
|---|---|
| Santa Braum | 1000 Treasure Token |
| Shard Skin Bad Santa Veigar | 1000 Treasure Token |
| Ikon Kejutan Krismas (Christmas Surprise) | 200 Treasure Tokens |
| Satu Hadiah Kecil | 20 Treasure Token |
| Blue Mote | 1 Token Harta = 1000 Blue Mote |
| Skin Corki Bermusim (Seasonal Corki Skin) | 1000 Token Harta Karun + 20 WC |