Anima Squad, Assemble!

Bersiap sedia, askar! Anima Squad kini tiba di League of Legends: Wild Rift, dan ia menawarkan ganjaran bonus hanya dengan mengumpul cakar, sirip, bulu, pancaran laser, dan sikap skuad ini.

Anima Squad Graves-Wild Rift Splash-Final.jpg

Garis Masa

Mula: 5 Disember 2025 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat: 19 Disember 2025 // 7:59 pagi GMT+8

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Bagaimanakah Event Ini Berfungsi?

Event ini sangat mudah. Tiada misi, tiada token, dan tiada timbunan mata wang yang perlu diuruskan. Anda hanya perlu mengumpulkan skin Anima Squad. 

Setiap skin baharu yang anda dapat akan menambah jumlah keseluruhan skin anda, yang akan membuka ganjaran milestone di halaman yang sama. Segala-galanya diuruskan melalui pop-up event, jadi anda boleh melihat kemajuan anda dan menuntut ganjaran tanpa perlu mencari-cari dalam menu.

Sama ada anda dapatkan satu skin atau keseluruhan barisan, setiap perolehan membawa anda lebih dekat ke milestone seterusnya. Lagi banyak yang anda kumpul, lagi banyak ganjaran yang anda dapat!

Kenali Anima Squad

Setiap ahli Anima Squad tampil dengan gaya tersendiri dan tenaga yang penuh kekacauan. Pilih pejuang anda, atau kumpul semuanya untuk membina pasukan super bertemakan haiwan yang berkuasa.

  • Battle Cat Gwen
  • Battle Tiger Graves
  • Battle Dolphin Nami
  • Battle Squirrel Zeri

Ganjaran Milestone

Anda akan membuka milestone ganjaran baharu untuk setiap skin Anima Squad yang anda kumpul sepanjang tempoh event. Hanya skin yang diperoleh dalam tempoh event akan dikira untuk kemajuan anda, jadi pastikan sebarang penambahan kepada skuad anda dibuat semasa event sedang berlangsung.

Sebaik sahaja anda mencapai satu milestone, anda boleh menuntut ganjaran terus daripada halaman event.

Skin Diperoleh Ganjaran
1 100 Wild Pass XP
3 10 Tiket Bebola Chroma
5 10 Tiket Bebola Chroma
7 Emblem Anima Claws
9 1 Peti Rawak Pengumpul Skin
Adakah artikel ini membantu?