Setiap perlawanan Wild Rift adalah seperti teka-teki. Champion manakah yang sesuai dengan lane ini, atau serasi dengan komposisi itu? Apakah strategi tidak konvensional yang boleh diselitkan ke dalam taktik hail Mary Baron anda yang berbentuk ganjil? Cari "kepingan teka-teki" yang tepat pada masa yang sesuai, dan anda akan menghasilkan gambaran kemenangan yang sempurna.
Tetapi mengapa anda patut berpuas hati dengan teka-teki metafora sedangkan anda boleh memiliki teka-teki sebenar?Mari selesaikan teka-teki dalam event terbaru League of Legends: Wild Rift—Wild Puzzle!
Tarikh
Mula - 16 April 2022 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 26 April 2022 // 7:59 pagi GMT+8*
*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.
Misi
Dua misi baharu akan dikeluarkan setiap hari pada tengah malam UTC sehingga kesemua 16 misi tersedia. Tetapi jangan rasa tertekan dengan pelbagai misi! Anda hanya akan membuat kemajuan dalam satu misi pada satu-satu masa. Tambahan lagi, anda perlu melengkapkan misi mengikut urutan, jadi fokuskan sahaja pada objektif semasa anda.
Hari | Nama | Objektif | Ganjaran |
---|---|---|---|
1 | Puzzle Piece 1 | Dapatkan 40,000 gold | 50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
Puzzle Piece 2 |
Letak atau musnahkan 20 ward ATAU Main 4 permainan |
50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
|
2 | Puzzle Piece 3 | Dapatkan 30 takedown | 50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
Puzzle Piece 4 |
Sebagai satu pasukan, bunuh 10 rift scuttler ATAU Main 4 permainan |
50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
|
3 | Puzzle Piece 5 | Kenakan 50,000 damage kepada champion musuh ATAU Menang 1 permainan sebagai champion support |
50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
Puzzle Piece 6 |
Main satu permainan sebagai satu party tersedia ATAU Main 4 permainan |
50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
|
4 | Puzzle Piece 7 | Sebagai satu pasukan, musnahkan 12 turret | 50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
Puzzle Piece 8 |
Dapatkan first blood ATAU Main 4 permainan |
50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
|
5 | Puzzle Piece 9 | Sebagai satu pasukan, bunuh 750 minion | 50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
Puzzle Piece 10 |
Sebagai satu pasukan, bunuh 3 dragon ATAU Main 4 permainan |
50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
|
6 | Puzzle Piece 11 | Menang 2 perlawanan | 50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
Puzzle Piece 12 |
Sebagai satu pasukan, summon dua Rift Herald ATAU Main 4 permainan |
50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
|
7 | Puzzle Piece 13 | Dapatkan 15 kill ATAU Menang 1 permainan sebagai champion support |
50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
Puzzle Piece 14 |
Sebagai satu pasukan, kalahkan Baron Nashor ATAU Main 4 permainan |
50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
|
8 | Puzzle Piece 15 | Dapatkan 40 takedown | 50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
Puzzle Piece 16 |
Dapatkan rank A atau S ATAU Main 4 permainan |
50 Blue Motes 1 Puzzle Piece Rawak |
Walau bagaimanapun, mendapatkan semua kepingan teka-teki ini hanyalah permulaan—anda perlu menyelesaikan teka-teki untuk mendapatkan ganjaran akhir anda!
Apa yang akan anda dapat selepas menyelesaikan Wild Puzzle ini?
Kumpulkan kesemua 16 keping dan susun kepingan ini untuk menyelesaikan teka-teki bagi mendapatkan ganjaran yang turut sama mengelirukan!
Ya, betul—anda akan mendapat ikon A Puzzling Reward ini, iaitu persembahan beresolusi rendah yang pasti dikenali oleh mana-mana pengamal Scout's Code.