Season of Silly - Event Hari April Fool

Hari April Fool sudah tiba, tetapi itu tidak bermakna kami akan menghabiskan sepanjang minggu ini bergurau sahaja. Malah, kami telah mencipta satu event baharu khas untuk meraikannya! Sepanjang tempoh ini, anda boleh menerkam misi harian yang boleh diulang dan mendapatkan beberapa ganjaran yang sangat gila-gila. Rasakan seperti anda memerlukan maklumat lanjut? Baiklah, baca dengan teliti artikel ini untuk membiasakan diri dengan selok-beloknya! Anda akan mengetahui segala-gala yang perlu diketahui dalam masa beberapa minit sahaja.

league-of-legends-wild-rift-season-of-silly-event-pretty-kitty-rengar.png

Tarikh

Mula - 31 Mac 2022 / 08:00 pagi GMT+8
Tamat - 7 April 2022 / 07:59 pagi GMT+8*
*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Misi

Tiga misi Season of Silly yang pertama boleh diulang setiap hari sebagai pertukaran untuk sedikit XP, jadi anda boleh memperoleh kesemua ganjaran hebat itu tanpa terlalu banyak masalah.
Sebaliknya, anda sentiasa boleh menjalankan misi A Fool’s Errand... Fikirkan anda boleh memujuk pasukan anda untuk memenangi satu permainan tanpa melakukan satu kill sekalipun? Kedengaran seperti satu malapetaka yang menunggu masa sahaja, tetapi anda akan mendapat kesemua XP yang anda perlukan jika anda berjaya melakukannya.

NAMA OBJEKTIF GANJARAN

Time to Play

Main 1 perlawanan 2 XP
Ready to Pounce Dapatkan 25 takedown 3 XP

Who is a Pretty Kitty?

Main sebagai, bersama atau menentang salah satu daripada skin berikut: Pretty Kitty Rengar, Renektoy, Furyhorn Cosplay Veigar.

2 XP
A Fool’s Errand Menang perlawanan dengan anda serta pasukan anda tanpa membuat satu kill 99 XP

Ganjaran Milestone

Dengan melengkapkan misi dan memperoleh XP, anda akan mencapai milestone baharu dan mengaktifkan ganjaran yang benar-benar menjiwai Season of Silly. Anda perlu memperoleh sejumlah XP sebelum anda boleh mengaktifkan segala-galanya, tetapi jika anda benar-benar menumpukan fikiran, anda akan memperoleh segalanya dalam masa yang singkat.

MILESTONE XP DIPERLUKAN GANJARAN
1 4 league-of-legends-wild-rift-season-of-silly-event-whoopie-icon.png
Ikon Whoopie!!
2 8 500 Blue Mote
3 12

league-of-legends-wild-rift-season-of-silly-event-world-hurt-bauble.png

Bauble A World of Hurt

4 16 50 Poro Coin
5 20

Peti Pemilihan Gaya Season of Silly

Gaya berkemungkinan:

  • Gaya Furyhorn Cosplay Veigar
  • Gaya Pretty Kitty Rengar
  • Gaya Toy Renekton
  • Gaya Veigar
  • Gaya Rengar
  • Gaya Renekton

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk