Dengan pengenalan Trek Ganjaran Ranked League of Legends: Wild Rift yang baharu, kami akan memberikan anda kebolehan untuk menyesuaikan ganjaran Ranked anda dengan Kedai Ranked!
Apakah itu Kedai Ranked?
Apabila bercakap tentang ganjaran dalam permainan, semua orang mempunyai kegemaran masing-masing. Ada yang hidup untuk melangkah ke lane mereka dalam skin terkini, manakala yang lain hanya mahukan emote baharu untuk menyampaikan fikiran terdalam mereka kepada rakan dan lawan dengan cepat. Walau apa pun pilihan anda, semua orang terpaksa berpuas hati dengan memperoleh ganjaran yang sama di landasan yang sama...tetapi kini tidak lagi.
Dengan Kedai Ranked baharu ini, anda boleh menggunakan hasil pendakian Ranked anda untuk memilih hadiah anda sendiri!
Kedai Ranked akan diaktifkan apabila anda menyelesaikan perlawanan peletakan anda. Sebaik sahaja anda menemui titik permulaan anda pada tangga, anda akan menemui tab Kedai Ranked di bahagian bawah skrin Ganjaran Ranked. Sudah tentu, anda tidak akan mampu membeli apa-apa sehingga anda memperoleh sedikit...
Syiling Ranked
Syilling Ranked adalah antara pelbagai ganjaran yang boleh anda perolehi apabila maju melalui Trek Ganjaran Ranked. Tetapi ada cara lain untuk mengisi tabung Syiling Ranked anda:
Daki Rank
Anda akan memperoleh Syiling Ranked untuk setiap divisyen yang anda daki dari Silver IV ke atas, dengan peringkat yang lebih tinggi memberikan lebih banyak Syiling. Lebih baik lagi, anda akan mendapat Syiling bonus apabila anda mencapai peringkat baharu untuk kali pertama, jadi sentiasa berusaha untuk bermain lebih baik daripada sebelumnya!
Memandangkan Trek Ganjaran Ranked tidak diaktifkan sehingga anda menyelesaikan perlawanan peletakan, sila ambil perhatian bahawa anda hanya akan diberi ganjaran selepas mengunci rank permulaan anda untuk musim ini. Anda juga tidak akan mendapat Syiling Ranked apabila mencapai semula divisyen atau peringkat yang telah dicapai sebelum ini dalam sesuatu musim sekiranya anda turun rank.
Melangkaui Divisyen
Jika prestasi anda terlalu bagus sehingga anda melompat divisyen semasa anda naik, anda masih akan mendapat Syiling Ranked untuk setiap divisyen anda langkaui seolah-olah anda telah memainkannya seperti biasa. Semuanya tertakluk pada peraturan yang sama!
Syilling Ranked anda akan kekal bersama anda dari musim ke musim, membolehkan anda menyimpan untuk item berharga tinggi di Kedai Ranked. Tawaran sebelumnya di Kedai Ranked juga akan dibawa ke musim lain, jadi jika syiling anda tidak mencukupi untuk sesuatu item pada penghujung satu musim, tunggu sahaja dan belinya kemudian!
Kandungan Kedai Ranked
Kedai Ranked mempunyai pelbagai barangan menarik! Contohnya emote istimewa yang boleh digunakan untuk menunjukkan rank semasa anda, gaya eksklusif untuk skin Glorious musim semasa, keperluan asas seperti Peti Pemilihan Champion dan Boost Pasukan... Dan banyak lagi!
Masih tidak tertarik? Bagaimana dengan skin Glorious dari musim terdahulu?!
Setiap musim, Kedai Ranked akan menambahkan skin Glorious dari beberapa musim terdahulu, bersama satu gaya untuk skin tersebut. Jika Wild Rift belum tersedia di rantau anda semasa skin itu dilancarkan atau anda belum berasa selesa untuk menerjah masuk ke dalam Ranked, inilah peluang kedua anda!
Dan untuk semua orang yang telah memperoleh skin Glorious mereka dengan mencapai Gold dalam musim terdahulu, jangan risau—anda akan menerima lapisan splash istimewa untuk menunjukkan kegemilangan masa lalu anda!