Trek Ganjaran Ranked

Dalam usaha menjadikan perjalanannya berbaloi dengan destinasinya, kami ingin mencuba sesuatu yang agak berbeza pada musim Ranked terkini dalam League of Legends: Wild Rift. Kini, anda akan memperoleh lebih banyak ganjaran sepanjang perjalanan tidak kira anda menang atau kalah, dan anda akan mempunyai hak yang lebih besar untuk menentukan ganjaran yang boleh anda menangi kerana menyahut cabaran Ranked.

Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat Trek Ganjaran Ranked!

Apakah itu Trek Ganjaran Ranked?

Trek Ganjaran Ranked ialah jawapan kompetitif (dan percuma!) kepada Wild Pass—dalam kata lain, ia adalah cara peluang bermusim untuk mendapatkan lebih nilai setiap kali anda masuk queue untuk Ranked. Menang atau kalah, anda akan membuat kemajuan ke arah memperolehi ganjaran eksklusif Ranked setiap kali anda mempertaruhkan Markah Ranked anda.

Sebelum kita melangkah lebih jauh, berikut adalah penafian ringkas: Trek Ganjaran Ranked tidak dipengaruhi oleh kemajuan anda menaiki tangga Ranked! Jika anda mara dalam Ranked, anda berkemungkinan besar memperoleh banyak Ganjaran Trek Ranked, tetapi kemajuan dalam Trek Ganjaran Ranked tidak akan membantu anda menaiki tangga Ranked.

Dengan itu, mari kita pelajari lebih lanjut tentang cara Trek Ganjaran Ranked dibahagikan.

Pecahan Ranked

Setiap Musim Ranked dibahagikan kepada tiga pecahan, setiap satunya berlangsung selama kira-kira satu bulan dan menawarkan beberapa ganjaran, seperti emote, recall dan skin—termasuk skin Glorious setiap musim!

Pecahan pertama bermula sebaik sahaja anda menyelesaikan peletakan anda. Kemajuan Ganjaran Ranked adalah terkumpul sepanjang satu musim, jadi jika anda menyasarkan untuk mendapatkan hadiah utama pada penghujung musim, tindakan paling selamat ialah melengkapkan setiap pencahan apabila ia tersedia.

Jika anda akhirnya berjaya melalui satu pecahan dan memperoleh semua ganjaran yang tersedia sebelum yang seterusnya dibuka, sebaliknya, anda akan dapat melaburkan Mata anda ke dalam peti yang mengandungi lebih banyak Syiling Ranked! Setiap pecahan akan menambah 10 peti tambahan, jadi Mata Ranked anda tidak akan sia-sia.

Bagaimana saya boleh mendapat Mata Ranked?

Mudah: main Ranked, dapat Mata Ranked!

Sudah tentu, Little Devil Teemo ada dalam butirannya, jadi teruskan membaca untuk maklumat khusus!

Main Perlawanan Ranked

Anda berpeluang mendapat beberapa Mata Ranked untuk setiap perlawanan Ranked yang anda mainkan! Bilangan mata akan bergantung pada sebilangan faktor. Malah, semua yang berikut akan memberi anda Mata Ranked tambahan:

  • Memenangi perlawanan anda
  • Bermain lane yang ditetapkan
  • Masuk queue sebagai auto-fill
  • Berdepan lawan yang sukar
  • Bermain dengan baik walaupun kalah
  • ...dan banyak lagi!

Mungkin terdapat banyak cara untuk mendapatkan Mata Ranked, tetapi awas: anda mungkin kehilangan Mata Ranked jika melanggar tatakelakuan kami. Lagipun, bermain mengikut peraturan dan melayan sesama pemain dengan hormat adalah cara champion Ranked sebenar!

Siri Ganjaran Ranked

Setiap hujung minggu (Sabtu pukul 8:00 pagi GMT+8 hingga Isnin pukul 7:59 pagi GMT+8), anda akan memasuki Siri Ganjaran Ranked, dan anda boleh mendapatkan LEBIH BANYAK Mata Ranked untuk bilangan permainan yang ditetapkan. Setiap orang akan mempunyai sekurang-kurangnya tiga perlawanan dalam siri mereka, tetapi anda mungkin mempunyai sehingga sepuluh perlawanan berdasarkan prestasi anda pada masa itu.

Sentiasa ingat bahawa anda perlu melengkapkan siri ini untuk menuntut Mata Ranked tambahan anda! Jika anda tidak menyelesaikan kesemuanya sebelum pukul 8 pagi GMT+8 hari Isnin tiba, sebarang ganjaran yang belum diperoleh daripada siri itu akan hilang.

Bonus Apex

Pemain di Gold dan ke atas memperoleh Mata Ranked tambahan untuk setiap permainan yang mereka mainkan. Bonus ini akan bertambah sedikit demi sedikit untuk setiap peringkat, jadi jangan risau jika anda menghadapi masalah untuk mendaki selepas menghampiri bahagian atas tangga—anda masih boleh melengkapkan trek Ganjaran Ranked anda!

Apakah yang boleh saya lakukan dengan semua Syiling Ranked ini?

Kunjungi Kedai Ranked dan beli beberapa ganjaran pilihan anda! Anda layak mendapatkan ganjaran ini!

Adakah artikel ini membantu?