Mod Ultra Rapid Fire (URF) dalam Wild Rift

Sekarang anda mungkin boleh menjangkakan apa yang berlaku dalam peta standard Wild Rift. Bahkan, anda mungkin juga sudah tahu selok-belok ARAM! Tetapi dengan mod permainan baharu ada juga peraturan baharu, dan jika anda mahu bertahan dalam dunia URF yang mega pantas, anda perlu menjawab satu soalan mudah: Bagaimanakah URF berbeza daripada PVP standard?

Terdapat banyak perkara yang perlu dibincangkan, jadi mari kami mulakan dengan bahagian URF yang paling URF:

Buff URF

Semua champion dalam URF mendapat manfaat daripada buff global yang meletakkan "Ultra Rapid" dalam Ultra Rapid Fire! Ia datang dengan banyak kesan yang boleh anda lihat secara spesifik dengan menekan dan menahan buff tersebut dalam permainan, tetapi kami telah menggariskan yang terbesar di sini, bermula dengan…

Ability Menggunakan KOSONG Energy/Mana

Siapa yang perlukan pengurusan mana apabila semua ability anda percuma? Lemparkan attack terkuat anda dengan sewenang-wenangnya, dengan pengetahuan bahawa kegunaan keduanya hanya sejauh satu cooldown pendek sahaja!

Sudah tentu, perubahan ini dengan sendirinya tidak bermakna untuk champion seperti Garen dan Katarina yang sememangnya tidak menggunakan mana. Itulah sebabnya kami juga telah menambah...

Ability Haste Dinaikkan Dengan Banyak

Ability tanpa had tidak mencukupi untuk anda? Bagaimanakah pula dengan ability tanpa had tanpa henti?

Buff URF memberikan satu jumlah besar Ability Haste, memperkasakan anda untuk spam ability anda dengan kekerapan yang secara jujurnya membimbangkan. Letakkan musuh anda dalam keadaan ketakutan yang berterusan dengan melancarkan Grab Blitz seperti ia Mystic Shot Ezreal!

...Huh? Bagaimanakah pula dengan champion yang bergantung pada auto-attack untuk damage mereka? Oh, jangan risau tentang mereka! Kerana apabila bercakap tentang URF...

Champion Lebih Pantas dan Berkuasa

Ability itu bagus, tetapi kami juga telah meningkatkan beberapa statistik dan bonus asas untuk memastikan semua champion dapat mengikut sama rentak hebat URF.

Malah, semua yang berikut akan ditingkatkan:

  • Damage Critical Strike
  • Bonus Attack Speed (1.5x untuk melee, 2x untuk ranged)
  • Movement Speed
  • Tenacity Asas

Serangan yang lebih besar, auto yang lebih cepat dan pergerakan yang lebih pantas! Tambahan pula sedikit crowd-control resistance untuk melarikan diri dari rantaian stun yang menjengkelkan.

Bagaimanakah pula tentang item? Tidakkah item mana sudah tidak diperlukan Needlessly Large Rod? Tidak apabila...

Mana Bonus Ditukarkan kepada Nyawa

40% daripada bonus mana yang anda biasanya terima daripada item juga akan ditukarkan kepada nyawa. Sebagai contoh, suatu item yang memberikan 100 mana juga akan memberi anda 40 nyawa, jadi jangan risau tentang terlalu memikir semula item-item anda!

Heal dan Shield yang Dikurangkan Tetapi Kian Meningkat 

Ternyata, memberikan mana yang tidak terhingga kepada champion pemulih/shield boleh menjadi tidak terkawal dengan cepat. Itulah sebabnya kami telah mengurangkan semua ability pemulihan dan shield kepada 50% kuasa pada permulaan setiap perlawanan. Walau bagaimanapun, mereka akan menjadi 3.5% lebih berkesan setiap minit sepanjang perlawanan berlangsung, jadi dapatkan pengurangan pemulihan itu lebih awal atau hadapi sumber nyawa tanpa had!

Oh, dan pemulihan Honeyfruit tidak termasuk ini. Buah-buahan hijau melekit itu kekal sedap dan memulihkan seperti biasa!

Champion Diseimbangi Semula

Oleh sebab tidak semua champion kami mendapat manfaat yang sama daripada buff URF, kami juga telah menala semula secara halus kebanyakan daripada mereka untuk menavigasi gaya hidup ultra-rapid baharu mereka ini dengan lebih baik. Cubalah untuk melihat prestasi mereka berbanding dengan diri Wild Rift biasa mereka! 

Meriam URF

URF_Cannon.png

Mengapa berjalan ke lane anda apabila anda boleh terbang merentasi peta dalam sekelip mata?!

Setiap pasukan mempunyai selaras meriam URF agung yang terletak bersebelahan fountain mereka yang membantu mereka tiba di tempat mereka mahu berada secepat mungkin. Melancar keluar laras emasnya yang berkilauan itu adalah sama berguna dan seronok, jadi teruskan membaca untuk mempelajari asasnya!

Cara Menggunakan Meriam URF

  1. Masuk ke dalam Meriam. Bergerak menghampiri meriam, dan butang Penyasaran Minion anda akan berubah menjadi butang istimewa Meriam URF. Tekan butang itu dan anda akan melompat ke dalam meriam tersebut. Di sini, anda tidak boleh diserang musuh dan ability anda akan tersembunyi.
  2. Sasarkan. Apabila anda sudah berada di dalam meriam, tekan dan tahan butang Meriam URF (sebelum ini butang Penyasaran Minion anda) untuk mula menyasar, kemudian seret sekitar skrin sehingga anda menemui lokasi tujuan anda. Untuk membatalkan pelancaran anda, seret ke X di sudut kanan atas.
  3. Lancar! Lepaskan butang untuk terbang melalui udara ke destinasi anda! Anda akan menjadi Tidak dapat disasar sepanjang tempoh perjalanan anda (yay!), tetapi anda juga tidak boleh menggunakan ability anda (boo!), jadi duduk diam dan nikmati perjalanan tersebut.
  4. Mendarat! Apabila champion anda akhirnya mendarat, anda akan mengenakan sedikit damage dan menghentam musuh dalam zon pendaratan anda ke atas. Tetapi damage dan CC ini bukan percuma! Terdapat satu tetingkap selepas hentaman ini yang menjadikan anda sasaran tetapi masih tidak boleh menggunakan ability anda. Menerjah masuk ke tengah-tengah sekumpulan musuh tanpa sokongan atau pelan melarikan diri mungkin akan mengakibatkan recall yang ultra-rapid juga; pendek kata, kematian. Pilihlah zon pendaratan anda sebaik-baiknya!

Meriam ini selalunya ialah pilihan terbaik anda untuk terus beraksi, jadi gunakanlah sebaik mungkin!

Perubahan Lain untuk URF

Berikut adalah beberapa pelarasan lebih halus yang telah kami lakukan untuk melengkapkan pengalaman URF anda.

Lebih banyak Gold dan XP

Dalam URF, Gold dan XP telah ditingkatkan pada setiap peringkat. Ini bermakna lebih banyak Gold/XP sesaat pasif, bersama ganjaran lebih besar membunuh minion, monster dan juga champion musuh. Cepat berlawan, naik level dan beli item dengan lebih pantas!

Pengurangan Cooldown untuk Item, Rune dan Spell

Item aktif dan pasif (iaitu yang stack), rune dan spell semuanya boleh digunakan dengan kekerapan yang lebih tinggi hasil daripada cooldown yang dikurangkan dengan banyak. Gunakanlah mereka sewenang-wenangnya!

Jungle yang Lebih Ekstrim

Monster jungle juga telah mendapat kesan sampingan URF, mengakibatkan spawn yang lebih cepat, nyawa lebih tinggi, dan buff yang lebih bagus.

Monster Perubahan URF
Rift Herald
  • Respawn lebih awal selepas kematian pertama
Drake
  • Respawn lebih awal selepas kematian pertama
  • Nyawa ditambahkan
Elder Drake
  • Boleh spawn lebih awal
  • Nyawa ditambahkan
  • Damage membakar buff ditambahkan
Baron
  • Nyawa ditambahkan
  • Statistik buff ditambahkan (damage reduction lebih banyak untuk minion diperkuat, peningkatan AD/AP ditambahkan)

Minion Lebih Kuat dan Turret Diubahkan

Minion URF akan spawn pada kadar yang lebih pantas, bergerak merentasi peta dengan lebih cepat dan menyerang dengan lebih kuat. Turret luar mempunyai dua plat tambahan (untuk jumlah akhir lima!) yang memberikan lebih banyak Gold dan tidak akan hancur dengan sendirinya. Pertahanan mereka juga akan berkurangan pada minit ke-3 yang membuatkan mereka lebih mudah dimusnahkan dan lebih sukar untuk dilindungi, jadi berhati-hati dengan dive tower awal!

Ketersediaan Terhad!

Ciri terakhir yang anda perlu tahu mengenai URF: ia hanya tersedia untuk masa terhad! Masuk queue dan alamilah perlawanan sepantas kilat ini selagi boleh!

Adakah artikel ini membantu?