Sembang suara dalam Wild Rift akan terganggu sementara waktu untuk tempoh pendek kerana penyelenggaraan pada 29 April  (Eropah)1:00 pagi dan 1 Mei (APAC) 9:00 pagi UTC+8 . Akan ada gangguan sebentar dan kami menghargai kesabaran anda.

Oleh sebab kemas kini sistem bahagian belakang baru-baru ini, beberapa pemain telah menerima pemberitahuan Perubahan Nama walaupun mempunyai ID Riot yang sesuai. Jika ini berlaku kepada anda, semak Menukar ID Riot Anda untuk melihat perkara yang anda boleh lakukan (seperti mengekalkan nama permainan anda!) dan tidak boleh anda lakukan (seperti menggunakan slogan pelayan asal, cth. NA1, EUW1, dll). Maaf atas kesulitan—ada sistem yang berumur sedekad tidak mahu dimodenkan dengan mudah.

Kemas kini aplikasi anda melalui Google Play Store. Jika anda melihat sebarang update, padamkan cache anda di Play Store.

Wild Rift - Event Boost PROJECT

Mencari fail data...

Folder ditemui: BOOST

Akses? // Y

...

...

Pemuatan selesai.


Membuka Fail::NOD BOOST PROJECT


PROJECTBOOSTHEADER.jpgMain League of Legends: Wild Rift setiap hari semasa event Boost PROJECT untuk mendapatkan Blue Motes tambahan!

Tarikh

Mula - 5 Januari 2022 / 08:00 pagi GMT+8
Tamat - 17 Januari 2022 / 07:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Nod Boost PROJECT

Semasa event ini, anda akan menerima 2 nod boost PROJECT secara automatik setiap hari pada pukul 08:00 pagi GMT+8. Tidak seperti item Boost Blue Motes yang boleh digunakan dalam koleksi anda, boost ini adalah berasingan dan hanya muncul pada halaman event. Salah satu nod boost PROJECT anda yang tersedia akan dicetus dan digunakan secara automatik setiap kali anda bermain permainan, menyediakan 85 Blue Motes sama ada anda menang atau kalah.

Anda boleh menyimpan sehingga 7 boost untuk digunakan kemudian. Jika ketujuh-tujuh slot penuh apabila boost refresh pada pukul 08:00 pagi GMT+8, dua boost baharu itu akan hilang, jadi jangan lupa untuk bermain secara kerap untuk memaksimumkan Blue Motes anda! Anda boleh mengetahui bilangan yang tersedia untuk anda dengan menyemak bilangan nod boost yang menyala pada halaman event.
project1_nobg.png

Jika anda kehabisan boost, jangan lupa untuk menyemak halaman event untuk jam countdown ke refresh seterusnya.

Adakah artikel ini membantu?