Kemajuan Guild

Sama seperti seekor drake kecil yang comel, guild memerlukan perhatian dan kasih sayang jika ia hendak tumbuh besar dan kuat—dan itulah peranan anda! Dengan hanya bermain bersama, anda dan rakan satu guild anda dapat membawa guild pemula itu dan mengubahnya menjadi MEGA GUILD yang terkenal di seluruh dunia!

Penukaran Energy

Setiap hari, guild anda akan menerima 1,000 energy guild. Kami ni cukup bermurah hati kan? Namun, jangan terlalu teruja, kerana anda masih perlu bekerja keras. Anggaplah energy harian ini sebagai bahan mentah yang perlu diproses sebelum ia boleh dimanfaatkan—pendek kata, ia tidak berguna sehingga ia ditukar menjadi Guild Point.

Energy akan ditukarkan menjadi GP setiap kali dua atau lebih ahli guild bermain bersama, menghasilkan 50 GP untuk kemenangan dan 25 untuk kekalahan. Energy yang tidak ditukarkan akan dibawa ke hari esoknya, tetapi terdapat had penyimpanan sebanyak 3,000, jadi baik anda cepat bermain untuk tidak ketinggalan!

guild-point-system.webp

Level Guild

Jadi apa kegunaan Guild Point? Jika anda pernah bermain Wild Rift walau satu kali pun, ia merupakan konsep yang anda patut kenal: mendapat GP akan menaikkan level keseluruhan guild secara beransur-ansur, dan mengaktifkan ganjaran pada setiap milestone. Jom tengok jadual di bawah untuk melihat perkara yang menanti anda!

Cara terbaik sesuatu guild hendak mencapai level maksimum dengan pantas adalah dengan mendapatkan ramai pemain aktif—dan lebih tinggi levelnya, lebih ramai pemain boleh menyertai guild itu. Had keahlian bermula pada 40, tetapi dengan kerja keras dan keazaman, had ini dapat dinaikkan sehingga 140 ahli!

Sambil naik level, guild juga mengaktifkan buff yang meningkatkan Guild Point yang diperoleh kumpulan dan juga Mata Trofi yang diperoleh oleh ahli individu guild. Ini bermakna semakin banyak mata yang anda peroleh, semakin mudah untuk memperoleh mata!

Level

Ganjaran

GP

1

Plate Guild Level 1

0

2

Bundle Ikon Guild (3 Ikon)

4,000

3

Had Keahlian Pemain Bertambah (20)

8,000

4

Bundle Ikon Guild (3 Ikon)

12,000

5

Augment Plate Guild Level 2

14,000

6

XP/Blue Motes/Mata Trofi Guild Mingguan Maksimum Bertambah (10)

16,000

7

Bundle Ikon Guild (3 Ikon)

22,000

8

Had Keahlian Pemain Bertambah (20)

25,000

9

Bundle Ikon Guild (3 Ikon)

34,000

10

Augment Plate Guild Level 3

40,000

11

Bundle Ikon Guild (3 Ikon)

45,000

12

XP/Blue Motes/Mata Trofi Guild Mingguan Maksimum Bertambah (10)

50,000

13

Had Keahlian Pemain Bertambah (20)

65,000

14

Bundle Ikon Guild (3 Ikon)

80,000

15

Augment Plate Guild Level 4

90,000

16

Had Keahlian Pemain Bertambah (20)

100,000

17

XP/Blue Motes/Mata Trofi Guild Mingguan Maksimum Bertambah (10)

120,000

18

Had Keahlian Pemain Bertambah (20)

150,000

19

XP/Blue Motes/Mata Trofi Guild Mingguan Maksimum Bertambah (20)

200,000

20

Augment Plate Guild Level 5

250,000

 

Adakah artikel ini membantu?