Bermula pada tahun 2026, semua permainan Riot di PC akan dilancarkan melalui Riot Client. Jika anda mempunyai ikon pintasan di desktop untuk permainan pilihan anda, ia masih akan berfungsi! Tetapi ia akan membawa anda ke tab untuk permainan anda dalam Riot Client, bukannya melancarkan permainan secara terus.
Kenapa Perubahan Ini?
Jika anda sentiasa melancarkan permainan anda secara langsung, anda mungkin tidak tahu bahawa Riot Client kini mempunyai banyak ciri/maklumat, seperti:
- Alat sosial untuk melihat rakan anda sedang bermain permainan apa
- Akses mudah ke barisan permainan Riot
- Patch notes
- Esports
- Kandungan khusus permainan yang dikeluarkan tepat pada masanya, seperti skrin log masuk animasi dan ciri-ciri istimewa terhad masa yang menyeronokkan
Memberi tumpuan pada satu permainan memang hebat! Tetapi ia juga bermakna terlepas semua yang ditawarkan oleh permainan lain, termasuk detik-detik besar seperti kejohanan dunia dan tayangan sinematik yang hebat. Dengan menjadikan Riot Client sebagai titik pelancaran utama untuk semua permainan kami, kami berharap dapat memberi peluang kepada anda untuk menjenguk ke dunia-dunia lain itu—walaupun anda memilih untuk tidak menyertainya.
Adakah Riot Client akan menggantikan klien untuk League/VALORANT/TFT/dan lain-lain?
Tidak! Klien yang ditentukan untuk setiap permainan tidak akan berubah.
Saya tidak bermain permainan X/Y/Z sangat pun—perlukah saya mendapatkan Klien Riot ini?
Tidakkah anda nampak, TeemoSupremo93? Klien baharu ini telah pun berada dalam anda selama ini!
Sebenarnya, Riot Client sudah pun menjadi sebahagian daripada pelancaran permainan Riot sejak beberapa tahun lalu, jadi anda tak perlu pasang apa-apa yang baru. Kami juga telah memastikan bahawa setiap permainan hanya satu klik sahaja dari Riot Client, walaupun anda berada di halaman utama untuk permainan yang berbeza.
Adakah ini bermakna TFT juga ada klien sendiri?
TFT masih dijalankan melalui klien League of Legends, dan perkara itu tidak akan berubah buat masa ini. Namun, jika anda melancarkan TFT dari tabnya dalam Riot Client, anda akan terus masuk ke bahagian TFT dalam klien League—tanpa perlu navigasi tambahan. Kami juga menambahkan pilihan pintasan desktop untuk TFT yang akan menghantar anda terus ke bahagian TFT Riot Client.
Adakah Vanguard disertakan dalam Riot Client?
Vanguard, perisian anti penipuan Riot, hanya ditambah pada komputer anda apabila anda memasang salah satu permainan kami yang memerlukannya. Contohnya seperti VALORANT atau League of Legends. Oleh itu, ia bukan sebahagian daripada Klien Riot yang lalai.