Peti

Dari champion, gaya, ke skin dan banyak lagi, terdapat banyak koleksi dalam League of Legends: Wild Rift. Dan walaupun sebahagian besarnya dapat dibeli secara langsung, ada juga cara lain... Sekiranya anda ingin memberi sedikit kejutan dan kegembiraan pada hari anda, cubalah membuka peti!

Apakah itu peti? 

Kita sudah bermula membincangkan perkara-perkara penting sekarang, ya? Secara asasnya, peti ialah hadiah yang mengandungi sesuatu yang hebat!

Bagaimana anda mendapatkannya?

Peti kerap diberikan sebagai ganjaran, baik daripada mengambil bahagian dalam sesuatu event atau mencapai level baharu dalam Wild Pass. Anda juga boleh membeli peti istimewa daripada Kedai Poro.

Apakah jenis-jenis peti yang sedia ada?

Terdapat dua jenis asas peti: standard dan bertema. Peti standard tersedia pada bila-bila masa, dan peti tersebut boleh mengandungi hampir apa-apa sahaja yang ditawarkan dalam Wild Rift (butiran lanjut di bawah). Peti bertema (contohnya Peti Pemilihan Gaya Akademi Wild Rift) hanya tersedia untuk masa yang terhad dan mengandungi kandungan bertema khusus, kebanyakan masanya berkaitan dengan sesuatu event. Walaupun kandungan peti standard kerap dikemas kini, peti bertema hanya mempunyai kandungan yang tetap dan tidak akan berubah.

Peti standard dan bertema juga datang dalam dua jenis: rawak dan dipilih sendiri. Peti rawak mengandungi—cuba teka—item rawak. Peti dipilih sendiri, dikenali dalam permainan sebagai "peti pemilihan", membolehkan anda memilih ganjaran anda daripada satu senarai pilihan.

Secara umumnya, satu peti akan mengandungi satu item yang ditunjukkan daripada namanya. Selalunya itu bermaksud champion, skin, atau gaya, tetapi anda juga boleh terjumpa dengan peti yang mengandungi item kosmetik seperti bauble atau ikon.

Gabungkan semuanya dan apa yang anda dapat? Mungkin satu Peti Skin Rawak, satu Peti Pemilihan Champion, satu Peti Pemilihan Gaya Akademi Wild Rift, atau apa-apa gabungan lain daripada kategori di atas. Sekiranya anda tidak pasti perkara yang boleh diharapkan daripada sesuatu peti, gunakan namanya sebagai panduan anda!

image3__2_.png        image2.png        image1.png

Apakah item yang boleh didapati dalam peti rawak/pemilihan standard?

Itu merupakan satu perkara yang lebih rumit daripada yang anda sangkakan! Memandangkan Wild Rift menambahkan kandungan dengan kerap, kemungkinan isi peti harus sering berubah untuk tidak ketinggalan. Namun, adakah itu bermaksud anda boleh mendapat skin baharu dalam Peti Skin Rawak? Tidak juga.

Kandungan standard

Kandungan yang ditambahkan pada Wild Rift tidak akan tersedia dalam peti standard sehingga patch seterusnya.

Contohnya: Jika satu champion baharu dikeluarkan dalam versi 2.4, mereka tidak akan muncul dalam peti sehingga 2.5.

Kandungan event

Kandungan event juga akan ditambahkan dalam senarai tersebut, tetapi ia akan memakan masa yang lebih lama—khususnya, selepas tiga patch seterusnya. 

Contohnya: Jika satu skin baharu dikeluarkan dalam versi 2.4, ia tidak akan muncul dalam peti sehingga 2.7.

Sila ambil perhatian bahawa kandungan terhad dan eksklusif (seperti skin Glorious) tidak akan tersedia dalam peti.

Adakah artikel ini membantu?