Rakan Rapat

Antara menu Party Finder dengan kemampuan untuk menambah rakan di lobi pasca permainan, Wild Rift menjadikan bermain dengan rakan anda semudah pai Honeyfruit. Namun, bagaimana jika anda ingin membawa sesuatu ke tahap seterusnya? Rakan Rapat ialah sistem baharu yang memberi ganjaran kepada anda kerana bermain dan berinteraksi dengan orang lain, menjadikan masa yang anda habiskan dengan rakan terbaik anda lebih baik!

image1.png

Menjadi Rakan Rapat

Anda menjadi Rakan Rapat dalam Wild Rift dengan cara yang sama anda menjadi rakan rapat dalam dunia sebenar: dengan melepak bersama dan memberi hadiah sesama sendiri!

Tindakan Persahatan

Mata Persahabatan Diperoleh

Main bersama!

5/Permainan* (tidak termasuk Custom)

Hantar hadiah!

10/Champion
20–25/Skin
5/Lain-lain

*Terdapat had mingguan 300 Mata Persahabatan setiap Rakan Rapat untuk bermain bersama.

Setelah anda memperoleh 100 Mata Persahabatan (MP), anda boleh menawarkan Rakan Rapat anda kepada rakan anda daripada Senarai Rakan atau tab Rakan Rapat dalam profil anda. Jika anda menggunakan pilihan kedua, anda juga boleh melihat berapa banyak MP anda punyai dengan rakan yang lain.

Juga seperti dalam dunia sebenar, anda hanya dapat mengekalkan sebegitu banyak Rakan Rapat dalam satu masa sahaja. Senarai ada terhad kepada 20 orang, jadi jangan menawarkan persahabatan anda secara melulu!

Gelaran Persahabatan

Bersedia untuk menentukan hubungan anda? Sebaik sahaja anda menjadi Rakan Rapat, anda boleh memberikan salah satu daripada empat gelaran berikut untuk memeteraikan hubungan itu:

  • Pasangan Sempurna (Terhad kepada 1 rakan!)
  • Kekuatan Berkeluarga
  • Sekutu Teguh
  • Kawan Terbaik

Gelaran tidak boleh diubah selepas diberikan. Jika anda mahu meletakkan label lain pada persahabatan anda, anda perlu menggugurkan gelaran tersebut dahulu sebelum dapat memberi gelaran baru.

Level Persahabatan

Apabila anda mendapat Mata Persahabatan, Persahabatan Rapat anda akan bertambah erat dan mendapat faedah tambahan. Dan yang terbaik sekali? Setelah level anda cukup tinggi, anda dapat memaparkan status persahabatan anda kepada dunia! Bila-bila anda bermain dengan Rakan Rapat Lv. 2, status anda sebagai sahabat dipamerkan dengan bangganya untuk dilihat oleh semua di skrin pemuatan sebelum permainan; pada Lv. 3, status itu meluas hingga ke platform spawn! Lihat jadual di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Level Persahabatan

Jumlah MP Diperlukan

Faedah

1

100

Kongsi koleksi champion anda apabila bermain bersama
dalam permainan Co-op VS AI dan normal

2

400

Ikon Rakan Rapat dalam skrin muat
(+ Heart Streak selepas Lv. 3)

3

1100

Ikon Rakan Rapat dan Heart Streak
di platform spawn

Heart Streak

Anda tahu perkara yang mereka kata: Main bersama, kawan selamanya! 

Apabila Rakan Rapat anda mencapai level 3, anda akan memperoleh heart setiap 10 permainan anda main bersama dalam seminggu. Heart Streak ini ialah peragaan persahabatan yang terunggul—terutamanya setelah anda mencapai had 3 heart.

Walaupun begitu, mereka juga ada berkata: Main berasingan, patah heart...streak.

Sama seperti persahabatan, heart streak juga perlu dikekalkan—anda akan kehilangan 1 heart setiap minggu anda tidak bermain bersama Rakan Rapat anda. Namun ini tidak bermakna anda perlu bermain berdozen permainan setiap minggu hanya untuk mengekalkan heart streak anda! Hanya 1 permainan bersama setiap minggu cukup untuk memelihara heart berharga anda.

Timeline Persahabatan

Sekiranya anda berasa nostalgia, lihat Timeline Memori untuk mengenang kembali highlight daripada Persahabatan Rapat anda.

Semua Rakan Rapat

Untuk melihat sekilas semua hubungan anda, arahkan ke tab Rakan Rapat di profil anda. Pada skrin ini, anda akan melihat semua orang dalam lingkaran anda, disusun mengikut tajuk dan disertai dengan aktiviti bersama anda yang terkini.

Rakan Rapat Individu

Untuk melihat dengan lebih mendalam, tekan pada seorang rakan untuk membuka Timeline Memori anda yang dikongsi. Di sini anda dapat melihat berapa hari anda menjadi Rakan Rapat, berapa banyak perlawanan yang telah anda mainkan bersama, dan prestasi yang telah anda capai sebagai pasangan.

Menamatkan Persahabatan Rapat

Anda boleh membuang Rakan Rapat pada bila-bila masa daripada menu Rakan Rapat . Namun jangan lakukan ini sewenang-wenangnya—menamatkan Persahabatan Rapat akan memulakan semula faedah kesatuan anda juga.

Memulakan Semula Persahabatan

Anda boleh menghidupkan kembali suatu Persahabatan Rapat setelah ia ditamatkan, tetapi anda harus bermula dari titik permulaan—ini bermaksud Mata Persahabatan, memori, dan timeline anda akan hilang selamanya!

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk