Party Finder

Gemar bermain League of Legends: Wild RIft tetapi berharap anda tidak perlu bermain bersendirian? Anda bernasib baik! Sama ada anda ingin menyertai party orang lain atau mencipta party anda sendiri, menu Party Finder memudahkan anda berseronok dengan rakan dan orang asing!

image6.jpg

Mari berparty!

Party adalah seperti pasukan, tetapi anggotanya tetap bersama dan tidak bubar selepas suatu perlawanan. Anda boleh bermain bersama dengan pemain dari senarai rakan anda dalam party persendirian, atau bersama dengan orang asing dalam party awam. Party mempunyai saluran chat teks dan suara mereka sendiri, jadi tidak ada cara yang lebih baik untuk menghubungi rakan lama serta membuat yang baru!

Tag

Dengan menggunakan tag, ketua party dapat menentukan jenis party yang ingin diciptakan. Mencari sekumpulan pemain menggunakan chat suara yang bermain dengan teratur untuk membantu menaikkan kedudukan anda? Terdapat tag untuk itu. Atau mungkin anda hanya memerlukan geng yang biasa untuk menyelesaikan misi. Terdapat tag untuk itu juga!

Had Level

Seperti party-party lain, anda mesti cukup dewasa untuk hadir—dalam kes ini, ia bermaksud level 11 dan ke atas.

Di mana party tersebut?

Hampir selalu ada seseorang di luar sana yang memastikan party sentiasa hidup, dan kebanyakan daripada mereka tidak memerlukan jemputan pun! Untuk mencari party, ikut langkah-langkah di bawah:

image3.jpg

  1. Tekan ikon image4.jpg di bahagian kiri bawah skrin utama
  2. Pilih mod
  3. Pilih saiz party
  4. Tekan butang image5.jpg

Dalam beberapa saat, beberapa pilihan yang memenuhi kriteria anda akan kelihatan. Jika tiada yang memuaskan hati anda, tekan image5.jpg sekali lagi untuk menyegarkan semula senarai itu.

Jika mana-mana rakan (atau rakan kepada rakan) anda ada mencipta party, ia akan kelihatan lebih tinggi dalam senarai itu daripada yang lain. Anda juga boleh menyertai party rakan anda secara langsung dari senarai rakan.

Mari mulakan party!

Tidak bernasib baik dalam mencari party yang sesuai? Cipta party anda sendiri!

image2.jpg

  1. Dari menu utama, tekan butang Main
  2. Pilih Ranked, Normal, atau Custom
  3. Tekan ikon image4.jpg di sebelah kanan penanda mod
  4. Pilih saiz party
  5. Pilih sama ada mahu mencipta party rakan sahaja, atau terbuka kepada orang asing
  6. Tambahkan tag untuk membantu orang lain mengetahui jenis party yang anda cipta
  7. Tekan butang Buka Party

image8.png

Mod Pasukan

Mod pasukan sesuatu party ditentukan oleh mod yang anda gunakan semasa anda menciptakannya.
Mahu bermain ARAM? Pastikan anda berada dalam mod yang betul apabila anda mencipta party!

Anda boleh terus berada di skrin ini sambil party anda diisi, atau anda boleh melihat menu lain sementara menunggu. Setelah party anda sebesar yang anda mahukan, tekan Cari Perlawanan untuk memasuki pemadanan perlawanan sebagai satu pasukan. 

Sebagai ketua, anda akan bertanggungjawab untuk memasukkan orang lain ke dalam permainan, jadi jangan biarkan mereka terkapai-kapai! Setelah cukup berparty untuk hari itu, anda boleh membubarkan party dan menghantar semua orang pulang, atau terus pergi dan membiarkan orang lain mengambil alih sebagai ketua.

Adakah artikel ini membantu?