Seperti mana-mana pakar masakan, Leona tahu rahsia hidangan yang enak merupakan penambah rasa yang tepat. Memang betul, anda boleh makan daging panggang terkenalnya dengan begitu sahaja, tetapi lebih baik jika daging panggang itu ditambahkan dengan sedikit sos BBQ, betul tidak? Sedikit sos tomato, madu segar, adunan rahsia rempah ratus Targonia... oh, apa yang kita cakapkan tadi? Oh ya, Boost! Satu perlawanan League of Legends: Wild Rift sudah cukup baik, tetapi dengan menambahkan satu atau dua Boost akan membuatkannya lebih hebat!
Perihal Boost
Sama ada anda mahu menambah pendapatan Blue Mote atau XP anda, Boost ialah kaedah terbaik untuk meningkatkan nilai pemakanan sesuatu perlawanan. Dan yang paling menarik? Anda bahkan boleh menggunakan Boost Pasukan untuk memesan bagi satu meja, memberikan faedah kepada setiap pemain dalam pasukan anda.
Memperoleh Boost
Boost boleh diperoleh sebagai ganjaran daripada event, misi dan Wild Pass, jadi anda perlu berusaha untuk mendapatkannya!
Jenis Boost
Terdapat tiga jenis Boost dalam menu, setiap satu dengan perasa tersendiri. Dua yang pertama memberikan kesan yang kuat dan bertahan lama, manakala yang ketiga ialah tawaran kombo yang sementara.
Boost Blue Mote
Blue Mote yang diperoleh melalui kemenangan perlawanan telah ditingkatkan sebanyak 100%. Kesan ini aktif untuk 3 kemenangan dan boleh stack dengan ganjaran Blue Mote yang lain.
Boost XP
XP yang diperoleh melalui kemenangan perlawanan telah ditingkatkan sebanyak 100%. Kesan ini aktif untuk 3 kemenangan dan boleh stack dengan ganjaran XP yang lain.
Boost Pasukan
XP dan Blue Mote anda yang diperoleh daripada kemenangan perlawanan telah ditambah sebanyak 20% dan setiap rakan sepasukan akan menerima 10% boost. Kesan ini sah untuk 1 perlawanan dan boleh stack dengan ganjaran XP dan Blue Mote yang lain.
Had Mingguan
Terdapat had kepada bilangan XP dan Blue Mote yang boleh anda peroleh setiap minggu (5,500 untuk XP, 14,700 untuk Blue Mote). Namun, XP dan Blue Mote yang diperoleh daripada Boost tidak dikira terhadap had ini.
Contoh
Anda 20 mata lagi dari had mingguan dan anda bermain satu perlawanan dengan Boost XP yang aktif, dan memperoleh 50 XP asas dan 50 XP boost. XP asas anda akan dihadkan kepada 20 mata, tetapi XP boost akan melampaui had sebanyak 50 XP untuk jumlah akhir 5,550 XP.