Jadi, korang dalam matchmaking, korang dah pilih champion dan skin, pemasa tengah mengira detik, dan korang... berdiri sahaja? Janganlah macam itu.
Masa untuk memperagakan gayakorang!
Beritahu saya lagi!
Gaya memberi champion korang lagak menarik hati dalam skin intro sebelum perlawanan dan skrin wrap-up selepasnya.
Terdapat dua jenis gaya: gaya champion dan gaya skin
Gaya champion istimewa kepada setiap champion, seperti yang korang dapat agak. Setelah diaktifkan, korang boleh memasangkan gaya pada champion tidak kira skin yang korang guna. Gaya skin pula hanya boleh digunakan bila korang gunakan skin yang ditetapkan.
Bagaimana saya boleh mengaktifkan gaya?
Korang mahukan gaya-gaya ini? Baik korang mula lakukan misi event dan Wild Pass! Dengan sedikit kerja keras, korang dapat memperoleh peti dan Poro Coin dalam masa yang singkat.
Peti
Gaya boleh diperolehi melalui Peti Gaya Rawak dan Peti Pemilihan Gaya, yang boleh dituntut sebagai ganjaran daripada event dan Wild Pass. Untuk kedua-dua peti ini, gaya yang tersedia adalah berdasarkan senarai yang dikemas kini dengan setiap keluaran utama. Perbezaannya ialah peti rawak akan menghadiahkan gaya yang dipilih secara rawak daripada senarai itu, manakala peti pemilihan membenarkan korang memilih gaya yang korang nak.
Kedai Poro
Kedai Poro mempunyai pilihan gaya yang bergillir-gilir setiap bulan. Jika ada gaya yang korang nak, sinilah tempatnya—kalau tidak tersedia di sini, korang terpaksalah bergantung pada RNG.
Tak nampak gaya yang korang nak? Boleh sahaja cuba nasib anda dengan Peti Poro!
Saya dapat gaya yang saya nak! Bagaimana saya boleh memasang gaya?
Selepas korang masuk matchmaking, pilih champion, dan pilih skin, korang dapat mengitar melalui gaya-gaya tersedia dengan mengetik champion korang. Kacang, kan?
Nak pilih gaya mana yang muncul secara lalai? Pergi sahaja ke menu Champion, pilih seorang champion, gunakan menu berpusing untuk memilih salah satu skin mereka, kemudian ketik ikon . Gaya yang sedang dipasang akan muncul dengan tanda semak hijau disebelahnya. Untuk menukar gaya yang lain, pilih nama gaya kemudian tekan butang Guna di sudut kanan bawah. Kali seterusnya korang gunakan skin itu dalam barisan sebelum perlawanan, champion korang akan memperagakan gaya yang telah korang tetapkan.