Wild Rift - The Great Eggstravaganza

Ayuh mulakan pemburuan telur!

Jadual

Mula - 20 April 2025 // 8:00 pagi GMT+8
Tamat - 9 Mei 2025 / 7:59 pagi GMT+8
Tuntut Ganjaran Sebelum - 16 Mei 2025 // 7:59 pagi GMT+8*

*Tarikh dan waktu tertakluk pada perubahan. Sentiasa semak jadual dalam permainan untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat.

Cara Permainannya

The Great Eggstravaganza bermula dengan kumpulan telur hadiah yang tersedia dengan serta-merta untuk anda pecahkan. Kumpulan hadiah permulaan ini diaktifkan pada hari pertama event dan terdiri daripada 10 telur, setiap satu menyimpan potensi ganjaran. Apabila event berlangsung, kumpulan hadiah baharu akan dibuka kunci setiap tiga hari: pada hari pertama, ke-4, ke-7, ke-10 dan ke-13.

Cara Memecahkan Telur

Untuk memecahkan sebiji telur, anda perlu menggunakan Golden Hammer , satu alat khas yang boleh diperoleh melalui misi harian atau misi cabaran. Alat ini merupakan penggunaan sekali sahaja!

Antara Muka Perkongsian

Event ini memperkenalkan antara muka perkongsian interaktif yang membolehkan anda memilih untuk memecahkan telur daripada kumpulan telur anda sendiri dan merebut ganjaran atau untuk meneroka serta memecahkan telur daripada kumpulan pemain lain. Dengan memecahkan telur dalam kumpulan hadiah pemain lain, anda dan rakan anda menerima kandungan yang tersembunyi dalam telur itu. Kerjasamalah caranya!

NA Berasingan dengan Dunia Lain

Amerika Utara tidak berkongsi data dengan rantau lain, jadi pemain NA hanya akan dapat menyemak kumpulan pemain NA yang lain.

Berkongsi dan Melawat Kumpulan Telur

Setiap pemain diberi kod unik yang dipautkan kepada akaun mereka. Anda boleh mencari kod akaun anda sendiri dalam antara muka perkongsian halaman event. Kod ini mungkin paling bagus dikongsi dengan rakan tetapi terpulang kepada anda untuk memilih rakan untuk bersama-sama memecahkan telur.

Apabila memasukkan kod pemain lain dalam antara muka perkongsian, anda boleh melawat dan menghancurkan telur daripada kumpulan hadiah mereka yang telah dibuka kunci. Tetingkap pop timbul akan memaparkan peringkat telur yang tersedia dalam simpanan pemain lain. Jika terdapat lebih daripada 1 kumpulan hadiah dibuka kunci, anda boleh meleret ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas antara kumpulan hadiah. Hayun Golden Hammer anda secara strategik!

Ganjaran

Terdapat 3 jenis telur, setiap satu mempunyai ganjaran yang berbeza:

  • Telur Perak (Silver Egg) : Telur ini menawarkan ganjaran standard untuk membantu anda dalam perjalanan anda.
  • Telur Emas (Golden Egg) : Telur ini mengandungi ganjaran yang lebih eksklusif, memberi anda hadiah peringkat pertengahan.
  • Easter Egg : Ganjaran yang paling diingini terdapat dalam Easter Egg. Hadiah peringkat tertinggi ini jarang dijumpai dan sangat bernilai.

Boost Peringkat Peti Skin

Memecah telur juga memperoleh Mata Memecahkan Telur, yang meningkatkan keanehan peti skin event. Cuba pecahkan secukupnya untuk mendapatkan Peti Skin Diamond!

Telur Dipecahkan Peringkat Peti Skin
16 Bronze
32 Silver

48

Gold

64

Diamond

Ganjaran Milestone

Setiap telur yang dipecahkan menyumbang kepada kiraan pencapaian. Kiraan ini dipaparkan di sebelah kiri halaman event, menjejaki kemajuan dan memberi anda ganjaran dengan sejumlah empat hadiah tambahan apabila anda mencapai pencapaian tertentu.

Misi

Anda perlu bermain dalam mod permainan matchmade seperti PvP Normal, Ranked, ARAM dan Co-Op vs AI untuk maju melalui misi ini. 

Misi Harian

Objektif Ganjaran
Kongsikan event 1 Golden Hammer
Log masuk ke permainan 1 Golden Hammer

Main 1 permainan ranked
ATAU
Main 2 permainan biasa

1 Golden Hammer

Misi Cabaran

Objektif Ganjaran
Pecahkan Kumpulan Telur pemain lain sebanyak (X) kali 1 Golden Hammer
Kumpulan telur anda telah dipecahkan (X) kali oleh pemain lain 1 Golden Hammer
Main 1 permainan ranked
ATAU
Main 2 permainan biasa
1 Golden Hammer
Adakah artikel ini membantu?