Tonton & Tayang semula (Spectate & Replay)

League of Legends: Wild Rift mungkin dimain untuk keseronokan yang pantas tetapi masih perlukan fokus yang tinggi. Hanya dengan semua benda yang berlaku dalam lane anda sahaja, pasti akan terlepas beberapa play yang hebat di tempat lain dalam peta. Bagaimana anda boleh mempertingkat diri jika terlalu sibuk hanya untuk kekal hidup?

Dengan Menonton (Spectate) dan Menayang Semula (Replay)!

Spectate

Spectate adalah cara untuk anda menonton permainan yang sedang berlangsung Spectate membolehkan anda melihat kedua-dua pasukan dan satu butang jeda, jadi anda boleh menghentikan siaran dan ambil screenshot pada saat tepat Teemo mencuri Baron dengan cendawan yang dilantun dengan cantik. Macam itu je kan cara untuk bagi mereka percaya?!

Pemain boleh menonton permainan iOS-ke-Android dan sebaliknya, jadi jangan risau jika anda dan rakan baik bersetuju dalam semua perkara kecuali peranti mobile mana yang lebih bagus. Selagi anda masih menjalankan versi Wild Rift yang sama, anda akan dapat menonton permainan masing-masing!

Terdapat dua cara untuk menonton: melihat perlawanan langsung rakan dan menonton permainan tersuai.

Menonton seorang Rakan

Pernahkah anda baru saja memasuki permainan tetapi rakan anda telahpun memulakan perlawanan? Pergilah tonton mereka! Anda bukan saja dapat melihat jika mereka hampir habis permainan juga dapat mengetahui sama ada ucapan takziah atau tahniah perlu disampaikan sebaik saja perlawanan tamat!

Hanya ikuti tiga langkah mudah ini:

  1. Dapatkan seorang rakan (Betul! Anda perlu berkawan untuk menonton permainan pemain lain)
  2. Cari nama mereka di senarai rakan anda
  3. Tekan ikon Spectate

Tiada had untuk bilangan penonton yang boleh menonton permainan rakan, jadi bentuklah satu parti menonton bersama rakan anda untuk memberi semangat atau mengejek mereka.

Walaupun anda hanya boleh menonton ketika rakan anda sedang bermain, sila fahami bahawa setiap strim yang anda tonton akan dilengahkan selama 3 minit. Cara ini adalah untuk menghalang rakan daripada mengganggu permainan sebenar yang sedang berlangsung. Permainan kenalah adil!

Menonton Permainan Custom

Perlawanan Custom juga membenarkan penonton untuk memasuki permainan tetapi dengan peraturan yang berbeza:

  • Anda tidak perlu berkawan untuk menonton
  • Tiada lengahan 3 minit—tonton siaran secara langsung!
  • Hanya 3 penonton saja dibenarkan untuk setiap perlawanan tersuai

Tidak seperti menonton perlawanan rakan, anda perlu dijemput ke perlawanan tersuai untuk menonton. Tak apa, anda akan dapat menonton siaran langsung!

Menutup Spectate

Mempunyai rakan menonton perlawanan anda memang seronok tetapi ia juga boleh mengganggu konsentrasi anda. Jika anda rasakan yang 4-0 Garen mendominasi lane anda sudah cukup tekanan tanpa penonton, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke Tetapan
  2. Pergi ke Umum
  3. Aktifkan Benarkan penonton ke Matikan (atau Hidupkan, jika anda mahu rakan-rakan menonton perlawanan anda)

Jika rakan anda tidak dapat menonton perlawanan anda, semak tetapan berikut!

Tidak dapat mencari sebarang perlawanan untuk ditonton secara langsung? Apa kata anda menonton perlawanan lama anda, dengan...

Tayang semula (Replay)

Sama ada anda mahu menganalisis setiap saat fasa laning atau merakam 5-man bubble Nami internet clout, sistem replaylah yang disarankan oleh Dr. Mundo. Sistem ini didatangi bersama set kawalan penuh, jadi anda boleh tukar di antara saat-saat utama, pergi ke awal permainan dengan kelajuan tinggi, kemudian berhenti untuk menonton saat perlawanan terbaik anda dalam slow motion!

Mengakses Replay

Anda akan berpeluang untuk memuat turun replay perlawanan yang anda baru mainkan dalam skrin penghabisan selepas permainan tetapi jika anda ingin menonton dari awal permainan, ikuti saja langkah-langkah berikut untuk bermula:

  1. Buka Profil anda
  2. Pergi ke tab Sejarah
  3. Tekan butang Replay_Icon.png di sebelah permainan yang anda ingin muat turun

Replay Perlu Sepadan Dengan Versi Permainan Terkini

Anda hanya boleh menonton replay perlawanan dengan versi terkini Wild Rift. Jika permainan anda dikemas kini atau selepas hotfix, anda tidak lagi boleh menonton perlawanan yang sebelumnya. Walaupun jadual patch kami memastikan anda sentiasa bersedia sebelum perubahan besar akan datang, kebanyakan hotfix kurang mendapat sambuntan dengan hasil yang sama—iaitu, membuatkan replay perlawanan lama anda tidak boleh ditonton. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk menonton/membuat klip replay sebanyak yang mungkin!

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk