RiotGO FAQ

Jika anda mahu menjadikan League of Legends: Wild Rift satu pengalaman mobile sebenar, anda akan perlukan pembawa mobile. Walaupun pelan data yang disediakan membantu anda untuk bermain, ia tidak dapat membantu anda mengisi inventori dengan set champion, emote, bauble, recall dan ikon summoner yang sering berubah…

...melainkan, jika pembawa anda menawarkan RiotGO!

Apakah itu RiotGO?

RiotGO adalah sebuah perkhidmatan baru yang membolehkan pemain di Singapura untuk menyewa kandungan Wild Rift yang bertukar-tukar menerusi Singtel. RiotGO adalah satu cara yang bagus untuk mencuba pelbagai jenis champion dan item lain tanpa perlu membelinya dan ia juga berpotensi untuk menjimatkan data dan wang anda. Baca untuk mengetahui caranya!

Apa yang disertakan dalam RiotGO? Dan RiotGO+?

Berlambak item!

  RiotGO RiotGO+

Champion

5

10

Emote

1

3

Bauble

1

1

Recall

0

1

Ikon Summoner (suku tahunan)

1

1

Loot Box (satu setiap kitaran)

0

1

Kebanyakan daripada item ini berubah setiap 30 hari bermula dari pengaktifan pertama anda untuk memastikan anda sentiasa menerima kandungan baru. Satu pengecualian adalah untuk ikon summoner—yang akan bertukar pada setiap suku tahunan kalendar—dan loot box RiotGO+ sekali setiap kitaran pengebilan.

Loot Box RiotGO+

Setiap bulan anda melanggan RiotGO+ akan didatangi bersama loot box RiotGO+. Dan jangan risau—jika anda membatalkan langganan, anda masih boleh menyimpan semua loot box yang telah anda perolehi bersama item yang anda sudah terima!

Kelebihan Ekstra

Sebagai tambahan pada kandungan yang berubah-ubah, sesetengah pembawa mobile menawarkan manfaat lain seperti pengecualian caj data untuk Wild Rift! Untuk melihat apa yang disertakan bersama langganan RiotGO/RiotGO+ anda, hubungi pembawa anda dan tanya tentang promosi RiotGO mereka.

Bagus sekali! Bagaimana saya boleh sertainya?

RiotGO pada mulanya dilancarkan secara eksklusif bersama Singtel di Singapura, jadi langkah pertama adalah untuk menyemak laman web mereka atau hubungi khidmat pelanggan mereka bagi meihat sama ada anda layak atau tidak. Jika layak, ikuti arahan mereka untuk bermula!

Hanya pastikan untuk memaut nombor telefon yang menggunakan RiotGO ke Akaun Riot, hanya satu Akaun Riot boleh dipautkan ke setiap nombor.

Berapa lama RiotGO/RiotGO+ bertahan?

RiotGO/RiotGO+ bertahan selama 30 hari daripada tarikh pembelian, namun sesetengah pembawa mungkin akan menawarkan pelan yang berbeza pada masa depan.

Apa yang akan berlaku jika saya sudah memiliki beberapa kandungan yang disertakan dalam RiotGO?

RiotGO akan sentiasa berusaha untuk memaksimumkan manfaat anda termasuk menambah item pengganti apabila anda sudahpun memiliki champion daripada rotasi roster champion. Walau bagaimanapun, membeli champion yang sudah disertakan dalam langganan RiotGO semasa anda tidak akan mengaktifkan sewaan champion baru. Untuk itu, anda perlu menunggu sehingga kitaran pengebilan yang seterusnya!

Saya sukakan RiotGO! Bagaimana saya boleh menaiktaraf ke RiotGO+?

Sama ada anda boleh menaiktaraf atau tidak di antara langganan bergantung pada pembawa anda, sila hubungi pasukan sokongan mereka untuk ketahui lebih lanjut.

Apakah had saya dengan kandungan sewaan saya?

Tiada! Anda boleh mendapatkan skin dan memperoleh kepakaran untuk roster RiotGO anda dengan cara yang sama seperti champion yang sudah dimiliki. Lebih baik lagi, sebarang kemajuan atau pembelian yang anda lakukan akan disimpan apabila champion sewaan anda ditukar, jadi anda boleh sambung di mana anda terhenti apabila anda masuk semula ke koleksi anda.

Bolehkah saya gunakan RiotGO di MANA-MANA SAJA? Err… Apabila saya mengembara?

Sudah tentu! Selagi anda mempunyai nombor telefon dan pelan data yang aktif di negara anda membeli RiotGO, rotasi roster champion anda terus bersama anda. Tetapi pastikan untuk menyemak pelan data antarabangsa pembawa anda! Kerana sama ada anda maksudkan rift herald atau penalti roaming, tiada sesiapa pun sukakan caj yang tidak dijangka.

Saya mengalami masalah dengan RiotGO…

Jika anda tidak mendapat sehabagian kandungan yang disertakan dalam RiotGO, serahkan tiket dan kami akan membantu dengan sedaya upaya kami.

Tetapi jika tiada satu pun kandungan yang anda dapat atau masalah anda adalah berkenaan data, sila hubungi pembawa anda. RiotGO terpaut dengan pelan data anda, menjadikan pembawa anda penyelesai masalah terbaik untuk masalah yang berkaitan dengan rangkaian/data.

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk