Soalan Lazim Samsung Galaxy Store

Penamatan Sokongan Samsung Galaxy Store

Mulai 16 Mac 2023 pukul 08:01 pagi GMT+8, Wild Rift tidak lagi akan ditawarkan dalam Samsung Galaxy Store. Untuk terus masuk queue untuk Wild Rift, lawati Google Play atau App Store.

Memiliki peranti Samsung? Anda bernasib baik, kerana League of Legends: Wild Rift kini tersedia dalam Samsung Galaxy Store!

Saya memiliki peranti Samsung! Apakah maknanya bagi saya?

Galaxy Store telah diperbaharui untuk menawarkan pengalaman permainan yang diperkemas kepada pengguna Samsung. Untuk mengetahui perkara yang dimaksudkan dan cara memanfaatkan manfaat ini, teruskan membaca!

Bersiap Sedia

Jika anda ingin menikmati manfaat daripada Samsung Galaxy Store tetapi telah mendapat Wild Rift daripada pasaran aplikasi lain, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah menyahpasang dan memuat turun semula permainan daripada Galaxy Store. Jangan risau! Semua data anda terikat dengan Akaun Riot anda, jadi log masuk sahaja untuk meneruskan daripada tempat anda berhenti.

Mencari Wild Rift dalam Galaxy Store

Jika anda tidak pernah menggunakannya, Galaxy Store terletak dalam folder Samsung yang terdapat di skrin aplikasi. Galaxy Store sudah dijumpai tetapi tidak dapat mencari aplikasi Wild Rift? Hal ini bermakna permainan tidak serasi dengan peranti semasa anda dan anda mungkin perlu menaik taraf untuk bermain.

Faedah Galaxy Store

Selepas anda memuat turun Wild Rift daripada Galaxy Store, anda akan mendapati permainan ini telah disatukan secara automatik ke dalam ekosistem Samsung anda! Hal ini bermakna bahawa apa-apa sistem pembayaran yang telah dipautkan kepada akaun Samsung anda akan tersedia dalam permainan tanpa persediaan lanjut. 

Pembayaran Balik

Sudah tentu, hal ini juga bermakna bahawa tindakan lanjut daripada setiap pembelian yang anda lakukan juga akan melalui Samsung Galaxy Store—termasuk pembayaran balik jenis kandungan tertentu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melihat halaman pembayaran balik kami atau pergi ke halaman sokongan pelanggan Samsung untuk mendapatkan bantuan!

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk