Menggunakan wishlist Wild Rift

Tradisi tahunan seperti meniup lilin pada kek hari lahir atau menahan nafas apabila melalui terowong mungkin boleh mendapatkan anda item yang anda mahu dalam League of Legends: Wild Rift tetapi apa kata anda membantu nasib anda dengan menggunakan ciri wishlist kami?

Asas Wishlist

Walaupun kandungan setiap wishlist adalah berbeza, syaratnya adalah sama:

  • Anda hanya boleh menyimpan sehingga 30 item dalam wishlist anda pada satu masa
  • Anda hanya boleh menambah item yang boleh dihadiahkan ke dalam wishlist anda, maksudnya item yang boleh dibeli dengan Wild Core
  • Item yang baru dimasukkan akan diutamakan berbanding item lama
  • Anda boleh memilih item mana yang rakan anda boleh lihat dan item mana yang boleh dilihat oleh anda seorang
  • Anda boleh tag item dengan penerangan ringkas untuk membantu rakan anda yang baik hati

Mudah sekali! Tetapi anda mesti fikir...

Apa yang bagusnya dengan mempunyai wishlist?

Wild Rift akan mendapat kandungan baru bersama setiap patch (lebih cepat!) jadi agak sukar untuk mendapatkan semuanya yang anda mahukan. Wishlist adalah cara terbaik untuk menggabungkan semua item baru yang anda mahukan dalam satu tempat, jadi anda boleh pilih dengan lebih senang item mana yang anda mahu beli dengan Wild Core anda!

Tetapi bukan itu saja sebab apa anda perlu isi wishlist anda! Rakan anda juga boleh lihat senarai anda, menjadikannya lebih senang untuk mereka pilih apa yang anda mahukan pada hari istimewa itu atau saja-saja.

Jadi pilih item anda dan buatlah hajat anda!

...senarai hajat!

Bagaimana saya boleh menambah item ke dalam wishlist saya?

Ikuti hati anda!

Atau tanda hati sebenarnya.

Item yang boleh ditambahkan ke dalam wishlist anda akan mempunyai ikon hati pada satu penjuru. Ketik ikon tersebut dan item akan ditambahkan ke dalam senarai anda.

Bagi item yang sudah ditambahkan ke dalam wishlist anda, ikon yang sama sebaliknya akan keluarkan item tersebut dari senarai anda. Anda juga boleh pergi ke wishlist sendiri untuk mengubah atau keluarkan tetapan keterlihatan pada semua item anda.

Di manakah saya boleh mencari wishlist saya? Bagaimana pula dengan wishlist rakan saya?

Untuk melihat wishlist anda, pergi ke kedai dan lihat di bahagian hujung kiri atas. Nampak ikon hati di situ? Itulah wishlist anda!

Bagi wishlist rakan anda pula, lihat pada profil mereka. Ikon hati di bahagian kanan halaman utama profil akan membawa anda ke wishlist mereka!

Bagaimana saya mahu berikan item daripada wishlist mereka?

Selepas anda berada di wishlist rakan anda, hanya ketik pada item yang anda mahu berikan dan ikut prompt kemudian POW! Hadiah sudah diberikan!

Sila ambil perhatian bahawa hadiah mungkin akan mengambil beberapa minit untuk setiap penerima tetapi jika ia mengambil masa terlalu lama, sila hubungi kami dan kami akan membantu anda secepat mungkin!

Anda terasa sangat baik hati hari ini? Pergi di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang memberi hadiah!

Adakah artikel ini membantu?