Wild Rift - Pelancaran Server Amerika

Tutup VPN Anda!

Kebanyakan daripada isu-isu yang dinyatakan dalam artikel ini sama ada disebabkan atau menjadi lebih teruk oleh VPN. Tutup VPN anda untuk pengalaman permainan yang terbaik!

League of Legends: Wild Rift akan datang ke Amerika!

Betul tu, pemain di Brazil, LATAM, dan Amerika Utara—masa anda telah tiba akhirnya. Walaupun kami telah menambahkan negara baru ke dalam FAQ Regional Open Beta yang semakin berkembang, server Amerika akan mempunyai FAQ yang tersendiri.

Arcade-Ahri.jpg

Mesej "Pelancaran Server Amerika"

Sebaik saja server Amerika dilancarkan, pemain Wild Rift yang akaunnya didaftarkan di lokasi yang tidak sepadan dengan lokasi alamat IP mereka akan melihat satu mesej mengenai pelancaran setiap kali mereka memulakan permainan. Mesej ini mengandungi maklumat penting tentang cara kami menetapkan server dan apa maknanya bagi pemain baru dan pemain sedia ada di serata dunia. Ya, ia mungkin nampak keterlaluan untuk menjadikan proses ini sebagai biasa apabila booting, tetapi kami mahu memberi jaminan kepada semua pemain untuk memahami apa yang sedang berlaku dan mengapa.

Ia juga spesifik dalam menunjukan siapa yang tidak akan terjejas dengan pelancaran ini, dan menjawab soalan berikut...

Apa maksudnya bagi pemain-pemain di Eropah dan Asia?

Pemain baru dan sedia ada di luar Amerika tidak mempunyai masalah! Hanya log masuk seperti biasa.

Jika anda mengalami masalah, kemungkinan ia disebabkan oleh lokasi pendaftaran Akaun Riot atau lokasi semasa anda tidak sepadan, DAN salah satu lokasi ini adalah di Amerika. Penyelesaian terbaik dalam kes ini ialah untuk menyemak tetapan rangkaian anda, menyahaktifkan mana-mana VPN, sahkan butiran log masuk anda dan cuba lagi. Jika ia gagal, sila hubungi kami, dan kami akan cuba membantu anda!

Bagi orang lain...

Bagaimana pula dengan pemain di Amerika?

Server Amerika menggunakan infrastruktur yang berbeza berbanding server lain di serata dunia (itu juga salah satu sebab mengapa mereka lewat menerima Regional Open Beta). Sistem unik ini bermaksud walaupun pemain-pemain seluruh Amerika boleh queue sesama mereka sehingga puas, mereka tidak akan boleh queue dengan pemain di luar dari dua benua ini, walaupun ketika berada di luar negara.

Sebab itu kami mengambil langkah tambahan untuk memastikan semua berada di server yang betul.

Senarai Semak Log Masuk

Bantu kami untuk bantu anda berada di tempat yang sepatutnya!

1. Pertimbangkan lokasi semasa anda

Apabila and log masuk ke permainan Riot buat kali pertama, kami gunakan alamat IP anda untuk menetapkan server terbaik untuk lokasi anda. Penempatan yang betul membantu memastikan prestasi rangkaian yang optima (kurang lag, kurang terputus sambungan, dsb) sambil menyertakan anda dalam sebarang event atau promosi yang khusus untuk wilayah anda. Sebab itulah anda perlu sentiasa beringat di mana anda berada ketika pertama kali anda log masuk ke Wild Rift!

2. Tutup mana-mana VPN

VPN yang tidak dikonfigurasikan dengan betul boleh memalsukan lokasi anda yang boleh menyebabkan kesilapan penetapan server akaun anda. Ini boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah yang sukar diselesaikan (dan beberapa yang tidak boleh diperbaiki langsung!), jadi perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah untuk menyahaktifkan VPN sepenuhnya ketika log masuk buat kali pertama.

3. Baca sepenuhnya mana-mana prompt log masuk

Sesetengah pemain yang lokasi server tidak sepadan dengan geolokasi mereka akan menghadapi satu prompt ketika log masuk. Sangat penting untuk anda membaca prompt ini dan memahami sepenuhnya implikasinya sebelum anda teruskan.

Bagi kebanyakan pemain, langkah-langkah ini sudah cukup untuk meletakkan anda di server yang betul! Walau bagaimanapun, ini mungkin tidak berlaku jika...

Anda tinggal di Amerika tetapi sudah pun bermain di dalam Regional Open Beta

Pemain yang memiliki akaun DI LUAR server Amerika tetapi mendaftar masuk dari lokasi DALAM Amerika akan mendapat prompt untuk menukar akaun ke server Amerika.

Mengembara, VPN… Terdapat pelbagai cara pemain yang tinggal di Amerika mungkin telah dapat memasuki ke dalam Regional Open Beta Wild Rift. Dan, kami faham! Sejujurnya, kami berasa berbangga dan terharu kerana adanya mereka yang berani menempuh cabaran-cabaran rangkaian yang datang dengan bersambung ke server luar negara.

Tetapi seperti yang anda sudah alami, setakat itu saja sambungan "pantas" apabila anda queue merentasi lautan daripada pihak lawan anda. Sebab itulah, mana-mana pemain yang berada secara fizikal di Amerika akan mendapat prompt untuk menyertai server Amerika.

Jika anda memilih untuk tidak menukar, maka akaun anda tidak akan berubah, tetapi anda tidak boleh log masuk selagi lokasi Akaun Riot berbeza daripada lokasi alamat IP anda.

Jika anda tidak tinggal di Amerika tetapi masih mendapat prompt untuk menukar akaun, semak tetapan rangkaian anda, nyahaktifkan mana-mana VPN dan sahkan maklumat log masuk anda, kemudian cuba lagi.

Apa yang akan berlaku pada akaun saya jika menukar ke server Amerika?

Akaun sedia ada yang menukar ke server Amerika akan reset semula tetapi mana-mana Wild Core yang telah dibeli akan dipulangkan. 

Penukaran ini adalah MUKTAMAD.

Infrastruktur unik server Amerika menghalang kami daripada melaksanakan pemindahan akaun penuh, bermakna anda perlu restart semula pengembaraan Wild Rift anda sama seperti orang lain: tahap 1, tiada kandungan.

Kami tahu—ia mengecewakan. Anda telah melakukan segalanya untuk mendapat peluang bermain, dan walau ia tidak berjaya, kami menyukai semangat seperti itu.

Jadi mari kami gantikanya untuk anda.

Kami belum dapat mendedahkan butiran lanjut lagi tetapi kami sedang menyediakan satu event yang akan membantu pemain-pemain di server Amerika untuk mengejar pemain-pemain dari seluruh dunia. Anda berpeluang untuk mendapatkan sejumlah besar Blue Mote, XP, champion dan kandungan eksklusif daripada event yang telah lama tamat.

Tambahan lagi, kelebihan ini akan bertambah dengan bonus-bonus yang anda akan dapat untuk masa yang telah diluangkan dalam League PC melalui event Rift-to-Rift tanpa menyatakan manfaat yang akan anda terima untuk event baru lain —Pengembaraan Wild Rift—yang akan dilancarkan di seluruh dunia secara serentak.

Kami mungkin tidak dapat memulihkan kandungan anda, tetapi harapan kami bahawa event berlipat ganda ini akan dapat membantu anda mencapai kemajuan terkini anda dengan pantas.

Sekatan Cross-Server

Sama ada anda berada di server Amerika atau bersama dengan mereka yang lain, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu.

Pemain di server Amerika dipisahkan daripada pemain di server Eropah dan Asia, bukan saja dengan lautan. Mathcmaking, berkawan, pemberian hadiah dan ciri lain tidak boleh berlaku di antara kedua-dua wilayah ini. Sebaik saja lokasi akaun anda telah ditetapkan, sekatan ini akan mengikuti anda ke mana saja anda pergi—iaitu, seorang pemain dengan akaunnya yang didaftarkan di server Amerika hanya akan dapat bermain dengan pemain di server yang sama, begitu juga dengan pemain yang didaftarkan ke server Eropah dan Asia.

Kami juga menekankan, selain daripada prompt pemindahan di atas, pemain tidak akan berpeluang untuk bertukar di antara group server selepas mereka mengunci lokasinya. Hanya sahkan pemindahan anda apabila anda benar-benar pasti!

Saya masih tidak dapat log masuk!

Sebelum mencuba kaedah lain, pergi ke senarai semak log masuk di atas dan jangan tertinggal mana-mana langkah!

Ralat log masuk selalunya bermakna kami masih mengesan konflik di antara server yang ditetapkan dengan lokasi alamat IP anda dan satu cara untuk menyelesaikan isu ini adalah dengan memastikan kedua-dua lokasi ini sepadan.

Jika anda merasakan yang anda telah menyelesaikan isu lokasi tetapi masih tidak dapat log masuk, hantarkan tiket dan kami akan cuba membantu anda dengan segera!

Adakah artikel ini membantu?