Preferred Position Lab

Kami sedang menguji sistem posisi pilihan baru dan kami perlukan bantuan anda!

Tarikh

Mula - 29 Mac 2021 | 00:01 UTC
Tamat - 11 April 2021 | 23:59 UTC

Ujian Queue Posisi Pilihan

Jika anda telah membaca sejauh ini, terima kasih! Kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan pengalaman permainan anda, tetapi seperti yang mungkin pernah dikatakan oleh yordle, "tidak ada sistem permainan baru yang bertahan pada pertemuan pertama dengan pemain." Hanya dengan bekerjasama dapat kami jadikan League of Legends: Wild Rift sebagai permainan yang terbaik!

Tiada masalah! Jadi, apa cerita?

Kami sedang melaksanakan sistem posisi pilihan baru di Wild Rift untuk membantu pemain mendapat posisi pilihan mereka. Semua nampak hebat pada awalnya, tetapi kami perlu melakukan sedikit ujian untuk melancarkan sistem ini. Di situlah peranan anda bermula!

Pemain yang layak boleh membantu dengan memilih queue Posisi Pilihan semasa bermain. Queue hanya tersedia sekali sehari tetapi, anda akan mendapat ganjaran 150 Blue Mote setiap kali anda mengambil bahagian, menang atau kalah. Boleh tahan!

Hanya ada satu kekurangan: disebakan ini adalah queue eksperimen, anda tidak akan maju dalam event lain semasa bermain permainan Position Lab Kami tahu ia tidak ideal, tetapi ingat bahawa lebih banyak data sekarang, lebih baik sistem posisi akan menjadi dalam jangka masa panjang.

Jangka masa pendek pula? 150 Blue Mote untuk setiap permainan!

Siapa yang boleh menyertai?

Event ini hanya tersedia untuk pemain di server Eropah dan Asia.

Oleh kerana server Amerika baru dilancarkan, kami mahu memastikan semua ciri standard berfungsi dengan lancar sebelum kami menambahkan event khas ini. Terima kasih atas kesabaran anda!

Jika anda berada di Amerika dan mahukan Blue Mote tambahan, cuba melompat masuk ke salah satu daripada pelbagai event yang telah kami siapkan untuk pelancaran server!

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk