Setting Chat Dalam Permainan

Merancang invade pada awal game. Memperdayakan pasukan musuh dengan maklumat yang salah tentang invade tersebut. Kemudian menutup chat apabila invade tersebut gagal dengan menakjubkan sekali.

Apabila membincangkan pengalaman multiplayer dalam talian, mengurus talian komunikasi anda boleh menjadi perbezaan antara kemenangan dengan kekalahan yang sangat dahsyat!

Apakah fungsi setiap setting chat dalam permainan?

League of Legends: Wild Rift memberi anda dua pilihan setting:

Pasukan: Chat hanya akan memaparkan teks daripada rakan sepasukan.
Party: Chat hanya akan memaparkan teks daripada party tersedia.

Chat ialah komunikasi dua hala, ini bermakna anda hanya dapat menghantar mesej dalam had yang anda tetapkan untuk menerima mesej. Mengaktifkan chat Pasukan akan menghalang anda daripada bercakap dengan musuh, dan menukar chat kepada Party akan memastikan bahawa hanya party tersedia anda dapat melihat mesej anda.

Anda juga boleh menggunakan Tapis Chat untuk mengurus pengalaman anda dengan lebih lanjut, sama ada menjadikan perbualan lebih sopan dengan tanda asterisk atau menyahaktifkan tapis untuk menunjukkan kuasa sebenar Internet.

Bagaimanakah saya boleh menukar setting chat dalam permainan?

Apabila anda berada di skrin utama, setting chat baharu hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi!

  1. Tekan ikon gear di bahagian atas kanan untuk membuka Setting
  2. Tekan Umum
  3. Pergi ke Chat Dalam Permainan
  4. Pilih setting yang anda inginkan

Bagaimana jika saya mahu menggunakan chat suara bersama rakan saya?

Kenapa tidak cakap lebih awal?! Lihat sahaja panduan tentang chat suara kami!

Dan jangan risau—setting suara tidak bergantung pada setting chat dalam permainan, jadi anda akan dapat bercakap dengan rakan anda walaupun chat dimatikan!

Adakah artikel ini membantu?

Tidak dapat mencari apa yang anda mahu?

Kami sedia membantu anda! Hantarkan tiket! Selagi poro tidak memakannya, kami akan segera menghubungi anda.

/ Hantar Tiket
Kuasa daripada Zendesk