Kependaman Maksimum Disyorkan

Dari awal pembinaan League of Legends: Wild Rift, kami gembira tentang peluang yang telah diberikan pada mobile gaming. League dalam poket anda? Seperti impian yang tercapai! Main di mana-mana, pada bila-bila masa saja? Oh ya!

Tetapi pertarungan mobile juga menghadapi beberapa cabaran unik. Wi-Fi sambungan berwayar mungkin tidak konsisten tetapi pelan data adalah satu perkara yang berbeza. Dengan lebar jalur dan penerimaan yang berbeza, kekalkan sambungan kabel yang kuat tidak selalunya senang. Jadi muncul satu soalan: berapa kenpendaman yang sampai terlalu teruk?

Secara pendeknya, kami mengesyorkan anda cuba dapatkan kependaman 180ms atau kurang.

Satu perkara saja yang mungkin dipersetujui oleh semua pemain dalam talian serata dunia: lag tidak bagus. Jadi kami melakukan yang terbaik untuk meletakkan shard di mana ia boleh membantu sebanyak pemain yang mungkin. Walaubagaimanapun, lebih jauh pemain dari server kami, lebih tinggi kependaman mereka—walaupun pembawa data mereka memberikan lebar jalur yang hebat! 

Jika anda rasa pelan data anda cukup untuk melepasi penanda aras tetapi anda masih mempunyai ping lebih dari 180ms, mungkin isunya lebih kepada geografi anda daripada teknikal. Namun begitu! Kami masih mengesyorkan anda menghantar tiket bersama ISP anda, lokasi terdekat dan ping semasa anda, kami akan cuba jika dapat membantu anda.

Adakah artikel ini membantu?