Menyediakan League of Legends: Wild Rift yang percuma untuk dimain tidak menghalang kami daripada menghasilkan dan menghantar kandungan yang hebat ke Nexus. Skin, bauble, chroma dan gaya...Sukar untuk memilih apa yang patut dibeli! Bagiamana jika anda terpilih sesuatu yang anda tidak akan gunakan langsung?!
Sebabnya, minta bayaran baliklah!
Item Yang Boleh dan Tak Boleh Dipulangkan
Kecuali jika undang-undang yang berkenaan menetapkan sebaliknya, pemulangan hanya tersedia untuk kandungan yang memenuhi tiga syarat berikut:
1) Kandungan tersebut belum digunakan
2) Kandungan tersebut dibeli tidak lebih dari 14 hari yang lalu
3) Kandungan tersebut tersenarai sebagai kandungan boleh dipulangkan di bawah
Langkah satu dan dua sepatutnya mudah untuk anda fahami sendiri! Bagi langkah ketiga, sila baca dengan teliti!
|
✓ Boleh Dibayar Balik |
X Tidak Boleh Dibayar Balik |
|
|
Adakah item yang ingin anda kembalikan termasuk dalam senarai Boleh Dikembalikan? Hebat! Klik di sini untuk belajar tentang tindakan yang perlu dilakukan seterusnya!
Sesetengah kandungan tidak boleh dikembalikan atas beberapa sebab. Hadiah sukar untuk dipulangkan kerana membabitkan pihak ketiga, boost diaktifkan dengan segera dan tidak boleh dikembalikan, sifat rawak Peti mengubahkan nilai kandungan selepas dibuka...dan banyak lagi.
Kesimpulan: jiak item dibeli di bawah Tidak Boleh Dibayar Balik, maka kami tidak dapat memberikan bayaran balik.
Pembelian Tidak Diizinkan oleh Kanak-kanak Bawah umur
Satu pengecualian kepada peraturan di atas ialah sebarang pembelian yang dibuat oleh anak-anak bawah umur 18 tahun tanpa pengetahuan atau keizinan ibu bapa. Jika ini berlaku kepada anda, serahkan tiket di bawah dan kami akan melihat perkara yang boleh kami lakukan.
Cara Mendapatkan Bayaran Balik Anda
Jika anda memenuhi kesemua tiga syarat di atas, hanya KLIK DI SINI! Anda hanya perlu log masuk untuk mengakses Sejarah Pembelian anda yang mana anda boleh mengembalikan produk yang layak, begitu saja!
Sila ambil perhatian bahawa anda hanya akan dikembalikan dengan jumlah yang sama dengan pembelian asal anda. Sebagai contoh, jika anda membeli champion menggunakan Blue Mote dalam jualan dan mahu mengembalikan champion tersebut selepas jualan tamat, anda hanya akan dikembalikan dengan jumlah waktu jualan dan bukannya harga asal.
Wild Core
Sebagai satu-satunya mata awang yang dibeli dengan wang dunia sebenar, Wild Core mematuhi set peraturan unik yang berbeza bergantung pada peranti. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut!
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat polisi bayaran balik penuh kami.