Wild Rift - Dasar Bayaran Balik

Kemaskinian Polisi Bayaran Balik Global (Global Refund Policy)

Artikel ini telah dikemas kini untuk menunjukkan Polisi Bayaran Balik Global kami yang bermula pada 30 Mei 2021. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut!

Penghasilan League of Legends: Wild Rift percuma untuk dimain tidak menghalang kami dari membuat kandungan yang hebat dan menghantarnya ke Nexus. Skin, bauble, chroma dan gaya...Susah untuk memilih apa yang patut dibeli! Bagiamana jika anda terpilih sesuatu yang anda tidak akan gunakan langsung?!

Sebabnya, minta bayaran baliklah!

Perkara Yang Anda Boleh Dan Tidak Boleh Dapatkan Bayaran Balik

Jika terdapat undang-undang yang menyatakan sebaliknya, bayaran balik hanya tersedia untuk kandungan yang memenuhi tiga syarat berikut:

1) Kandungan tidak digunakan

2) Kandungan dibeli tidak lebih dari 14 hari lalu

3) Kandungan termasuk dalam senarai kandungan boleh dibayar balik di bawah

Senang saja untuk fahami langkah satu dan dua! Bagi langkah ketiga, sila baca dengan teliti!

Boleh Dibayar Balik

X

Tidak Boleh Dibayar Balik

  • Mata wang (baca lebih lanjut)
  • Champion
  • Skin
  • Recall
  • Bauble
  • Emote
  • Tiket Bebola Chroma
  • Hadiah dihantar/diterima
  • Boost Sendiri/Pasukan
  • Kandungan diperoleh
  • Kandungan Bundle
  • Kandungan Poro Coin
  • Kandungan Rawak (peti)
  • Kandungan Hextech (kecuali Kunci yang dibeli w/ WC)
  • Wild Pass
  • Level Wild Pass
  • Bebola Chroma
  • Scanner
  • Pengesan

Adakah item yang anda ingin kembalikan termasuk dalam senarai Boleh Dikembalikan? Hebat! Klik di sini untuk belajar tentang apa yang perlu dilakukan seterusnya!

Sesetengah kandungan tidak boleh dikembalikan atas beberapa sebab. Hadiah sukar untuk dipulangkan kerana membabitkan pihak ketiga, boost diaktifkan dengan segera dan tidak boleh dikembalikan, sifat rawak Peti mengubahkan nilai kandungan selepas dibuka...dan banyak lagi.

Yang pentingnya: jika item yang anda beli termasuk dalam Tidak Boleh Dibayar Balik, kami tidak dapat memberi bayaran balik.

Pembelian Tidak Diizinkan oleh Kanak-kanak Bawah umur

Satu pengecualian kepada peraturan di atas ialah sebarang pembelian yang dibuat oleh anak-anak bawah umur 18 tahun tanpa pengetahuan atau keizinan ibu bapa. Jika ini berlaku kepada anda, serahkan tiket di bawah dan kami akan melihat perkara yang boleh kami lakukan.

Cara untuk Mendapatkan Bayaran Balik Anda

Jika anda memenuhi kesemua tiga syarat di atas, hanya KLIK DI SINI! Anda hanya perlu log masuk untuk mengakses Sejarah Pembelian anda yang mana anda boleh mengembalikan produk yang layak, begitu saja!

Sila ambil perhatian bahawa anda hanya akan dikembalikan dengan jumlah yang sama dengan pembelian asal anda. Sebagai contoh, jika anda membeli champion menggunakan Blue Mote dalam jualan dan mahu mengembalikan champion tersebut selepas jualan tamat, anda hanya akan dikembalikan dengan jumlah waktu jualan dan bukannya harga asal.

Wild Core

Sebagai satu-satunya matawang yang dibeli dengan duit sebenar, Wild Core mematuhi beberapa peraturan mengikuti peranti yang digunakan. Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut!

Untuk maklumat lanjut, lihat polisi bayaran balik penuh kami.

Adakah artikel ini membantu?