Tab Misi & Peti Mingguan

League of Legends: Wild Rift, pengembaraan yang baru menanti anda setiap hari. Champion baru, konten kedai yang berubah, acara besar...Dan itu baru sebelum anda mengambil giliran!

Teringinkan lebih lagi? Kami faham! Baca tentang bagaimana misi berulang dan ganjaran mingguan dapat menyempurnakan rutin harian anda!

weekly_chest.png

Misi Berulang

Sebagai tambahan kepada misi yang dimasukkan bersama acara langsung kami yang kerap berlaku, terdapat tiga jenis misi berulang untuk memastikan anda sentiasa mempunyai tugasan.

Misi Harian

Misi Harian anda adalah sama setiap hari: Kemenangan Pertama Hari Ini! Dapatkan kemenangan dan ganjarannya adalah milik anda.

Misi Harian diset semula setiap hari pada 00:00 UTC.

Misi Mingguan

Misi Mingguan mempunyai pelbagai jenis objektif. Sesetengah misi mungkin mendorong anda untuk melakukan perkara dalam Wild Rift (seperti memberi pemain thumbs up selepas permainan anda), sementara yang lain mempunyai tujuan yang lebih tradisional (seperti mendapat kill mengenakan damage atau mengumpulkan Gold). Semuanya berkongsi satu matlamat: anda mempunyai masa satu minggu untuk menyelesaikannya!

Misi Harian set semula setiap Isnin pada 00:00 UTC.

Misi Cabaran

Pemain diberi 3 Misi Cabaran baru secara rawak setiap hari sehingga mereka mencapai had 9 Misi Cabaran yang aktif. Ini boleh melibatkan semua jenis objektif dalam permainan seperti membunuh epic monster, memperoleh sejumlah Gold atau menambahbaik KDA anda.

Terdapat tiga cara untuk menyelesaikan Misi Cabaran Anda:

Main

mission_play.png

Butang ini membawa anda ke mod permainan apa sahaja yang diperlukan untuk mencapai objektif misi ini. Anda masih perlu bergilir dan menyelesaikan tugas anda tetapi bagus jika anda dapat tahu kemajuan misi anda.

Tuntut

mission_done.png

Misi dicapai! Yang tinggal hanyalah untuk menuntut ganjaran anda.

Re-Roll

mission_refresh.png

Dapat Misi Cabaran yang anda tidak mahu lakukan? Tukar saja dengan yang baru!

Pemain diberi 3 re-roll Misi Cabaran setiap hari untuk membantu mereka menguruskan tunggakan misi mereka, jadi tukarlah misi yang anda tidak suka.

Misi Cabaran baru dan re-roll diset semula setiap hari pada 00:00 UTC.

Peti Mingguan

Yo, kami dengar anda sukakan ganjaran. Oleh itu, kami memutuskan untuk memberi anda beberapa ganjaran kerana mengaktifkan ganjaran anda. Katakan helo pada peti mingguan!

Mata Mingguan

Weekly_Points.png
Setiap misi yang anda selesaikan akan memberi anda Mata Mingguan, seperti yang ditunjukkan oleh versi simbol yang dipermudahkan yang ditunjukkan di atas. Tugasan yang lebih rumit atau sukar bernilai lebih banyak mata, jadi cubalah pilih Misi Cabaran dengan hasil terpaling banyak jika boleh!

Bar Kemajuan

progress_bar.png

Tidak pasti anda sudah jauh mana sebelum mendapat ganjaran? Jangan risau! Anda dapat menjejak kemajuan anda setiap minggu melalui bar yang terletak di Hub Misi anda di mana mengetik satu peti juga akan menunjukkan apa yang anda boleh menang!

Peti menjadi kelabu dan ditutup dengan ✔ setelah anda menuntunyat. Dalam contoh di atas peti pertama telah dituntut, peti kedua hanya menunggu untuk dituntut dan yang ketiga belum dapat diperoleh. Untuk menuntut peti kedua itu, ketik sahaja! Tetapi jika anda ingin memperoleh yang ketiga, lebih baik anda bergilir kerana hampir sudah sampai ke...

Set Semula Mingguan

Sama seperti Misi Mingguan yang disenaraikan di atas, kemajuan mingguan anda ke arah peti akan diset semula setiap Isnin pada 00:00 UTC, dimana peti yang tidak dituntut juga akan diset semula.

Tuntutlah ganjaran anda!

Jangan tunggu sehingga detik terakhir untuk merebut peti yang anda susah payah dapat kerana kami tidak dapat menebusnya untuk anda setelah mereka hilang!

Adakah artikel ini membantu?