Sama ada terbakar dengan Ignite atau one-shot yang hebat, mendapat takedown di League of Legends: Wild Rift adalah satu pengalaman yang memuaskan. Perasaan untuk menambahbaik lagi KDA anda dapat memberi inspirasi kepada play yang hebat dan perancangan yang teliti, jadi wajarlah bagi para pemenang untuk meraikannya. Salah satu cara untuk meraikannya adalah dengan emote!
Walaupun kedua-duanya bertahan sekejap seperti mendapat kill. Termasuklah dengan pemain yang suka ambil kill yang mereka langsung tidak bantu dalam pertarungan! Kalaulah ada satu cara untuk si tukang bunuh sebenar dapat meninggalkan tanda kehebatan mereka selama yang boleh. Kalaulah...ada bauble.
Apakah itu bauble?
Bauble adalah item baru yang membolehkan anda menghiasi musuh yang dibunuh dengan hiasan pilihan anda sendiri. Anggaplah bauble ini seperti satu eulogi emoji yang comel—"Inilah Garen, yang memandang rendah kekuatan Scout's Code!"
Bagaimana saya boleh mendapatnya?
Seperti kandungan yang lain di Wild Rift, bauble boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah.
- Kedai - Anda mempunyai Wild Cores? Maka kedailah tempat untuk anda beli!
- Kedai Poro Coin - Bauble akan muncul dari semasa ke semasa di Kedai Poro Coin, jadi perhatikan tawaran terbaru kami untuk menambahkan lagi koleksi bauble anda!
- Milestone Acara / Ganjaran Misi- Beberapa bauble mungkin akan termasuk sekali dalam ganjaran acara atau misi yang kami selalu senaraikan di laman web!
- Naik Tahap - Anda akan mendapat bauble pada tahap tertentu. Anda hanya perlu bermain permainan!
Bagaimana saya boleh memasangnya?
Bauble disertakan sebagai sebahagian daripada koleksi anda yang boleh dicari dengan mengetik beg kecil di skrin utama anda. Anda juga boleh melengkapkannya dalam pemilihan champion dengan memilih perlengkapan anda!
Bagaimana saya boleh menggunakannya?
Setelah anda jumpa bauble kegemaran anda dan memilihnya, empat langkah yang seterusnya akan dilakukan secara sendiri!
- Bunuh satu musuh! Jika anda ingin menggunakan satu bauble, anda perlu bekerja keras. Hanya assist saja tidak cukup.
- Jangan terkena damage selama beberapa saat. Bauble adalah untuk anda bergaya dan anda tidak boleh menggayakan pada musuh anda sambil terkena tumbukan di muka.
- Dekati musuh yang baru saja anda bunuh. Bahagian akhir syarat ini adalah penting! Tiada mayat? Tiada bauble!
- Bauble diletakkan secara automatik! Selepas semua kerja keras anda mendapatkan kill, paling tidak yang dapat kami lakukan adalah dengan meletakkan bauble
Tetapi ingat: Anda tidak perlu berhenti untuk bauble diletakkan! Jadi dapatkan kill anda, letakkan bauble di atas mereka dan teruskan rampage Wild Rift anda!