Ping dalam Wild Rift

Apabila anda mahukan kelebihan dalam medan tempur League of Legends: Wild Rift, komunikasilah caranya. Anda boleh hidupkan suara bersama rakan anda tetapi bagaimana pula dengan jenis yang tidak suka berkomunikasi dalam permainan anda? Apabila anda baru sahaja hendak menaip "jaga-jaga! saya rasa mereka sedang menyorok dalam brush ini! sabar dulu," pasukan anda sudahpun dilenyapkan oleh wombo-kombo pasukan musuh yang telah mengakibatkan kekalahan.

Kecuali jika anda memberi amaran kepada mereka dengan ping Bahaya.

Apakah itu ping?

Ping adalah cara mudah untuk memberitahu rakan sepasukan anda tanpa menggunakan chat atau comms.

Terdapat pelbagai jenis ping:

Serang

Engage_Ping.png

Ping yang amat disukai oleh mereka yang suka bertarung! Ingin memulakan pertarungan? Serang adalah ping untuk anda!

Bahaya

Danger_Ping.png

JANGAN PERGI SANA! Bahaya adalah cara terbaik untuk mengelakkan pasukan anda daripada memasuki perangkap pasukan musuh.

Dalam Perjalanan

OMW_Ping.png

Dalam Perjalanan boleh memberitahu rakan sepasukan anda untuk sedia melakukan gank atau anda akan datang untuk membantu mereka. Gunakannya selalu!

Bagaimana saya boleh menggunakan ping?

Ping_Screenshot.png

Ping terletak di bahagian kanan atas skrin secara asal. Sementara satu ketik akan menyebabkan ping yang dipilih untuk terpapar di atas champion anda, ping juga boleh digunakan dengan ketik dan tahan yang menyebabkan peta mini untuk muncul. Kemudian anda boleh leret jari anda ke lokasi yang dipilih dan lepaskan untuk mengaktifkan ping dimana-mana saja yang anda mahu!

Anda mahu batalkan semasa tengah memilih ping? Jangan risau! Hanya leret jari anda keluar dari peta mini dan lepaskan untuk batal ping.

Siapa yang boleh melihat ping saya?

Ping hanya boleh dilihat pasukan anda sahaja, jadi jangan risau tentang anda memberi maklumat kepada pasukan musuh! Ping akan muncul di peta mini bagi seluruh pasukan anda dan boleh dilihat pada tanah bagi mana-mana rakan sepasukan yang berada di bahagian peta itu. Setiap ping juga datang bersama audio cue tersendiri, jadi beri perhatian semasa membuat pelan yang seterusnya.

Siapa yang sedang ping saya?

Teks akan dipapar di chatbox menunjukkan champion mana yang memberi ping tersebut. Tambahan lagi, ping akan terpapar di sebelah bar nyawa champion yang sedang memberi ping. Jika anda terlihat tanda seru Bahayamuncul di atas kepala champion berdekatan, bersedialah untuk berundur! 

Kenapa saya tidak boleh ping lagi?!

Jika anda spam ping terlalu banyak kali di satu masa singkat, anda akan hilang kebolehan ping anda yang boleh dilihat pada cooldown timer kelabu. Selepas ping dibenarkan semula, anda akan dapat memberi ping sekali lagi!

Adakah artikel ini membantu?