Fortitude Ranked

Ada sebab mereka memanggilnya satu pendakian. Sama seperti puncak gunung yang menjulang tinggi, mendaki rank League of Legends: Wild Rift memerlukan kesabaran, kegigihan, ketahanan…

...dan FORTITUDE.

Apakah itu Fortitude Ranked?

Fortitude Ranked merupakan cara kami memberikan ganjaran kepada pemain Iron–Sovereign yang menunjukkan teknik permainan yang konsisten dan berkesan. Semua ini dipaparkan di bar bawah ikon Ranked anda dan dapat diperoleh dengan mengekalkan win streak, bertahan walaupun rakan sepasukan AFK atau hanya bermain dengan baik. Sebaliknya, anda boleh kehilangan Fortitude Ranked kerana kelakuan negatif seperti berhenti di pertengahan permainan. Ada sebab ini dipanggil fortitude!

Tidak Tersedia dalam Legendary Queue

Fortitude Ranked adalah khusus untuk Ranked Queue. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem Legendary Queue, pergi ke sini!

Bagaimanakah Fortitude Berfungsi?

Semakin baik dan mulia anda bermain, semakin cepat anda mengisi bar Fortitude yang mempunyai had berbeza untuk setiap peringkat:

Peringkat Had Fortitude
Iron 250
Bronze 300
Silver 350
Gold 400
Platinum 450
Emerald 500
Diamond 550
Master–Sovereign 600

Setiap kali anda memenuhkan bar itu, anda akan dianugerahkan Shield Kekalahan Ranked, yang sehebat namanya!

Shield Kekalahan Ranked

loss-shield.jpg

Shield Kekalahan Ranked diwakili oleh ikon shield emas dan biru kecil di sebelah kiri Fortitude Ranked anda. Apatah lagi, lingkaran di sekitar lambang Ranked anda akan bersinar biru (seperti gambar di atas!) apabila anda mempunyai sekurang-kurangnya satu Shield Kekalahan Ranked. Sekiranya anda kalah semasa perlindungan ini aktif, anda akan kehilangan satu Shield Kekalahan Ranked dan bukan Markah Ranked

Anda boleh menyimpan sehingga dua Shield Kekalahan. Jika anda mengisi meter Fortitude sekali lagi sambil memegang dua Shield, Shield Kekalahan tambahan akan ditukar terus kepada Markah Ranked tambahan (JUGA ditunjukkan di atas!).

Pengiraan Akhir Permainan

Setelah permainan anda selesai, Markah dan Fortitude diedarkan mengikut urutan berikut:

  1. Markah Ranked
  2. Fortitude Ranked
  3. Fortitude Ranked yang ditukar menjadi Shield Kekalahan Ranked

Mengapakah beberapa permainan memberikan lebih banyak Fortitude berbanding dengan yang lain?

Butiran tentang cara anda memperoleh Mata Fortitude ditunjukkan pada akhir setiap permainan. Melakukan win streak, bermain dengan rakan sepasukan AFK atau menghadapi pasukan yang sangat kuat akan mendapatkan lebih banyak Mata, sementara kelakuan negatif akan mengurangkannya. 

Saya berhenti memperoleh Fortitude Ranked! Apa terjadi?!

Wah! Anda mesti mempunyai fortitude seperti 10 Alistar!

Pada asasnya, sistem Fortitude direka untuk memberi penghargaan kepada teknik permainan hebat. Ia tidak dimaksudkan sebagai cara untuk mengatasi peringkat awal tanpa banyak pemikiran atau usaha. Itulah sebabnya kami mengenakan had jumlah Mata Fortitude yang boleh anda peroleh setiap minggu. Sekiranya anda telah mencapai had itu, amboi. Dengan usaha seperti itu, anda tidak akan memerlukan bantuan mendaki!

Adakah artikel ini membantu?