Maklumat Musim Ranked Semasa

Walaupun setiap musim akan membawa perubahan luas dalam Wild Rift yang melibatkan semua pemain, hanya korang yang masuk ke dalam Ranked akan mendapat ganjaran musim. Tak pasti tentangnya? Tengok Ranked Overview kami untuk belajar bagaimana korang boleh mula.

Bagi mereka yang sudah berjuang menaiki rank, teruskan membaca untuk mengetahui ganjaran yang sedang menunggu anda!

Tarikh Penting

Musim 15 Mula - 18 Oktober 2024 / 11:00 GMT+8
Musim 15 Tamat - TBD

Jam countdown dalam permainan akan muncul beberapa hari sebelum Musim 15 berakhir, oleh itu terus perhatikan hab Ranked untuk melakukan yang terbaik!

Legendary Queue

Legendary Queue Mula- 31 Oktober 2024 // 12:00 GMT +8

Legendary Queue akan bermula tidak lama lagi selepas musim Ranked standard untuk memberi anda masa berjuang ke arah kelayakan.

Ciri & Ganjaran Musim 15

Iron-Bronze-Silver-Gold-Platinum_small.png

Pendakian rank mungkin seronok tetapi siapalah yang tidak suka ganjaran hebat menanti sepanjang perjalanan?

Ciri

Ciri Ranked membenarkan pemain menunjukkan kehebatan Ranked mereka pada profil dan skrin pemuatan. Lain daripada ganjaran, ciri ini diaktifkan secara asal dan tidak dapat dipilih atau disuaikan oleh pemain. Anda terus mendaki rank, kami akan uruskan yang lain!

Ciri Syarat Waktu Penghantaran
Bingkai Ikon Rank Semasa Perubahan Rank Selepas kenaikan/penurunan
Bingkai Skrin Pemuatan Rank Semasa Perubahan Rank Selepas kenaikan/penurunan

Ganjaran

Tidak seperti ciri, ganjaran khas ditambahkan secara kekal ke inventori akaun anda. Banyak ganjaran Musim 15 dapat diperoleh melalui Trek Ganjaran Ranked, yang merupakan cara terbaik untuk merebut Glorious Crown Jhin musim ini walaupun anda menghadapi kesukaran mendaki!

glorious-crown-jhin.jpg

Emerald-Diamond-Master-Grandmaster-Challenger_small.png

Apakah yang akan berlaku selepas musim berakhir?

Setiap pengakhiran musim akan diiringi oleh sambutan dan perubahan!

Pertama sekali, pemain yang layak akan menerima ganjaran pasca musim yang ditanda di atas. Sama ada korang main sikit je ranked atau terus menjuman, semuanya adalah pencapaian yang patut diraikan!

Selain itu, terdapat beberapa set semula yang boleh dijangkakan pada setiap pengakhiran musim, dan anda boleh baca di sini.

Adakah artikel ini membantu?